Friday, October 16, 2026

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Menu asam pedas sebenarnya jarang-jarang muncul di dapur saya. Kalau rasa nak makan baru buat. Saya suka asam pedas yang tumis semuanya, dan sudah tentulah kalau dibuat sendiri ni kita kurangkanlah pedasnya.. Ini kebetulan dapat ikan tenggiri, buatlah asam pedas untuk frozen dan nikmati lain kali. Kalau guna ikan pari sedap jugak, cuma saya ni tak pandai nak memilih. Masa buat kali terakhir dulu dapat ikan yang berbau hancing, terus loya nak makan


Buat 3 ketul je bahagian isi tengah, simpan dua kali makan. Kadang-kadang tak habis pun terpaksa la diratah gitu je. Gini ajelah asam pedas saya, memang ringkas sangat. Nak masukkan bendi lupa beli, tambah pulak Encik Suami tak berapa makan sebab ada gout. -_-




Sekuntum bunga kantan tu pun hasil selongkar dalam freezer. Asal boleh la kan, janji bau masih ada, dan disimpan elok untuk kegunaan macam ni lah..

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
Oleh : Cheq Sue

3 keping isi tenggiri
Bawang putih, bawang merah, halia, belacan, cili kering - mesin halus
Daun kesum. bunga kantan
Asam keping
Garam

Tumis bahan yang dimesin hingga garing, masukkan daun kesum dan daun pandan
Tambahkan air dan masukkan ikan
Masak secukupnya dan perasakan


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]