Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Rasa panjang pulak melepak minggu ni... Kelantan cuti 5 cari sempena Hari Keputeraan, tapi kena ganti ye Sabtu 10 Oktober ni... Dah diberi cuti kita manfaatlah sepenuhnya. Kami sekeluarga biasalah menghala ke Terengganu sambil-sambil tengok anak. Dan seperti yang dijangka, laluan ke sana sesak dengan kereta plat D...Biasalah, semuanya nak ke negeri paling bahagia..
Bila cerita tentang kerabu memang boleh buat kecur liur. Tambah-tambah kerabu Kelantan yang menggunakan santan segar dengan sambal kelapa. Tapi sebelum jadi tu memang kena datang angin rajin betul barulah jadik. Sama jugak dengan kerabu beko yang saya buat ni. Mula-mula mak mentua bagi separuh buah beko, katanya bakar dan kikis dulu baru simpan dalam peti, tapi saya punya angin rajin tak ada last-last buang ajelah. Pastu diberinya pulak sebiji, macam tahu-tahu je saya tak buat lagi. Hahaha...maka belilah ikan selayang dan cepat-cepat kita proses...
Kalau buah beko, lebih sesuai buat kerabu macam ni. Kalau kata tak ada buah beko, pucuknya pun boleh dikerabukan, cuma celur sekejap dan hiris halus macam kita nak buat kerabu pucuk paku tu...
Kat dalam gambar nilah kerabu yang dah siap, memang nampak biasher-biasher aje tapi rasa memang sedap! Ehhh terpuji diri sendiri pulak -_- Kalau nak sedap lagi boleh je perah asam limau dan masukkan cili potong
Inilah rupanya buah beko yang dah dibakar. Saya bakar atas api gas je, bila bakar macam ni dah cukup dah sebab kita nak dia rangup dan tak terlampau masak.
Hiris halus-halus sebelum disimpan. Saya tak basuh dulu ya simpan gitu je sebab plan nak buat keesokan hari. Masa hiris ni pun baunya dah membuka selera. Siapa yang pernah berurusan dengan buah beko ni akan tahulah macam mana baunya tu
Sambal kelapa. Al kisah nak dijadikan cerita, arwah ibu saya ada bagi kelapa yang telah siap digoreng, dan saya simpan di tempat beku. Nak buat tu sentiasa la bertangguh-tangguh, tak jadi-jadi kata orang. Rasanya masih ok cuma berbau sedikit tengik, sebab dah lama nak hampir 2 tahun dah
Sambal kelapa yang telah siap tu digaul pulak dengan buah beko yang telah dihiris (dan dibasuhkan). Gaul je sampai sebati. Sambal kelapa tu saya guna separuh je sebab banyak sangat
.jpeg)
Santan pekat yang saya dah bancuh dengan air panas untuk mengelakkan santan cepat basi dan perasakan dengan garam. Kalau guna santan kotak je boleh tapi usahakanlah cari santan segar.
Alhamdulillah setelah sekian lama berasa jugaklah makan kerabu. Agak sedih jugaklah dapat makan pun sebab teringatkan kelapa goreng arwah mak tu... Kami laki bini makan separuh je, separuh lagi bagi ke mak mentua. Kata dia "sedap ni makan nasik..." 😀😀
KERABU BEKO
Oleh : Cheq Sue
A.BUAH BEKO
1 biji buah beko, bakar hingga hangus dan kikis kulitnya. Potong jangan terlalu nipis
B.SAMBAL KELAPA
1/2 biji kelapa matang (kulit hidup)
3 ekor ikan selayang rebus (asingkan tulang dan isi)
2 biji bawang merah
1/2 sudu kecil lada hitam
1 hiris halia
Garam & gula
Goreng kelapa hingga garing, ketepikan
Tumbuk bawang merah bersama halia, lada hitam, garam dan gula
Masukkan isi ikan dan tumbuk lumat
Masukkan kelapa sangai dan tumbuk-tumbuk manja. Sebatikan campuran menggukan tangan
Kalau nak sambal tahan lama, pakailah sarung tangan semasa gaul dan panaskan semula seketika dalam kuali
C.SANTAN
100ml santan segar + dengan sedikit air panas
Masukkan sedikit garam dan kacau rata
KERABU :
Gaulkan buah beko dan sambal kelapa secukupnya
Curahkan santan pekat
Kalau suka boleh perahkan limau nipis dan tabur cili potong.
Nota : gaul kerabu secukupnya untuk makan dulu ya sebab takut santan basi. Kalau kata santan habis, boleh sediakan kemudian.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
.jpeg)




.jpeg)
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]