Thursday, January 12, 2012

Cinnamon Pull Apart Bread


 
 
Sangat sedap! Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan rasa CPAB ni. Walaupun dah ramai yang mencuba lama dulu, cheq sue agak tertinggal. Memang lihat pun dah lama, memula di blog Secubit Garam, tapi masa tu agaknya xde kesempatan, baru sekarang boleh cuba. Bila seorang demi seorang mencuba resepi ni, memang xleh tahan lagi. Kena cuba jugak. Lagipun sejak2 suka dengan serbuk cinnamon ni memang sesuai sgt nak ngetest resepi ni. So petang semalam berjaya jugak membuatnya.


As usual, cheq sue guna BM untuk uli doh, tapi agak lembik dan kena tambah dalam 1/2 cawan tepung lagi. Buat pun agak kelam kabut, mesti ada terlebih di mana-mana sampai garam pun terlebih jugak. Oleh yang demikian, cheq sue guna sepenuhnya gula perang sebanyak 1 cawan untuk intinya. Tapi memang akan ada cecair gula di bahagian bawah doh tu la bila masak. Selain tu, cheq sue tabur jugak sedikit almond flakes. Memang kena sungguh dengan fillingnya, masyukkkk.

Cuma bila dah siap doh tu, agak kompius macam mana nak letak dalam acuan. Walaupun dah ada step by step, still rasa serba salah nak letak. Sudahnya cheq sue letak aje ikut suka dalam acuan. Hasilnya macam kat gambar tu la, huduh bebenor. He he he... Tapi xpelah, jangan dipandang oada rupa. Bila makan baru2 masak tu memang tak hengat langsung. Dah semalaman pun masih sedap dan gebu aje. Adehhhh bila ingat2 balik meleleh rasanya ayaq liuq ni. Kalau sape yang ada kelapangan tu bolehlah cuba... Wassalam...


 




CINNAMON PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker
Source : Tun Telani

For the Dough
2 3/4 cups + 2 tbs tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter  - tun letak 50g
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar cheq sue guna soft brown sugar (boleh kurangkan)
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) letak 1 sk je
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) x masukkan
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown cheq sue x cairkan, hanya gaul dengan gula hingga sebati
Tambah sedikit kepingan badam (semasa melapis & tabur di atas)

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan
Pukul telur, ketepikan
Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. 



Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. cheq sue guna BM
Lepas doh naik 2 kali ganda, tumbuk2 utk buangkn angin. tun bahagi 2, pastu canaikan doh. 
sapu butter yg cair, pastu tabur campuran cinnamon + gula perang. kerat doh kepada 6 bahagian. lapiskan ke enam2 lapisan, pastu kerat kepada 6 bahagian yg sama besar. susun dlm loyang..
Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.
Bakar pada suhu 175 C, selama 30-35 minit sampai lapisan atas menjadi dark brown.. tutup bahagian atas dgn aluminium foil kalau x nk terlampau garing.
Hidangkan panas... SEDAP SANGAT!!!!!!!!!!! ^^ Setuju, memang sangat sedap!

ps: utk steps yg lebih cantik, sila pergi ke Joy of Baking.. cantik sgt gambar steps dia!

8 comments:

  1. ermmm..sedapnyer roti...banyak list dok tunggu turn masuk bm

    ReplyDelete
  2. dh 3 kali buat pun x puas makan lagi!! sedap sgt2! mmg doh agak lembik =) kalau guna BM lagi la, tun uli guna mixer mata cangkuk je..

    ReplyDelete
  3. ramai betul dah cuba..saya je tak buat lagi kak...memang ketinggalan ketapi, bas, teksi, flight dan semua jenis kenderaan ni hehehehe

    ReplyDelete
  4. Sampai rumah cheq sue dah roti ni...rumah kak cek je belum bako roti ni...ntah bila la agaknya nak tiba seru...he he..:)

    ReplyDelete
  5. Kalau makan panas2 ni memang sedap..

    ReplyDelete
  6. bestnya cheq sue pon dah buat,nak buat jugak,tp xpernah lagi meroti mcm x confident jer

    ReplyDelete
  7. wohooooo! serius sampai ke hari ni mcm terbau2 lagi cinnamon powder tu...memang best sgt2 roti ni!

    ReplyDelete
  8. roti ni memang sedap..rupa tak cun tak pe asalkan mkn sodap..hehe saya pun suka:)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]