PAGES

Wednesday, February 29, 2012

Kek Batik Arora, Takkan Nak Tengok Aje Kan....


 
 
Agaknya dah reda serangan virus kek batik arora ni
Tapi cheq sue baru dapat kongsikan di sini
Bukan apa...beberapa hari berpisah dengan lappy ni, tu yang x ada n3 atau BW
Kek ni pun cheq sue buat minggu lepas
Memang xde apa yang tinggal dah la..
 
Cheq sue buat separuh adunan je
Dapat banyak jugak la untuk dihabiskan sensorang
Separuh bagi kat adik, separuh lagi cheq sue makan sesikit
Rasa2 dengan menggunakan resepi ni, tak ubah sikit pun, xde la manis sangat
Ngam2 je rasa
Gebu, lembut dan ringan
Kalau buat satu adunan lagi meriah rasanya dapat main2 dengan warna







 Okeh
Dek kerajinan cheq sue...(ni kerajinan minggu lepas ya!)
Kat bawah ni ada link kengkawan yang dah buat kek ni
Yang tak tersenarai tu minta maaf banyak2 okeh
Yang ni pun kengkawan kat sidebar je...
Kalau ada kelapangan tu boleh la skodeng kat blog2 ni ye...
v
v
v
v
 
 Kak Ummi
Kak Ita
Che Mat
Kak Yatie
Abang Ady
Kak Diana - cuppies
Kak Ayu S'pore - mini
Kak Norlie
Kak Rossitam
Kak  Roz @ Alongroz
Kak Gee
Kak Animz
Mamafami
Kak Paty
Mama Hawa
Kak Ina KL
Kak Shiela
Quinnie
Ika Bangkok

Update 29 Feb :
Anna Qawinnna
Kak Yatt

Memang cantik2 belaka hasil tangan kawan2 kita ni
Penuh warna warni...macam warna pelangi!

Yang cheq sue buat ni, oleh sebab setengah adunan je
Maka cheq sue bagikan pada 4 warna
Yang plain tu perisa vanila
Yang purple tu la perisa keladi
Yang hijau tu perisa pandan
Dan yang oren tu perisa strawberi - dok bajet tuang warna pink, sekali oren daaaaa
Bila dah masak, bermacam2 bau dan rasa ada...
Kalau sape yang belum cuba tu...sila2kan lah
Memang tak rugi tau
Mudah je caranya
Sesuai sangat kalau nak dibuat minum petang
Kena dengan teh O ke kopi O ke... perghhhh
TQ Cida berkongsi resepi ni
Wassalam...



KEK BATIK ARORA
Resepi : Cida De Nuanza

Bahan-bahan :
250 g mentega
100  gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa *cheq sue letak 4 je

Cara-cara :
pukul mentega + gula sampai kembang memutih
masukkan susu pekat manis
pukul sebati
masukkan telur sebiji dan pukul lagi..ulang sampai semua telur habis
ayak tepung + baking powder
masukkan kedalam adunan
pukul lagi sampai adunan sebati
bahagikan adunan kpd 5 bhgn..
warnakan + perisakan ikut kesukaan
sediakan loyang...
tompok2an setiap warna dlm loyang sampai habis (setiap tompok 1 senduk) cheq sue guna sudu aje
bakar pd suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam (aku guna api bwh shj) guna api atas bawah, suhu 150'C
 

Tuesday, February 28, 2012

Butterscotch Danish Bun


 
 Uitt... lama tol tak hapdate blog
Ada orang tunggu?
Ada orang datang ke blog cheq sue nih?
Tq ya...

BDB ni saya buat hasil olahan danish bun yang dikorek dari MyR
Kebetulan sos butterscotch tu masih ada berbaki, so saya usha la resepi roti
Terpikat pulak dengan resepi Duja ni, sebab senang
Dengan sukatan cawan-cawan, xyah timbang
 
Untuk buat ni, cheq sue lebur je semua dalam BM
Dengan sedikit olahan, berjaya jugak akhirnya menghabiskan sos butterscotch tu
Sebenarnya bun ni berinti, macam2 buleh taruk dalam tu
Kismis, kacang, choc chip, ikut je selera memasing
Cheq sue rollkan dengan sos, selain masukkan sikit dalam adunan
Memang masyuk sangat tau time panas2 baru keluar oven tu
Harum aje...
Tapi sebab buat ni tergesa-gesa, x terasa sangat sos kat dalam tu
Untuk adunan ni pulak, cheq sue buat roll separuh aje, yang selebihnya tu dibuat bentuk bun
Adunan yang dah di roll dengan sos tu cheq sue penaikkan aje dalam acuan kek sifon
Bila dah masak elok aje jadi tinggi sebelah sebab adunan tak sama banyak
But....
Still nice kan??
 




 
Pada selera cheq sue, roti ni sangat lembut walaupun dah sejuk
Kalau yang xde BM tu pun boleh buat secara manual
Cheq sue syorkan tau korang buat roti ni
Memang puas hati..
Wassalam...
 


 Zoom in..


BUTTERSCOTCH DANISH BUN
Resepi : Duja @ MyR
 
Bahan-bahan ( 25 biji ) 
...bahan roti....
2 cawan tepung gandumcheq sue tambahkan lagi 1/4 cawan - guna tepung roti
3 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
1 sudu besar dry yeast
1/4 cawan minyak
sedikit garam
1 cawan air 
+  2 sb sos butterscotch

untuk filling..
100 gm butter
gula
gula perang
kismis + sedikit ceri
cheq sue just roll dengan sos butterscotch
Cara-cara
campurkan gandum dan butter.gaulkan .
masukkan semua bahan roti dan yeast sekali.
uli betul-betul.lama sikit lagi baik.uli hingga adunan tak lekat ditangan. mungkin dia lembik sikit.
simpan dlm bekas . tunggu tak lama cuma 10 minit je .
setelah doh naik..bahagikan 3.Canaikan atas papan ..
mula-mula sapukan butter dulu...
kemudian letakkan bahan lain..gula dan kismis.
kemudian gulung.Potong kan beberapa bahagian kecil.kepit kan dan masukkan dalam dulang pembakar.
bakar dengan suhu 200’C lebih kurang 15 minit

Saturday, February 25, 2012

XPDC Gunung Berembun, 19 Feb 2012

 
 
Pagi Sabtu... ke mana langkah korang hari ni?
Cheq sue sat lagi nak ke opis, ada yang perlu disiapkan
Kalau ikutkan memang malas bebenor, tapi tuntutan kerja...wajib ku buat

Untuk n3 kali ni, sedikit gambar semasa menjejak Gunung Berembun minggu lepas
Rasa2 sakit badan lenguh2 kali dah habis
Tapi pengalaman berharga yang diperoleh memang tersimpan kemas di hati
Member dok ngajak ke Gunung Brinchang pulak...entah mampu ke tidak
Naik ke Gunung Berembun ni pun sampai nak pitam ke diri
Nak ambil gambar pun xleh, tangan menggeletar beb!



 
Untuk pengetahuan semua, trek Gunung Berembun ni tersangatlah mencabar
Tapi alhamdulillah mudah dijejaki kerana adanya akar2 pokok yang menjadi tempat berpijak
Dengan suhu sejuk, sekeliling trek ni agak basah dan berlumut
Tambah2 pulak malam sebelum pendakian tu hujan tak berhenti
Tengoklah kabus yang memutih tu
 


 
Separuh masa pendakian.. kebanyakan perlu mendaki dengan sudut 45'
Trek sebelum ke puncak ni lagi mencabar
Dengan tanah yang licin dan tenaga yang tak berapa nak ada
Hanya semangat yang mengiringi
Apa guna mendaki jika tak sampai ke puncak?



 
Setelah hampir 3 jam meredah hutan, akhirnya sampai di puncak!
Alhamdulillah...
Dari atas ni nampak jelas bandar Brinchang dan Kampung Sungai Ruil
Melepak kat atas ni sambil makan biskut Tiger pun sedap wehhhh...




See? 1840 m....
Selain Gunung Senyum, yang ini pun berjaya di tawan
Selepas tracking di Taman Negara (Merapoh) pada 2009, nyata semangat masih ada



 
Selepas 30 minit at the puncak, bergerak turun
Rupanya trek turun ni sama mencabarnya
Dengan sudut sama 45', memang sentiasa kena brek
Look at my shoes...
Ada jugak 5 kali jatuh terduduk
Nasib baik tak terseliuh
Bila sampai di permulaan tracking, memang bersyukur sangat
2nd time? 
Huuuuuuuuuuuuuuuu tunggu dululah!
^____^
Wassalam...

Friday, February 24, 2012

Misteri Cinta ~ ep. 11


 
 


 
 
 
'Dalam hati merasa keliru, aku berperang dengan diriku…'

Pertemuan semula dengan kawan-kawan yang sama menuntut di IB membangkitkan nostalgia kembali. Banyak cerita yang keluar. Cerita panas dan gosip pastinya lebih mendapat perhatian. Karmilla nampaknya lebih comel dan cute berbanding dulu. Agaknya memang betul kata orang bahawa negeri Kelantan adalah syurga makanan yang paling ekonomi untuk dikunjungi.
Bekas ketua opsyen KPLI Bahasa di IB dulu Abang Kamarul telahpun bertunang dengan guru yang sama sekolah dengan tempatnya. Munirah pula sedang mengandungkan anak sulungnya. Maklumlah dulu di IB mereka dilarang untuk mengandung kerana bimbangkan risiko menangguhkan pengajian. Lelaki paling kacau sekali dalam opsyen mereka, Bakhtiar telah pun berkahwin dua minggu lepas. Dan agak mengejutkan juga apabila dia turut sama membawakan isterinya ke Desaru. Pandai sungguh Bakhtiar mengambil kesempatan. Sambil berkursus, sambil berbulan madu.
Save budget!
Semua cerita-cerita ini Dayang Atikah dengar ketika rehat siang tadi. Pada hari pertama agenda penuh dengan bengkel dan ceramah. Kebanyakan dengan peserta dari Sabah dan Sarawak belum sampai kerana penerbangan terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk. Oleh yang demikian Dayang Atikah belum pun dapat bersua muka kembali dengan Najhan  dan Amar mendengar apakah pula khabar dari Sarawak.
Amjad pula sibuk ke sana sini bersama-sama dengan temannya dari Maktab Perguruan Raja Melewar dulu. Begitulah mereka semua, sudah lama tidak bersua muka. Nampaknya kursus itu mempunyai matlamat yang lain juga!
Selesai acara pembentangan oleh GAPENA pada hari kedua, barulah peserta dari Sabah dan Sarawak sampai. Ada lima orang semuanya. Ketika peserta lain sedang minum pagi, lima orang peserta yang baru itu sampai berurusan di kaunter. Dayang Atikah mengintai jika dia dapat melihat kelibat Najhan. Memang Najhan ada bersama. Tetapi Dayang Atikah sedikit musykil kerana terdapat perempuan yang sentiasa berada di sisinya… siapakah perempuan itu?
“Hai sorang je? Mana yang lain.”
Terdengar satu suara menyapa. Dayang Atikah memalingkan muka. Amjad rupanya. Lelaki itu smartkhakis dan T-shirt berkolar V. dalam pakaian ringkas, hanya ber
“Ada awak nampak orang lain kat sini? Ke mata awak tu dah rabun.”
Amjad mengeluh. Bukanlah jawapan itu yang dia harapkan darinya. Dia cuba bergurau, cuba mengendurkan ketegangan hubungannya dengan Dayang. Dia ingin hubungan itu berjalan seperti hubungan Dayang dengan Charlotta ataupun kawan-kawannya yang lain. Sesungguhnya dia tidak tahu mengapa Dayang Atikah tidak pernah cuba memahami hatinya. Dayang Atikah tidak pernah memberikan peluang kepadanya untuk membuktikan ketulusan hati. Dan dia benar-benar tidak tahu apakah sebab perhubungannya dengan gadis itu bermula dengan suasana yang tidak baik bukannya dengan senyuman.
Memang hatimu belum mengerti perasaanku Dayang…
Dia hanya memandang Dayang Atikah berlalu meninggalkan lobi resort. Mungkin ke pantai. Selepas pembentangan oleh GAPENA pagi tadi mereka tiada aktiviti sehingga malamnya. Kebanyakan peserta menggunakan peluang itu untuk meneroka sekitar pantai dan kawasan berdekatan. Hanya dia yang sejak dari tadi melayan perasaannya yang tidak pernah tenang semanjak dua menjak ini. Tidak tenang kerana asyik memikirkan Dayang Atikah!
Sedang dia melayan perasaannya, dia terpandangkan Karmilla, peserta yang dilihat paling rapat dengan Dayang Atikah. Dia memanggil dan menggamit Karmilla ke arahnya.
“Ada apa Am? Dari tadi lagi aku tengok kau kat sini. Orang dah bagi peluang rehat ni tak nak pulak.”
“Aku ada sesuatu nak tanyakan pada kau. Tentang Dayang Atikah. Aku nampak kau rapat dengan dia.”
“Dia tu best friend aku semasa di maktab dulu. Hal apa?”
“Kau rasa Dayang tu ada boyfriend tak?”
Boyfriend? Aku minta maaf. Hal macam ni aku tak tahu. Dia memang tak pernah ceritakan pada aku. Kalau hal lain semuanya ada dalam poket aku. Kenapa? Kau sukakan dia ke?”
“Aku cuma nak tahu. Perhubungan aku dengan dia tak lancar. Dia bagaikan tidak dapat menerima aku, walaupun sebagai kawannya. Terima kasih Karmilla.”
Karmilla meneruskan langkahnya semula. Dia menuju ke pantai juga. Matanya mencari Dayang Atikah. Di atas batu di hujung sana dia nampak Dayang Atikah merenung ke laut lepas.
“Jauh termenung. Ingatkan sesiapa ke?”
“Kau ni Mila, kalau tak kejutkan aku tak boleh ke?”
“Kau tu, langsung tak sedar kehadiran aku. Kau ingatkan siapa? Amjad ya!”
“Apa ni Mila. Kau jangan nak buat cerita. Apa faedahnya aku nak ingat pada dia?”
“Kau jangan Ika. Dia tu nice. Baik. Belum cuba belum tahu.”
“Tak payahlah Mila. Aku tak ada apa-apa perasaan pada dia. Dahlah. Cukuplah di Pulau Indah aje kisah aku dan dia. Aku dan bosan dengan semua ni.”
“Tapi kalau tak ada sebab kau takkan membenci dia sampai ke tahap ni Ika. Aku kenal kau. Cuba kau ceritakan pada aku kenapa. Kenapa kau tak boleh terima dia, walaupun hanya untuk menjadi kawan kau?”
“Aku menyampah dengan dia Mila. Dia sengaja buat cerita yang tak betul antara aku dan dia di Pulau Indah. Heboh satu sekolah. Aku tak sukalah macam ni.”
“Apa ceritanya. Mana kau tahu dia yang buat?”
“Aku tahulah. Aku kenal dia tu. Kau bayangkan dia boleh cakap yang kami ni ada hubungan cinta. Pengetua pun tahu. Dia sampai perli-perli aku lagi.”
“Kalau betul pun apa salahnya. Kau single, dia pun single. Apa masalahnya?”
“Banyak masalahnya Mila. Kau tahu kan. Kalau aku dah bencikan seseorang tu, jangankan hendak memandang mukanya, nak menyebut namanya pun aku tak lalu tau.”
“Kau jangan melawan takdir. Mungkin kini kau cakap macam ni tapi kuasa Tuhan siapa yang tahu kalau satu hari nanti kau tak akan dapat tenang kalau tidak menyebut namanya, apatah lagi jika tidak melihat wajahnya. Jangan terlalu ego Ika.”
Dayang Atikah terdiam mendengarkan kata-kata Karmilla itu.


 
 
'Engkau hadir dalam fikirku membuatkan diri merasa tak tentu apakah ertinya perasaan ini?'

Ketika semua peserta sedang menikmati makan malam, Dayang Atikah masih di tempat yang sama juga sejak dari tadi. Di kerusi rotan dalam biliknya yang mengadap laut. Dia tidak berselera untuk makan. Banyak perkara yang bermain di fikirannya. Dia fikirkan ibunya, Amjad, Najhan dan kata-kata Karmilla petang semalam.
Semenjak mula mengajar di Pulau Indah, baru dua kali di balik ke Parit Bugis. Bukan niatnya untuk melupakan ibu tapi kesibukan sering menghalang niatnya. Kalau boleh dia ingin berulang alik setiap hari tapi apakan daya. Inilah dugaan dalam hidupnya. Namun dia bersyukur kerana Abang Saif sudah dapat ditukarkan ke Batu Pahat. Cuma sekarang mereka masih menguruskan beberapa hal yang masih belum selesai. Batrisyah kini tinggal bersama dengan neneknya. Menghilangkan kesunyian dan kesepian yang sentiasa menggigit tangkai hati…walaupun tidak ditunjukkan tapi sesungguhnya dia tahu derita ibu.
Hari ini adalah hari yang ketiga. Esok adalah hari terakhir mereka berkampung di Desaru sebelum berpisah. Sepanjang tempoh yang dilalui dia masih tidak berpeluang untuk mendekati Najhan. Hanya bercakap sepatah dua, bukan itu yang diinginkannya. Dia mahu lebih dari itu. Bercakap dalam suasana yang rileks dan damai agar dia dapat mencurahkan perasaannya. Sesungguhnya dia telah bersedia untuk memberitahu Najhan bahawa selama ini lelaki itulah yang hadir dalam mimpinya. Namun setiap kali dia ingin memulakan langkah, perempuan yang seorang itulah yang menghalang niatnya. Ada desas-desus yang mengatakan bahawa itu adalah kekasih Najhan yang dibawa ke sini untuk diperkenalkan kepada ibu bapanya di Perak. Sukar untuk Dayang Atikah menerima kenyataan itu. Dia akan lebih puas hati jika dapat mendengarnya dari yang empunya diri sendiri.
Dayang Atikah tiba-tiba terkenangkan Amjad. Lelaki itu ternyata tiada kekurangan untuk ditolak. Wataknya sempurna cuma keperibadiannya agak nakal sedikit. Namun dia tidak tahu mengapa dia tidak boleh menerima kehadiran Amjad dalam kehidupannya. Dia tidak tahu mengapa dia selalu rasa menyampah dengan lelaki itu walaupun tahu niat baiknya untuk bersahabat dengan. Mungkin juga kejadian gosip di sekolah dulu yang membataskan perhubungannya dengan Amjad. Baginya Amjad sengaja membuat cerita tentangnya, cerita yang tidak betul sehingga ada guru-guru lain yang memandang serong terhadap dirinya.
Tetapi kini dia dapat melihat diri Amjad yang sebenarnya. Bermula dengan insiden di Lebuhraya Seremban hingga ke Desaru, dia mula tahu ketulusan Amjad untuk mendekatinya. Mengenangkan peristiwa di lebuhraya itu, Dayang tersenyum sendiri. Apa tidaknya, itulah pertama sekali dia melakukan demikian. Sebenarnya ada rasa takut juga tetapi dia sengaja mahu menunjukka tanda protesnya kepada Amjad. Sesungguhnya dia sangat-sangat sakit hati dengan perangai kebudak-budakan Amjad yang tidak pernah mahu serius.
Teringat pula dengan kata-kata Karmilla di tepi laut petang semalam. Ada betulnya apa yang teman baiknya itu katakan. Nampaknya dia terlalu bangga dengan egonya. Nampaknya dia masih tidak dapat mengubah sikap yang satu itu walaupun sudah berkali-kali sikap itu mendatangkan keburukan kepadanya. Bukannya dia tidak tahu. Bukannya dia tidak mencuba untuk menerima huluran perkenalan Amjad seperti yang lain tapi entah mengapa ianya terjadi dengan permulaan yang tidak sempurna. Kepalanya berserabut memikirkan perkara yang remeh ini. Perkara yang sebenarnya…mempunyai jawapan dalam dirinya sendiri…
Dayang Atikah cuba melihat semula usikan-usikan yang dilakukan oleh Amjad untuk memenangi hatinya. Kadang-kadang dia menyampah dengan usikan itu tetapi ada kalanya dia terhibur. Kadang-kadang dia ternanti-nanti apakah usikan Amjad seterusnya kerana daripada itulah dia dapat membalas balik dengan kata-kata lasernya.
Hasrul Amjad…
Tanpa sedar dia menyebutkan nama itu…

ANZAC Butterscotch Cookies


 
 
Dah buat sos butterscotch, kena la buat kukisnya pulak
Kalau tak sayang dibiarkan membazir
Nasib baiklah sos tu sikit aje dapat
Buat kukis ni, ada lebih sikit boleh buat roti
 
Menurut Zack, Resepi ni diolah dari biskut ANZAC (Australian and New Zealand Army Corps)
Al-kisahnya zaman tu tengah berperang, isteri soldiers ni bekalkan biskut ni sebab ia tahan lama dan murah
* Memang tahan lama pun, jatuh ke lantai gerenti tak pecah... Serius!
 
Cuma cheq sue perasan tiap kali buat kukis
Mesti adunannya tak meleper
Kalau letak gitu aje atas dulang pembakar, memang statik je bentuknya
Sebab tu la cheq sue selalu penyekkan dengan garfu

Untuk kukis ni, memang agak crunchy sikit
Lagi lama dibakar, lagi crunchy sebab ada caramel dalam tu
Satu adunan ni tak dapat banyak sangat
2 3 kali makan aje..
Idok le pulok cheq sue bilang berapa biji dapatnya tu
:)

Kalau sapa yang nak tambah koleksi kukis, atau buat untuk kudap-kudapan
Boleh la cuba biskut ni
TQ Zack
Wassalam...







 ANZAC BUTTERSCOTCH COOKIES
Modified dari ANZAC biscuits, from The Essential Book of Baking, terbitan Murdoch Books
Sumber : Zack Zachoes

Bahan:
1/2C tepung gandum
1/2C quaker oats
1/2C nestum ganti dengan sunflower seed
1/3C gula perang (boleh dikurangkan kpd 1/4C)
1/4C white choc chips - cheq sue guna choc chips
60g butter
1/4C butterscotch sauce - resepi di sini
1/4st soda bikarbonat + 1sb air mendidih


Cara:
1. Campurkan tepung gandum, quaker oats, gula perang, white choc chips, dan nestum dalam satu bekas. Ketepikan.
2. Dalam bekas tahan panas, campurkan butterscotch sauce dan butter dan cairkan secara double boiler atau guna microwave oven.
3. Campurkan soda bikarbonat dalam 1sb air mendidih, dan tuangkan ke dalam adunan butterscotch. Gaul rata. Tuangkan adunan ini ke dalam campuran tepung. Gaul guna sudu/senduk hingga sebati.
4. Bulat-bulatkan adunan sebesar 1sb dan tekan sikit atas tray yang dialas baking paper.
5. Bakar pada suhu 170C, 15-20 minit atau hingga bawah dan keliling biskut kelihatan perang. Biarkan 2-3 minit atas tray sebelum disejukkan sepenuhnya atas redai.


Note:
- Adunan ni saya tambah dalam 1sb lg butterscotch sauce, baru dohnya boleh dibentukkan bulat-bulat.
- Jarakkan antara biskut lebih kurang 1.5inci.
- Resepi asal tak guna nestum dan butterscotch, tapi dessicated coconut dan golden syrup.
- Biskutnya rangup dan tak sesuai untuk orang yang giginya rapuh (tapi bila makan tak hengat dunia ;p)
- Boleh guna butterscotch sauce yang siap dibeli, tapi mungkin kena adjust kemanisan dan tambah/tolak cecair. 

Thursday, February 23, 2012

Kuih Beko Kelapa


 
 
Hari ni, mesti ramai yang dah maklum
Kepulangan adik Faris Nur Daniel ke rahmatullah tentunya meruntun air mata
Cheq sue mengikuti perkembangan itu di blog Abang Mazidul 
Memang terasa sayunya anak sekecil itu menderita di akhir hayatnya
Wajah comelnya, dengan senyuman ikhlas terpancar akhirnya tak dapat ditatap lagi
Semoga keluarganya tabah dengan dugaan dan cubaan ini
 
Kuih beko kelapa ni cheq sue buat minggu lepas
Bila tengok kak yanis post n3, terus je godek satu adunan
Kebetulan ada kelapa + angin rajin
He he he
Cheq sue tak berapa suka kuih ni
Tapi adik yang dok belajar di UITM tu suka sangat
Bila dah buat ni kurang2 dapat hilangkan kempunan
Benda payah nak dapat, memang berbaloi kalau boleh buat sendiri
 Memula masak tu memang sedap la makan
Dengan garing dan aroma kelapa tu memang menusuk jiwa
Kalau sape yang teringin tu memang sesuai sangat cuba kuih ni
InsyaAllah tak mengecewakan..
Wassalam...



 
KUIH BEKO / BINGKA KELAPA
Resepi : Kak Wan
Sumber : Kak Yani@Deco Coco

Bahan-bahan
200gm kelapa parut putih
80gm gula pasir
150gm tepung pulut
1 biji telur A - di pukul ringan
4 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka


Cara-cara :
Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata.  Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.   Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
Leser acuan baulu / cara dengan minyak.  Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh.  Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.

Wednesday, February 22, 2012

Creme Brulee...1st Time


 
 
 Dulu...tengok kak cek ngepost n3 pasal creme brulee
Terasa nak cuba, nengok cam rich richer je
Kebetulan minggu lepas negok di 703, ada chef masak creme brulee nenas
Memang nyaman je nampak
So dengan bahan2 yang ada cheq sue cuba la buat, memang berprofil tinggi resepi ni
Dengan egg yolknya, creamnya...
Tapi sebab sesekali je, abaikan yang itu... boleh?
Cheq sue buat ni x la ikut sukatan betul2... guna je mana yang ada
Hasilnya dapat dua ramekin tu
Cuma agak x berapa nak puas hati dengan hasilnya
InsyaAllah lain kali nak cuba lagi
So kali ni cheq sue x copy resepi tu, nanti puas hati baru letak



Tengok pun dah tahu, x macam creme brulee yang sebenar
Sebabnya cheq sue guna susu cair, tu warnanya jadi keruh sikit
Pastu agaknya terlebih sukat gula, dah xyah letak kat atas tu
Baru-baru keluar peti ais memang sedap makan ni
Nanti senang2 kita buat balik ya...
Wassalam...

Tuesday, February 21, 2012

Sotong Singgang @ Katok Serai

 
 
Lauk feveret...
Kalau ada ni, xmo dah yang lain
Letak kuah banyak2, pastu makan nasi ala-ala sup
Siap guna sudu lagi
Tambah-tambah kalau dapat sotong yang ada telur
Perghhh, makan tak hengat!
Kalau sotong saiz besar tak berapa sedap nak buat camni
Isinya kadang-kadang jadi liat dan tak sedap
Kalau dapat yang baby, sekor2 je makan
Kalau ada sotong tu, boleh la cuba
Wassalam...
 
* belum sempat BW, mood ke laut, badan penat...
TQ pada yang sudi datang ke sini



 
SOTONG SINGGANG @ KATOK SERAI
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
10 ekor sotong - asingkan kepala dan badan, buang tulang belakang, isi perut dan mulut. 
(Jika suka boleh potong2, kalau kecil tak perlu)
2 biji bawang merah - mayang *
1 biji bawang putih - mayang *
1 keping asam gelugur
Sehiris lengkuas *
2 batang serai (kecil), kalau besar 1 pun cukup - ketuk *
Air secukupnya (dalam 1-2cawan) *
Garam dan gula

Cara-cara :
Didihkan semua bahan *
Kemudian masukkan sotong dan asam gelugur
Masak hingga mendidih
Masukkan garam dan gula
Perasakan selengkapnya. Bolehlah diangkat
*Tak perlu masak lama sebab daging sotong akan jadi liat

Monday, February 20, 2012

Donat Mulus

 
 
Mmmmm, dah lama tak tracking, habis sakit satu badan
Memang dah xde stamina dah rupanya, hanya semangat dan keinginan je
Alhamdulillah, dengan segala kepayahan, sampai jugak ke puncak Gunung Berembun
Dengan ketinggian 18++ meter
Nantilah kalau senang cheq sue upload gambarnya
 
Donat mulus ni cheq sue dapat rumah Sue@ Nenie
Kebetulan untuk e-book donat (Ros JM) cheq sue termiss
Nasib baik Sue dapat hantar email, attach resepi tu
Dapat tambah satu lagi e-book
 
Sekarang ni orang dah buat macam2 donat kan...
Kalau dulu bentuk gelang berlubang tu aje...pastu salut gula
Sekarang ni macam2 topping pun ada
Malah ada jugak yang dimasukkan filling
Untuk donat mulus ni cheq sue letak je sos butterscotch dan choc rice
Sedap jugak rasanya... Tak caya sila la cuba!
 TQ pada keduanya...
Wassalam...



 
DONUT MULUS
  Resepi : Ros @ JintanManis
Sumber : Sue @ Nenie

BAHAN-BAHAN
350 gram tepung Halus Superfine cheq sue guna tepung roti
50gram tepung kanji kentang
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
150ml air suam
1 ½ sudu besar marjerin@butter@shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 ½ sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mulus ni nanti.

PENYEDIAAN DOH

Kaedah 1, Penggunaan Bread Maker (BM) --> 
Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah seterusnya.

Kaedah 2, Jika uli tangan -->
Di mangkuk kecil, masukkan 150ml air suam dan 1 sb gula.Kacau sehingga gula larut dan masukkan yis.Biarkan lebih kurang 5~10 min atau sehingga larutan tadi berbuih.
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.

****Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda.
Goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan toskan.
Salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan.

****Tips mudah (Dari Kak Yani@MyR) nak menyalut gula pada donut atau apa2 kuih, masukkan donut/kuih siap goreng dan gula halus ke dalam plastic bag, kembungkan ia dan tutup kemudian goncangkan sehingga kesemuanya bersalut rata...
 

Sunday, February 19, 2012

Sos Butterscotch

 
 
Haritu, bila nampak Zack keluar n3 pasa ANZAC cookies, memang terliur sangat
Tengah kemaruk nak mengukis la katakan....
Nak cuba tapi bahan2 tak cukup
Antaranya kena buat sos butterscotch ni dulu
So esoknya cheq sue buat ikut sukatan yang zack berikan
Alhamdulillah, dah siap
Nun ada lagi kat dapor, tapi masih xleh nak mengukis
Hari ni tuan rumah menjejak Gunung Berembun
Dah lama tak tracking
Harap-harap tak pancit tengah jalan :)
 
Berbalik pada sos ni, dah pun dirasmikan
Walaupun x buat kukis tapi cheq sue buat topping untuk donat (next n3 ya...)
Rasa sedap jugak, cuma bebaru tu bau susu agak kuat
Tapi xpe... xde hal punya
Mmmm... jemput la tengok ya
TQ to Zack
InsyaAllah jumpa petang nanti kay
Wassalam...




SOS BUTTERSCOTCH
Resepi : Zack
(Modified from taste.au.com)


Bahan:
2/3C thin krim - ku guna susu sejat@evaporated milk
3/4C gula perang, dipadatkan
2sb + 1/2sb butter
2st esen vanila - ku cuma tinggal 1st je

Cara:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecil (pastikan bahagian bawah periuk@bottom of the pan tebal untuk elakkan butterscotch hangus). cheq sue masak dalam periuk yang diletakkan atas ceper, kira2 tak kena api direct lah
2. Kacau atas api kecil selama 5 minit atau hingga bahan kelihatan sudah bercampur.
3. Kuatkan api dan biarkan ia mendidih sebentar, kemudian turunkan api kembali dan renehkan selama 5 minit, sambil kacau sekali sekala (ku renihkan 10 minit untuk pekatkan sos).
4. Tutup api, biarkan pada suhu bilik atau 2 jam. Sedia digunakan sebagai sapuan filling kek, atas roti seperti kaya, ice-cream, dan lain-lain.

Saturday, February 18, 2012

Terima Kasih Imanshah!

 
 
Khamis lepas, seorang kawan datang menghantar sehelai kertas pada cheq sue
'Kita duo ado kijo  ni sue' - orang Kelantan...Cina, Chuink TW namanya
'Kijo gapo?'
'Keno jadi MC nih' - sengeh manjang
'MC gapo pulok?' - berdebar
Lalu kertas itu bertukar tangan
 
Haihhhh..
Bukan ape, libang libu jadinya bila melihatkan tetamu kehormat adalah  YB Dato' SK Devamany
Tentatif kat surat tak lengkap
Rehearsal xde...
Dah la hari Sabtu, masa singkat dah
Hantam saja lah labu....
Hu ha ha ha... Dup dap dup dap
Teringat kembali kenangan suka duka menjadi MC sebelum ini 
He he he




Lalu di blog Imanshah cheq sue menyelongkar - dia memang MC yang bagus!
Nasib baik ada contoh teks MC yang agak sama dengan majlis pada pagi tadi
Dengan beberapa pemurnian dan penambahan, alhamdulillah segalanya berjalan lancar
 
Cheq sue boleh tahan minat jugak nak jadi MC ni
Tapi mesti ada skrip dan persediaan
Kalau spontan memang kalut habis
Seronok jugak, boleh tingkatkan keyakinan diri
Sebenarnya perasan suara sedap!! He he he - * gelak jahat
Kalau sape2 yang ada kes cam cheq sue ni, cer selongkar sini untuk koleksi teks MC
Memang membantu
Terima kasih
Wassalam...

Kuah Kacang Ayam

 
Lately, kebanyakan n3 dibuat secara autopost
Jarang2 yang fresh from kitchen
Kekangan masa memang terasa
Peluang nak jalan2 rumah kengkawan  hanya bila balik rumah
Harini ada program, esok ada program
Phewwww....
Entah apa yang dibizikan tak tahu

Sebenarnya baru je 2 3 kali buat kuah kacang dengan jayanya
Selalu mesti ada tak kena kat mana-mana
Dengan menggunakan resepi Sue@Nenie, alhamdulillah kena dengan selera
Cuma cheq sue masukkan sedikit daging ayam (kebetulan ada dalam freezer)
Kacang tu pulak guna yang segera, yang dah dikisar halus
 
Cheq sue ni memang penggemar kacang..
Eh...
Takde ke yang cheq sue tak suka? Tak gemar?
Semua makan yo?

Satu kelemahan bila buat kuah kacang ni... takut nak masukkan minyak yang banyak
Katanya bila minyak banyak, barulah cantik kejadiannya
Yang cheq sue ni xde la berminyak sangat
Warna pun tak merah
Welllll... as u known cheq sue tak suka pedas
Pastu memang xde cili kering pun kat rumah
So guna aje apa yang ada
BTW, menjadi dan sedap
TQ sue share this rcp
Moh le pakat2 cuba
Wassalam...



KUAH KACANG
 Resepi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
½ kg kacang tanah (disangrai dan dibuang kulit, ½ portion kisar kasar dan ½ portion kisar halus)
cheq sue guna kacang tanah kisar segera NONA - dalam 200g
½ cwn minyak masak
2 batang serai
2~3 sb nisan/gula merah
garam secukupnya


Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sehiris halia
10~15 tangkai cili kering (direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
1 sb udang kering
 cheq sue blend bahan kisar ni dengan air dalam 1 cawan, kemudian tapis baru tumis. Air tapisan tu cheq sue masukkan untuk kuah

PENYEDIAANNYA
Di dalam periuk, panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau dan pecah minyak.
Masukkan kacang kisar dan kacau sehingga sebati dengan bahan tumisan.Biar seketika dengan api kecil.
Masukkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini...Perasakan dengan nisan/gula merah dan garam secukupnya...
Masak sehingga kacang betul2 masak dan kuah pekat.
Sedia dihidang dengan nasi himpit/sate....
 

Friday, February 17, 2012

Peria Goreng Tepung Mamak Style



 
 
Pahit-pahit peria, jangan serik nak makan sebab khasiatnya sangat tinggi
Samada peria besar (kambas) atau peria katak, dua-dua cheq sue suka
Mula2 memang dok pahit, pahit aje bila makan
Tapi dah lama-lama rasa sedap pulak
Tambah2 kalau dapat goreng dengan udang
 
Haritu entah jalan kat blog sape ntah, tgk peria goreng tepung
Bila search kat Google, kuar resepi Kak Jee ni
Langsung je cheq sue cuba
Tak banyak pun, dalam setengah biji je, dapat 8 slice
Tapi 4 dah hangit, 4 je sedang elok

Rasanya kira ok jugak
1st time makan kan, agaknya memang gitu la rasanya
Ibarat kata Kak Jee, kalau xmo pahit jangan makan peria, kunyah je gula-gula
He he he...
TQ Kak Jee, nanti next time nak cuba dengan peria katak pulak
Wassalam...



Yang hangit dok bawah ye..... (*_*)

PERIA GORENG TEPUNG MAMAK STYLE
Resepi : Kak Jee

BAHAN2NYA:
5 biji peria katak
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecik kunyit serbuk atau rempah kari
garam secukup rasa


CARA:
Hiris peria katak ikut suka. Kjee hiris serong2. Yang muda, Kjee tak buang bijinya. Tapi yang tua dengan biji merah menyala dan keras, Kjee buang. Kemudian Kjee campurkan tepung dengan garam dan serbuk kunyit bersama sedikit air hinga jadi paste. Kemudian Kjee gaulkan bersama peria katak sampai rata. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Toskan dan makanlah. Langsung tak pahitlah. Ala kalau tak nak pahit, janganlah makan peria. Kunyahlah cekelat atau gula2 hacks. Hehehe

Sheperd Pie

 
 
1st time masak SP ni
Dah lama nak try tapi baru je beli ubi kentang
Memang sedap dan ada kelasssss
Cheq sue buat guna sebiji je ubi kentang
Fillingnya pulak guna daging burger dan ditambah sedikit kentang rebus kasar
Bila dimakan time panas2 lagi tu memang layan habez
Kalau nak buat untuk sarapan ke minum petang ke memang sesuai sangat
InsyaAllah lain kali nak cuba lagi
TQ Nonie
Wassalam...




SHEPERD PIE 
Resepi : Nonierahman
 
Bahan-bahan
450g daging cincang
1 labu bawang besar (dicincang)
1 botol sos prego
Tomato di potong dadu
Mix vege

Untuk lapisan atas
1 kilo ubi kentang
40g butter
1/2 cawan susu cair
Cheddar cheese untuk tabur

Cara-cara
Tumis bawang besar sehingga naik bau
Masukkan tomato
Masukkan daging cincang,gaul sehingga masak
Masukkan sos prego
Masukkan mix vege
Masak sehingga kuah sedikit kering,mati kan api

Untuk lapisan kentang
Rebus kentang sehingga masuk,toskan air.
Lecek kentang sehingga halus masukkan butter dan susu.
Masukkan daging tadi ke dlm bekas yg sesuai,kemudian paipkan kentang yg di lecek tadi.
Taburkan parutan cheese di atas kentang
Bakar pie pada suhu 180 selama 15min.

#Enak di makan panas-panas

Thursday, February 16, 2012

Ikan Talapia Bakar Rampai

 
 
I'm a talapia lover...
 
Memang seronok + syiok bila dapat layan ikan talapia
Tambah2 kalau dimasak sampai lembut
Habis semua tulang temulangnya cheq sue sedut
Tapi awas dengan tulang2nya tu
 
Selalunya menu yang menjadi pilihan adalah bakar
Versinya pun ada bermacam-macam
Yang cheq sue buat ni lebih pada nak habiskan stok bahan2 kat dapur
Rampai tu pulak sebab kebanyakan bahan2 yang digunakan tu ada aromanya memasing
 Bunga kantan, daun limau purut, saleri...
Bila diblend bersama rupanya memang sedap dan memikat selera
Selera cheq sue lah ya.... yang lain tu wallahu'alam

Selalu kalau buat ikan bakar, cheq sue suka yang basah2 sikit
Bila makan boleh dicicah dengan rempah2nya tu
Memang meletops lah
Kalau ada kesempatan boleh la cuba

Kebetulan ada rempah yang lebih, cheq sue masukkan satong, buat langkah yang sama
Pun sedap jugak
Satu lagi resepi ikan bakar untuk dikongsi
Wassalam...



 
 IKAN TALAPIA BAKAR RAMPAI
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 ekor ikan talapia
1 biji tomato - cincang *
1 kuntum bunga kantan - hiris halus *
Saleri - dalam 10cm / 1 jengkal - hiris *
1 biji bawang besar (sederhana) - mayang *
1/4 kiub ayam *
3 biji cili merah - potong kecil2 * kalau suka pedas leh lebihkan
3 helai daun limau purut - siat
Sedikit garam, sos ikan & air

Cara-cara :
Blend semua bahan * dengan sedikit air hingga lumat & halus
Masukkan ke dalam kuali, masak hingga mendidih
Masukkan daun limau purut, garam dan sos ikan. Masak sebati
Masukkan ikan. Masak dalam 5 minit. Balik-balikkan
Pindahkan ke dalam bekas tahan panas. Kalau ada daun pisang boleh buat alaskan
Bakar suhu 200'C selama 20 minit

Famous Amos Chocolate Chip Cookies


 
 
Sekarang ni musin CC kukis
Sana sini tengah demam CC kukis, tak kira famous amous @ homemade
Biasalah kukis yang 'high class' ni memang tak hengat bila dapat makan
Cheq sue pun dah cuba, tapi versi famous amous
Terberkenan dengan resepi oleh Syari dari MyR yang menggunakan sukatan cawan
Malas nak godek sukatan timbang2 ni sebab penimbang xde
Tapi dalam masa terdekat ni nak cuba CCC home made COSK Kak Naz tu
Mana aci tgk orang buat aje
Tekak kita ni nak jugak merasa
 



Untuk FACCC ni cheq sue dapat dalam 119 keping (memang i bilang tau...)
*Tapi maaf ye...dah selamat dah semua ni
Saiz dia lak dalam 5-6cm diameter
Tapi adunan tu x keras tak lembut
Kalau tak dipenyekkan dengan garfu memang dia tak membentuk
Tapi apapun, bentuknya camana pun yang penting kukis ni teramat la sedap
Sekeping...dua keping...tiga keping...last2 baru sedar dah berkeping-keping
Cheq sue bagi member separuh, memang seksa kalau ada depan mata
Mengunyah ajeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee kerjanya

Kat dalam tu pulak cheq sue campur gajus, cc dan sunflower seed
Perghhhh... macam cari harta karun lak kat dalam tu
Kejap rasa ni, kejap rasa tu
Memang famous amous sungguh la
 Pada sape yang rasa xde keje tu, tapi berkira2 bila nak beli famous amous yang x berapa murah tu
Better godek resepi ni
Senang dan cepat + sedap
Cubalah, gerenti tak rugi!
Wassalam...








 FAMOUS AMOS CHOCOLATE CHIP COOKIES
Resepi : Syari @ MyR / Allresipi.com

Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )
1 cawan gula 2/3 cawan
1 cawan padat gula perang * 1/3 cawan
1 cawan mentega (~150gm) + sedikit marjerin, sbb butter x cukup :)
1 cawan minyak minyak jagung
1 telor
1 sb susu segar
4 cawan tepong gandum
1 sk garam *
1 sk cream of tartar tak masukkan
1 sk baking soda
½ cawan walnut cincangganti dengan gajus panggang & + 1/2 cawan sunflower seed
2 cawan semisweet chocolate chips
1 sk vanilla extract esen vanila

Cara-cara
Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven) 

Nota :
*Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk. 
* Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
*Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain 

1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 
2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.