Monday, April 22, 2013

RTC (TEMAN) - Bandar Baru Tunjung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hai semua, apa khabar? Malam2 ni tentu sedang bersenang-senang dengan famili sambil menonton tv. Saya sendiri masih membuat beberapa kerja yang menuntut perhatian segera. Mmmmm dua hari tak berupdate. Perghhhh. Balik kampung la katakan, masa memang padat dengan kepenatan yang sangat2. Sebelum ke KL baru2 ni, saya dah balik kampung, dan selepas balik KL tu saya balik lagi, kira2nya dua minggu berturut2 la saya balik. Kalau diikutkan memang penat sangat, tapi sebab nak settlekan cukai di LHDN, saya gagahkan juga balik dengan menumpang member. Alhamdulillah dah selesai semuanya.

Jadi saya nak kongsilah sedikit dapatan saya masa balik baru2 ni. Dapur dah tak berasap 3 minggu, tak ada n3 masakan. Mana2 yang ada sajalah ya... Dalam perjalanan nak ke LHDN, kami singgah sekejap di RTC (TEMAN) di Bandar Baru Tunjung kerana ada kawan yang nak membuat pasport. Saya sendiri walaupun dah agak kerap melalui jalan itu untuk ke KB, tetapi tak pernah lagi singgah ke sana.  Kira2 ni jakun di negeri sendiri sajalah. Daripada tinjauan yang dibuat, keadaan di situ sangatlah selesa. Selain dari disediakan ruangan untuk memasarkan hasil2 pertanian, ada banyak lagi yang dijual. Ada juga disediakan agensi2 untuk keperluan orang ramai seperti imigresen,bank nasional,  pejabat pendaftaran, unit kawalan kualiti makanan dan beberapa lagi yang saya tak sempat nak catat namanya. Kiranya kalau nak buat pasport atau IC tak perlu la nak ke bandar KB, yang secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan.

Tengok sajalah apa yang ada di sana. Masa tu dah tengah hari, banyak kedai yang dah siap nak tutup tapi masih ada jugak yang bukak. Rata2 orang membeli keperluan harian seperti lauk pauk dan sayur-mayur. Tudung, baju, beg tangan juga ada. Tudung pulak boleh dibeli dengan harga serendah RM4.50. Saya tak beli apa2 pun, sibuk jadi wartawan tak bertauliah. Malu jugak nak snap, ada je orang dok tengok2... 

Di situ jugak banyak boleh didapati kuih muih tradisi yang dah tak banyak dihasilkan. Satu yang menarik perhatian saya adalah penghasilan kuih belimbing (rasanya) dengan menggunakan mesin. Saya tak pernah pulak tengok mesin macam tu. Dijalankan secara manual dengan memulas bahagian atas dan adunan akan terus masuk ke dalam minyak panas.

Sekarang jugak agaknya musim mangga a.k.a pauh yang mana dah boleh beli dengan harga RM10 untuk 3 kg. Macam2 jenis pun ada. Budak yang jual mangga tu siap suruh saya tag gambar kat FB, minta maaf la dik, akak tak hade FB okeh! 

Jadi buat kawan2 yang datang ke Kelantan tu, jangan lupa singgah sebentar ke sini, cuba rasai kemesraan penjual yang menawarkan bermacam2 barangan dan perkhidmatan, insyaAllah seronok.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]