Monday, January 16, 2012

Akhirnya Dah Pandai Pun Makan Tempoyak....

 
 
Meh nak tanya ni...sape yang tak reti makan tempoyak atau something yang menggunakan tempoyak? Ish ish ish.. memang rugi bebenor la ye. Macam cheq sue ni dah berapa puluh tahun rugi sebab baru semenjak dua menjak tahu makan tempoyak. Semuanya bermula dengan sambal sumbat ikan yang menggunakan tempoyak, yang dipost oleh Kak Besah di MyR...pastu buat sambal kering dengan sambal sumbat tu. Perghhhhhh memang x pandang kiri kanan dah. Lepas pada tu, dah boleh pulak makan gulai masam. Dekat sekolah memang selalu ada menu ikan patin masak tempoyak. Cheq sue memang suka makan ikan patin, jadi dah sekali mencuba memang jatuh cinta abes. Cuma sambal tempoyak belum boleh nak makan lagi. Agak-agaknya kalau ke Benta, suruh mak masakkan gulai masam, mesti dia suka sebab anaknya ni dah boleh makan. Selalu kalau dia masak tu, memang kena masak lauk lain...
 



Tapi sayang sekali nak cerita kat sini. Cheq sue memang tak reti nak masak gulai tempoyak tu. Ada la jugak bertanya pada kawan2 yang pakar, katanya tak payah masukkan bawang. Korang ada ke nak syor kan resepi gulai tempoyak ni kat cheq sue. Nanti balik kg ni nak cuba buatlah...mana tahu ada yang tergoda pulak. Gambar kat atas tu cheq sue buat menggunakan kuah yang tak habis dimakan. Pada Sabtu lepas kan kami ada buat makan-makan. Ada la sorang kawan ni, Kak Lia buat gulai tempoyak ikan patin. Tapi isi dah habis dulu, tinggal kuahnya aje. Kebetulan ada ikan talapia kat rumah, so cheq sue tapaulah kuahnya. Jadi ikan tu dilebur aje kat dalam periuk guna kuah yang dah dibuat orang. Heeeeee bijak tak? Sekor ikan tu dapat jugak dua kali makan. Memang puas hati sungguh!! Pada sape yang belum terbuka hati nak cuba tu...bawak2 la belajar makan....memang tak rugi. Wassalam...

6 comments:

  1. tempoyak mmg best :).. mintak sket.. :)

    ReplyDelete
  2. tun suka sambal tempoyak je, kalau dlm kuah tu kureng sket. lagi2 kalau ikan air tawar, mmg susah nk telan. huhu

    ReplyDelete
  3. Akak suka makan..tapi masak...belum pandai lagi...selalu beli aje..anak2..kureng sedikit bab2 ini.

    ReplyDelete
  4. akak memang penggemar tempoyak...perrghh

    ReplyDelete
  5. perggghhh, sedapnya lauk dia...gerenti bertambah nasi ni...

    ReplyDelete
  6. sy suka sgt makan tempoyak kat restoran cikgu kota bharu2.tempoyak mmg sedap sgt2..makan ngan ulam, mmg terangkat...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]