Wednesday, April 10, 2013

Puding Roti Bakar Dengan Sos Kastad

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya jarang sangat membeli roti, tak kiralah roti sandwich ataupun roti berinti. Tak tahulah mengapa, saya agak selektif tentangnya. Kadang-kadang kalau beli peket kecil tu sampai seminggu tak habis lagi. Baru2 ni pulak saya beli sepeket besar Gardenia, konon nak makan dengan jem orpal, tetapi sebagai insan biasa yang mempunyai sedikit perasaan cerewet dan memilih, masih ada banyak roti yang berlebih-lebih. Jadi saya memilih untuk membuat puding roti yang saban masa saya lihat di blog Kak Hana. Untuk resepi puding roti pun, saya lebih suka puding roti yang agak keras sikit, bukan keras macam mana, maksudnya masih boleh gigit lah, bukan kata terus je masuk ke tekak. Hish, macam2 la cerewetnya saya ni kan...



Oleh sebab saya tak ada kismis, maka saya gantikan dengan coklat cip. Seperti yang dilihat di blog Kak Hana, kejadian puding roti ni sungguh sempurna. Dan seperti yang saya mahu, puding roti ni tak la terlalu hancur sangat. Ibarat gambar bekas sos kastard tu,mmmmmm yummy! Cantik kan? Saya beli di kedai bundle aje, 2 RM5...


Sakit hati betul dengan gambar ni. Konon2 nak tuang sos tu, tapi sebelah tangan pegang kamera, sebelah lagi pegang bekas sos, nasib baik tak tertuang atas alas pinggan tu, tak nampak weh, mana nak fokus lagi, mana nak tuang.... ^_^


Dan inilah hasil akhirnya...semangkuk puding roti dengan sos kastad yang sangat sedap untuk dinikmati. Kalau dibiarkan sejuk dulu lagi sedap, tapi makan gitu aje pun sedap jugak. Pada Kak Hana, saya copy resepinya di sini ya buat rujukan di masa akan datang. Terima kasih...

PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
7-8 keping roti
* 500 ml susu segar @ 2 cawan
* 4 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara-cara
Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.
~ Wassalam ~

9 comments:

  1. memang asyik sekali kalau dapat makan puding roti dengan sosnya sekali..em, yummy..

    ReplyDelete
  2. as salam Ila....nati singgah dapo ambo deh, amik award.

    ReplyDelete
  3. mana nak cari cawan susu kastad tu ye.. nak gak... pleaseeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  4. Cantik je puding roti tu berposing Cheq Sue... nampak sedap!

    ReplyDelete
  5. ~ Yummy..suka sgt puding roti..menu kita hari ni sama la cheq sue cuma kali ni yana try mkn dgn sos caremal.. sedappp sgt ^__^

    ReplyDelete
  6. Tq.kita pun dah cuba buat puding roti guna resepi awak nihihi

    ReplyDelete
  7. saya telah copy resepi ni di blog saya.terima kasih ya

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]