PAGES
▼
Tuesday, July 31, 2012
Happy 32rd Birthday Giveaway
Happy Buffday Mimi
Kek untuk Mimi, anak kepada ketua unit cheq sue yang tarikhnya sama iaitu 28 Julai. Buat dalam 1/2 adunan sekali dengan kek indulgence. Deconya pun guna whip cream Anchor. Tak dapat nak rasa sebab deco masa puasa. Harap2 tak ada masalah dari segi rasanya. Nampak macam ok aje rupanya. ^_^
Monday, July 30, 2012
Pengalaman Shoping Raya Dengan Anak
Chocolate Indulgence Cake ~ Yang Comot's Di Hari Jadiku
Chah gunakan resepi kek span dari Blog Kak Yati . Cheq sue gunakan resepi kek span coklat di sini
* Jika ingin menggunakan tepung kek span pre mix, anda cuma perlu ikut arahan pada label tepung tersebut.
Nota : Daripada resepi yang dikongsikan oleh Chah, saya ubah suai sedikit di dalam tulisan merah.
Bahan-bahan (kek) :
150g tepung naik sendiri
5 biji telur
80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
120ml susu coklat
150g gula halus
1 1/2 sudu besar ovellete
2 sudu besar cappucino emulco
3 sudu besar serbuk koko
Cara-cara:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
Masukkan minyak jagung, putar perlahan.
Masukkan pula susu dan cappucino emulco. Apabila sebati, masukkan tepung dan
serbuk koko. Pukul perlahan hingga sebati.
Saya panaskan oven kira-kira 10 minit
dan bakar kek kira-kira 10 minit kerana saya menggunakan loyang swiss
roll.
Untuk mengurangkan
tekanan perasaan sebab lama sangat kena tunggu kek masak, saya bakar dalam
loyang bersaiz 10 in x 12 in x 1 in . Saya bakar dalam dua loyang, so
bila dipotong dua, saya dapat 4 keping kek yang bersaiz 6 x 10 in.
Resepi Kek Span yang cheq sue gunakan :
(Cheq sue buat 1 1/2 adunan)
Bahan-bahan ( Saiz 9" )
120 gm gula kastor
100 gm tepung gandum (saya guna tepung
naik sendiri)
20 gm serbuk koko
4 biji telur
10 gm ovalette
20 gm air (saya guna air sejuk yang telah
dimasak)
1 sk esen vanila
20 ml minyak jagung (saya cairkan mentega)
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak.
Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
Perlahankan putaran, masukkan minyak.
Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar
selama 30-35 minit.
Bila masak sisipkan bahagian tepi loyang dan terus telangkupkan di atas redai
* Oven suhu 170'C
Bahan-bahan
white choc filling:
100g compund white chocolate (Chef Khairi
menggunakan brand Collata, cheq sue pun)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2
egg yolk saja) cheq sue guna 2 telur C
100g gula halus 80g
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi
gunakan brand Anchor, cheq sue pun guna Anchor, 1st time)
Cara-cara:
Cairkan coklat secara double boiler dan
ketepikan.
Pukul whipping cream hingga kembang.
Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan
terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan
menyebabkan ianya overmixed dan akan menjadi berketul.
Pukul telur gula dengan butter hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.
Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata. Cheq sue agak ada kesilapan teknikal sikit dalam step ni sebab x ada dimasukkan gula. So cheq sue pukul je dulu gula dengan butter sebelum dimasukkan telur dan step seterusnya.
Bahan-bahan
untuk dark chocolate filling:
100g compund dark chocolate (Chef Khairi
menggunakan brand Collata, cheq sue guna choc milk compound - Collata)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2
egg yolk saja) 2 telur C
100g gula halus 80g
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi
gunakan brand Anchor, cheq sue guna Anchor)
**Caranya sama dengan kaedah penyediaan
white chocolate filling.
Bahan-bahan untuk ganache:
300g dark chocolate (Jika tidak
menggunakan chocolate coins, pastikan coklat dipotong kecil untuk memudahkan ia
larut dengan cepat)
300g non dairy whipping cream
25g butter
Cara-cara:
Masak whipping cream hingga timbul buih-buih
kecil.
Masukkan butter kacau perlahan.
Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada
lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya.
** ganache yang saya hasilkan tu agak cair sedikit, ambil masa yang lama untuk pekat. Mungkin sebab saya guna campuran dark choc dan milk choc compound.
Cara untuk assemble kek:
Potong kek menjadi 4 keping.
Letak sekeping kek di atas kek plate.
Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 daripada adunan. Ratakan. Letak lagi
sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling. Ulang hingga lapisan
kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate filling. Sejukkan
dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
Kek-white choc-kek-dark choc-kek-white
choc-kek-dark choc-ganache. Siap!
NOTE :
Dah tak ada ke yang nak join GA cheq sue ni? Jom la join kawan-kawan... Walaupun hadiah xde la kebaboom moh la bagi sokongan. Boleh???
Sunday, July 29, 2012
Simplest Vege Soup
Saturday, July 28, 2012
Sanah Helwa Ya Suhaila ^_^
Friday, July 27, 2012
Misteri Cinta ~ ep. 24
Pergimu tanpa pesan meninggalkan kesan mendalam di hati
ini…
Amjad
memandang pelajar 4 Ikhlas yang sedang tekun menyiapkan tugasan yang diberinya
sekejap tadi. Kekosongan itu telah membuatkan fikirannya melayang mengingatkan
Dayang Atikah yang telah hampir dua minggu meninggalkan sekolah itu. Sebenarnya
bukan hanya hari ini dia mengingati gadis itu, tetapi hampir saban hari, saban
masa yang dia ada. Kehilangan Dayang Atikah begitu dirasainya.
Walaupun
Tania selalu mengambil berat tentang dirinya namun hatinya telah di bawa pergi
menyebabkab dia sudah tidak seperti dulu lagi. Hidupnya suram, tiada lagi
keceriaan dalam dirinya. Dia cuba untuk mengawal diri tapi tiada kekuatan
bersamanya. Terlalu mendalam perasaan bersalahnya pada Dayang Atikah. Dia
begitu terpukul kerana gadis itu telah berjaya meruntuhkan tembok keegoaan yang
telah banyak memberikan kesengsaraan kepada dirinya.
Kalaulah
dia tahu bahawa kehilangan jam tangan pemberian Dayang Atikah dulu adalah tanda
dia akan kehilangan Dayang Atikah, sudah tentu dia akan berusaha untuk berbuat
sesuatu. Jika tidak dapat menghalang dayang Atikah pergi, paling tidak dia
dapat menyatakan perasaannya kepada gadis itu. Namun dia lebih tega membiarkan
segala keindahan itu berlalu dari dirinya. Hanya dengan sedikit kesilapan, dia
terpaksa menanggung akibatnya kini.
Kalau
boleh dia tidak ingin ada yang lain tahu tentang penderitaannya ini. Kalau dia
mampu biarlah dia yang menanggungnya sendirian. Namun, dia tidak dapat mengelak
kerana Syameer dan Chempaka juga telah maklum tentangnya. Dan dia bersyukur
kerana mereka berdua banyak memberikan sokongan moral kepadanya.
Kring…………
Deringan
loceng memutuskan lamunannya.
Astaghfirullahalazim…
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku
sedikit ketabahan!
“Terima
kasih cikgu.”
“Jangan
lupa hantar buku latihan ni ke meja saya sebelum balik nanti. Sama-sama.”
Apa jua yang mampu aku lakukan untuk membahagiakanmu,
sahabatku?
Chempaka
memandang Amjad dari jauh. Pandangannya sayu melihat langkah lelaki itu yang
longlai, tidak seperti dulu yang sentiasa penuh dengan kegembiraan dan positif.
Dia tahu ketiadaan Dayang Atikah banyak mempengaruhi hidup Amjad kini namun dia
juga tahu kisah itu terlalu rumit untuk diselesaikan. Jalan ceritanya terlalu
berselirat untuk difahami. Dia bersyukur kerana laluan hidupnya ditentukan
Tuhan sedikit lurus dan tanpa rintangan hebat begini.
Chempaka
yang terlibat secara langsung dalam perhubungan itu turut merasa kasihan
melihat temannya. Sememangnya dia sentiasa mendoakan ada jodoh di antara mereka
namun apa daya Tuhan lebih berkuasa. Dalam usia
kandungannya yang menjangkau lapan bulan, kepalanya ligat memikirkan
apakah yang boleh di lakukan untuk membantu pasangan itu.
Bayi
di dalam kandungannya tiba-tiba bergerak. Chempaka mendapat satu idea…
Di antara tiga hati kita, biarlah aku yang memendam rasa
kerana aku juga sepertinya…
Amjad
memandang Tania yang berdiri di hadapannya. Gadis itu tampak manis dengan baju
kurung bercorak batik. Angin yang berpuput di pelabuhan petang itu
membelai-belai rambutnya yang ikal mayang. Sebenarnya dia yang mengajak Tania
ke situ untuk berterus-terang kerana dia tahu gadis itu menaruh harapan
padanya. Dia tidak mahu layanannya sebagai seorang kawan di salah ertikan oleh
Tania yang mendambakan kasihnya. Mungkin dulu dia menggunakan Tania untuk
menyakiti Dayang Atikah namun kini biarlah dia berterus-terang. Apa jua balasan
yang Tania berikan padanya, akan dia terima dengan rela hati. Dia tahu,
sikapnya bukan sahaja melukakan dia dan Dayang Atikah tapi juga turut
melibatkan Tania dan beberapa orang lain lagi.
Selepas
melepaskan satu keluhan dari bibirnya, Amjad memulakan kata…
“Tania,
sebenarnya Am nak minta maaf.”
Matanya
tidak memandang Tania tapi merenung jauh ke horizon laut.
“Kenapa
baru sekarang Am berterus-terang? Kenapa tak dari dulu Am halang Tania daripada
terus hanyut dibuai perasaan sendiri? Am bukannya tidak tahu Tania menyukai Am
namun kenapa Am lakukan ini semua? Tetapi kalau Tania tahu Dayang juga
menyimpan perasaan pada Am, Tania takkan sanggup memusnahkan sebuah
persahabatan semata-mata untuk kepentingan sendiri.”
Panjang
dan perlahan nada suara Tania. Ada getaran dalam suaranya. Adakah dia sedang
menahan sesuatu?
“Am
tahu. Sebab itulah Am minta maaf. Sebenarnya Am juga menyukai Dayang tapi
banyak perkara yang tidak kena dalam perhubungan kami. Segalanya tidak berjalan
lancar. Am tahu Am terlalu ego dan cemburu dan kini Am telah menerima
akibatnya.”
“Itu
semua boleh di atasi Am. Berfikirlah secara matang. Jangan jadi budak-budak.
Kadang kala kita perlu mengorbankan apa yang ada dalam hati kita untuk
mendapatkan kebahagiaan yang diimpikan. Masih belum terlewat untuk mencapai
bahagia. Am, carilah Dayang. Tania tahu dia masih mengharapkan Am dalam
hidupnya. Pengorbanan yang dilakukannya terlalu besar dan ikhlas. Tania tahu
tak ramai perempuan macam dia. Carilah dia Am. Tania memberi sokongan.”
“Terima
kasih Tania kerana memahami Am. Kalau boleh sekarang juga Am mahu ke Batu Pahat
mencari dia namun apa daya.”
“Am,
bertuah kalau sesiapa yang dapat memiliki Dayang. Bahagiakanlah dia dan dirimu
Am.”
Sesungguhnya
dia benar-benar ikhlas ketika menuturkan kata-kata itu. baginya, Dayang Atikah
adalah seorang gadis yang tiada duanya.
“Am
doakan agar Tania akan mendapat lelaki yang lebih baik dari Am.”
Mereka
berpisah di situ dan menuju ke kereta masing-masing. Itulah laluan mereka yang
sudah tidak sehala lagi, punyai laluan yang tersendiri. Tania memandang sekilas
ke arah Amjad yang berada dalam keretanya. Dia mengukirkan senyum terakhir. Dan
bila dia berpaling dari menatap wajah lelaki itu, ada air mata mengalir di
pipinya. Itulah tanda pengorbanan kecil yang dilakukannya. Kalau dibandingkan
dengan derita Dayang Atikah, tiada bandingnya air mata itu. Jauh di sudut
hatinya masih ada perasaan sayang untuk lelaki itu namun akan dia cuba untuk
menghindarinya. Dia tidak ingin membina bahagia di atas kelukaan orang lain…
Dan
dia percaya ada hikmahnya di sebalik apa yang telah berlaku!
Jus Oren & Lobak Merah... Berani??
Thursday, July 26, 2012
Misteri Cinta ~ ep. 23
Kupejamkan mata, namun bila ku buka kembali, dikau telah
tiada…
Tepat
jam 6.30 petang barulah Amjad sampai di rumah. Penat dan lenguhnya masih
terasa. Nasib baiklah esok hari minggu, dapat juga dia merehatkan diri.
“Assalamuaaikum
Mak Ngah, Laila. Pak Ngah mana?” Dia menyapa Mak Ngah Idah yang berada di ruang
tamu. Laila tidak membalas pertanyaannya malah tidak memandangnya pun. Dia
kehairanan. Mesti ada apa-apa ni. Kalau tak sudah tentu gadis itu ceria
menyambut kepulangannya.
“Pak
Ngah kamu ke kedai. Am, pergi tukar baju dan mandi. Mak Ngah ada sesuatu yang
hendak di bincangkan. Kita tunggu Pak Ngah balik.”
Ada
sesuatu yang hendak dibincangkan? Apa pulak hari ni? Nampaknya sepanjang
pemergian dia ke Seremban, ada sesuatu yang telah berlaku. Dia hanya mengangguk
dan berlalu ke biliknya.
Mak
Ngah Idah memandang Amjad dengan ekor matanya. Sebagai seorang yang telah lama
mengutip pengalaman dalam hidup ini, dia perlu berhati-hati menyelami perasaan
anak muda itu. Dia tidak mahu menangguk di air keruh. Bagai menarik rambut di
dalam tepung, yang penting rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.
Amjad
cuba
untuk tidak berfikir apa-apa. Dia mahu lapangkan dada dan kepalanya. Lima hari berkursus sudah
banyak tenaga luar dan dalam digunakannya. Namun dia bagai dapat mengagak apa
yang akan Mak Ngah Idah katakan padanya.
Hampir
15 minit dia bersiap itu dan ini, puas hati dengan penampilannya, dia segera
keluar. Perutnya juga menyanyikan irama kelaparan. Tiba di ruang depan, ada bau
goreng pisang dan air kopi. Aroma yang semerbak menyentak seleranya. Pak Ngah
Deris dan Mak Ngah Idah membiarkan dia menikmati hidangan petang itu. Mungkin
menunggu masa yang bersesuaian untuk membuka kata.
“Sebenarnya
Am, Pak Ngah nak tanya kamu? Bagaimana
hubungan kamu dengan Dayang?” Pak Ngah Deris memula bicara setelah dia melihat
Amjad sudah selesai menikmati makanannya.
Seperti
yang dia jangkakan, hal itu juga yang Pak Ngah timbulkan.
“Macam
mana Am nak cakap dengan Pak Ngah dan Mak Ngah? Hubungan kami macam biasa
saja.”
“Kamu
berdua jangan nak kelentong Mak Ngah tau.
Mak Ngah tahu ada sesuatu yang berlaku antara. Kalau tak masakan Dayang
meminta tukar balik ke kampungnya?”
“Tukar?
Am tak tahu pun?”
“Itulah
Mak Ngah cakap ada sesuatu antara kamu. Apa sebenarnya Am? Waktu dia datang ke
sini Mak Ngah tengok dia elok aje. Alih-alih dia telefon kata nak balik ke Batu
Pahat. Cuba
cakapkan pada Mak Ngah.”
Dayang
datang ke rumah? Bila? Bagaimana pula dia hendak menerangkan kepada Pak Ngah
dan Mak Ngah sedangkan dia tidak tahu hujung dan pangkalnya semua itu.
Fikirannya teringatkan Chempaka. Tentu dia ada jawapan terhadap segala
persoalan itu. Dia bingkas bangun dan mengambil kunci keretanya.
“Nak
ke mana pula Am? Pak Ngah belum habis cakap lagi ni.”
“Am
perlu tahu apa yang terjadi Pak Ngah.”
Pelbagai
persoalan timbul di kepalanya. Ternyata Dayang Atikah terlalu terasa dengan
perlakuannya. Gadis itu benar-benar terluka sehingga betul mengotakan katanya
untuk mengundurkan diri. Rasa bersalah merantai hatinya. Sedangkan dia hanya
berbuat demikian untuk mengendurkan rasa cemburunya terhadap Tengku Mukhlis.
Ya Allah, apa yang telah aku buat
ni…
“Assalamualaikum
Chem, Syameer.”
“Waalaikumussalam.
Bila kau balik Am?”
“Aku
baru aje sampai tadi. Syameer, kalau kau tak kisah aku nak bercakap dengan
isteri kau.”
“Aku
faham Am. Yang, abang masuk dulu ya. Berterus teranglah kepada Amjad.” Tanpa
segan, Syameer menghadiahkan satu kucupan di pipi Chempaka. Gadis yang telah
sah menjadi isterinya itu tersipu-sipu. Malu barangkali diperlakukan demikian.
Bimbang jika dikatakan mahu menunjuk-nunjuk kepada tetamunya.
“Sebenarnya
Am, aku sudah terlalu lama menyimpan penderitaan Dayang. Semenjak kita semua
berjumpa, banyak yang telah berlaku. Memang dia ada memberitahuku bahawa dia
menyenangi kau tapi dia malu untuk bersuara. Dia menanti kau mengatakannya Am.
Kau tahu perasaan kau tapi kenapa kau pendamkan saja? Kau berdendam dengan dia,
Am. Sedangkan dia telah mengaku kesalahannya. Kau menghukum dia atas kesalahan
yang telah di akuinya. Mengapa Am?”
“Aku
fikir aku nak berterus-terang dengan dia selepas aku balik dari Seremban tapi
dia dah pergi dulu. Adilkah dia meninggalkan aku macam ni je?”
“Aku
rasa kau yang lebih tahu adil atau tak apa yang Dayang lakukan ini. Aku tak
akan bagitahu kenapa dia bertukar kerana ini adalah permintaannya. Dan aku rasa
kau telah maklum mengenainya.. Am, kadang kala bila kita telah kehilangan
sesuatu barulah kita tahu betapa kita memerlukannya. Dan satu pesanannya untuk
kau, dia bawa bersama tulip yang kau berikan kerana hanya itulah kenangan yang
dia ada.”
Amjad
menekup muka. Terasa berbahang bagai ada air mata yang ingin keluar namun
ditahannya. Kelemahan jangan ditunjukkan.
“Am,
kalau kau betul-betul terhadap dia, berusahalah, masih ada masa untuk kau
membaiki diri dan mendapatkannya semula. Jangan biarkan ego kau memusnahkan
hidup kamu berdua.”
“Aku
cintakan dia Chem. Aku sayangkan dia sejak mula bertemu tapi entahlah. Memang
aku yang bersalah kerana membiarkan dia terluka. Dan aku akan menebusnya. Aku
akan menggembirakan dia selagi hayat aku masih ada. Terima kasih Chem. Aku
balik dulu.”
Chempaka
memandang Amjad dengan perasaan simpati. Itulah Qada’ dan Qadar Tuhan yang
harus diredhai…Dia memanjatkan doa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan dua
temannya itu.
Setelah lama berduka di rantau orang, aku kembali ke
daerahmu…
Dayang
Atikah memeluk ibunya dari belakang ketika ibunya sedang membersihkan cawan.
Dua beranak itu baru selesai minum pagi.
“Ibu,
dah lama Ika tak rasa masakan ibu. Boleh ibu masak sambal tempe untuk Ika?”
Puan
Khadijah tersenyum lebar mendengar permintaan anaknya itu. Dayang Atikah dan
sambal tempe memang tak boleh dipisahkan.
“Jangankan
kata sambal tempe, Ika sebutkan apa saja pasti ibu sediakan.”
“Ini
yang buat Ika sayang pada ibu. Ika masuk ke bilik dulu ibu. Banyak lagi
barang-barang yang perlu dikemaskan.” Satu ciuman sayang hinggap di pipi Puan
Khadijah.
Puan
Khadijah hanya mengangguk. Dia menghantar Ika ke bilik dengan pandangan
matanya. Tangannya lincah menyediakan ramuan untuk memasak sambal tempe yang
menjadi kegemaran Dayang Atikah. Hati perempuannya merasa gembira kerana
akhirnya anak kesayangannya itu kembali jua ke pangkuan keluarga.
Di
bilik, Dayang Atikah sebenarnya lebih banyak termenung dari membuat kerja.
Fikirannya masih melayang-layang ke Pulau Indah. Terasa baru semalam dia
melapor diri di SMKPI. Dan terasa baru semalam juga segala yang bernama duka
itu berlaku. Namun sebenarnya juga dia telah menerima takdir Ilahi yang
menggariskan hidupnya begini. Setiap percaturanNya tidak pernah salah dan dia
percaya akan ada kegembiraan di sebalik kelukaannya. Dia tersenyum, cuba
merawat hatinya.
Dari
tingkap bilik itu dapat dilihat panorama indah Gunung Soga yang tersegam.
Nampak dekat tetapi berbalam menunjukkan gahnya sebagai pemasak bumi. Kalau di
waktu pagi suasananya lebih cantik. Kabus yang menyelubungi bagaikan kepingan
kapas putih yang terapung-apung di langit. Kalau ada kesempatan memang dia
tidak melepaskan peluang untuk meyaksikan matahari terbit dari balik gunung.
Indah dan nian untuk jiwa yang halus sepertinya.
Menyoroti
bilik yang telah lama ditinggalkan, banyak kenangannya. Sesungguhnya dia senang
berada dalam bilik kecil itu. Susunan perabot dan reka letak menepati citarasa
mudanya. Dan apa yang paling disayanginya adalah katil kayu yang mempunyai
palang diatasnya dan dihiasi pula dengan kain sutera putih. Terasa begitu
mendamaikan dan tenang sekali. Jiwa romantisnya sentiasa menginginkan sesuatu
yang berbaur kelembutan dan kesyahduan.
Dayang
Atikah merebahkan diri ke katilnya. Tiada perubahan yang berlaku meskipun telah
agak lama bilik itu dibiarkan kosong. Ternyata ibu sentiasa memastikan bilik
itu terjaga seperti asalnya. Dalam keletihan itu, Dayang Atikah akhirnya
terlelap. Badannya terlalu lemah setelah membuat kerja itu dan ini untuk
berpindah selama beberapa hari lalu. Mudah saja dia terlena.
Dan
dalam tidurnya itu, ada bayangan Amjad yang menjelma…
Rindukah dia kepada lelaki itu?
Di mana bumi ku pijak di situ langit ku junjung…
Hari
baru, tempat baru, Dayang Atikah membuka buku baru untuk dirinya. Azamnya untuk
memulakan lembaran baru dalam hidupnya dengan bunga-bunga riang. Kalau boleh
dia tidak ingin mengenangkan kisah lalu lagi. Air matanya kini terlalu berharga
untuknya menangisi sebuah kelukaan.
Dayang
Atikah sebenarnya kembali ke sekolah lamanya iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan Senggarang. Dia bersekolah di situ sehingga tamat
tingkatan lima. Dan selepas melaporkan diri kepada Pengetua pagi tadi, dia
masih dapat mengingati beberapa wajah yang pernah dikenalinya dulu. Ada di
antara bekas guru yang mengajarnya dulu masih lagi setia mengajar di situ. Dan
ada juga di antara mereka yang masih mengenalinya sebagai bekas pelajar terbaik
SMKS enam tahun lalu. Dengan pengalaman yang dia semasa di SMKPI, mudah saja
baginya menyesuaikan diri dengan tempat baru. Ada juga yang dikenalinya semasa
mengikuti Program Integrasi semasa di maktab dulu.
Buat
permulaan ini, dia hanya berkenalan dengan pelajar di sekolah itu. Proses
pengajaran dan pembelajaran masih belum di mulakan kerana seboleh-bolehnya dia
mahu mengenali para pelajarnya terlebih dahulu. Jarak sekolah dengan rumahnya
hanya lima minit. Buat masa ini dia menumpang Kak
Julia yang menjadi kaunselor sekolah
itu. Rumah mereka bersebelahan. Oleh itu ibu menyuruhnya menumpang Kak Julia
supaya dia tidak perlu berjalan kaki ke sekolah. Sebenarnya dia tidak mahu
menyusahkan sesiapa tapi bila mengenangkan azam barunya, dia terima. Lagipun,
cikgu takkan nak berjalan kaki ke sekolah?
Puding Karamel Feqah
Sumber : Zai Dubai
Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad
Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.
Wednesday, July 25, 2012
Ini Pun Dah Cukup... & Update Peserta GA
Tuesday, July 24, 2012
Kek Span Coklat & Ganache
Bab deco ni pulak cheq sue sekadar habiskan aising belen tempahan kek Kak Lia aje, banyak jugak jadinya. Konon2 nak buat rose riben, entah ape2 yang jadinya. Bahagian bawahnya pula sekadar dipaip aising dengan nozzle daun, katanya jadi macam gaun princess aje.
Inilah pula kejadian di dalam kek tersebut. Agak perfect layernya dengan aising yang sederhana. Di antara lapisan tu cheq sue letak blueberry filling. Kalau dok lama sikit lam peti ais mesti sedap. InsyaAllah lepas ni nak buat lagi kek ni. Kat bawah ni cheq sue kongsikan resepinya.
Monday, July 23, 2012
Angry Bird Untuk Syafikah, Bola Untuk Aiman
Untuk design angrybird kali ni cheq sue refer pada blog Zack Zachoes, kejadiannya better pada angry bird yang pertama dulu... Cumanya namapak sangat la deco angrybird tu agak kasar dan garang. Warna pun tak berapa terang, maklumlah guna fresh cream, nak letak warna banyak-banyak takut cair pulak.
Saturday, July 21, 2012
Salam Ramadhan 1433H / 2012
Friday, July 20, 2012
Telur Dadar Tomyam
TELUR GORENG TOMYAM
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
2 biji telurLobak merah + bunga kobis - sagat / dadu / cincang halus
1 sudu kecil pes tomyam
Gula, garam
½ biji bawang besar - dadu
** cheq sue tambah cincangan capsicum
Cara-cara :
Bancuh
telur dengan pes tomyam dan bawang besar + lobak merah + bunga kobis yang
di dadu. Kacau hingga sebati. Perasakan dengan gula dan garam (rasa dulu, kalau dah masin tak perlu)
Panaskan minyak dan goreng hingga
masak. Lebih elok guna nonstick pan
Letak atas pinggan dan hidangkan