Adui...petang ni rasa lemah je badan. Pipi pun rasa hangat je...salah satu tanda tubuh x sihat... Malas nak layan lebih2...yok masuk dapur buat lauk. Petang ni maaf lah yer...xde desert2 pencuci mulut bagai... tuan rumah diserang virus M... Rasa2 untuk berbuka nanti makan nasi je lah dengan teh suam
Berbalik pada n3 ni...pagi tadi cheq sue ada berbual dengan guru data sekolah... katanya cheq sue akan ditukarkan... Hummm nak gi mane pulak ye... Katanya subjek MPV yang cheq sue dok ajar sekarang akan dimansuhkan dan akan dikumpulkan di semua Kolej Vokasional... Eh..tak tau citer pun. Buleh cayo ke ni? Kengkawan bising je dok tanya... Ntah la ye...tunggu je la berita macam mana... Kita cikgu2 ni... "YANG MENURUT PERINTAH" adanya....
KULIM 26 Jun – Kementerian Pelajaran akan memansuhkan pengajaran mata  pelajaran Vokasional (MPV) di semua sekolah harian secara berperingkat  mulai sesi pengajian 2012.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah itu  dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan  vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
“Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka  yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan  peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).
“PAV dikhususkan untuk pelajar peringkat tingkatan 1 hingga 3 dan  mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II  apabila tamat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis  anugerah cemerlang Hari Apresiasi Panglima di Sekolah Menengah  Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar di sini, hari ini.
Mohd. Puad memberitahu, berdasarkan perancangan, semua peralatan  untuk pengajaran dan pembelajaran MPV serta Kemahiran Hidup di sekolah  harian sedia ada akan dikumpulkan dan diserahkan kepada Kolej Vokasional  kelak.
Selain itu, katanya, kementerian turut bercadang melanjutkan tempoh  pengajian peringkat menengah atas kepada tiga tahun berbanding dua tahun  di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional sebelum ini.
“Selepas pelajar menamatkan peringkat pengajian menengah atas di  Kolej Vokasional selama tiga tahun, mereka layak diberikan SKM Tahap  IV,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan telah  memperuntukkan RM262.4 juta untuk tujuan pemberian biasiswa kepada  pelajar sekolah di seluruh negara tahun ini.
“Bantuan terbabit dinamakan Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa  Sukan dan Biasiswa Pra Universiti. Bantuan pertama dan kedua diberikan  berdasarkan kes-kes tertentu dan kecemerlangan dalam bidang sukan.
“Sementara Biasiswa Pra Universiti diberikan kepada pelajar tingkatan  enam yang layak mengikut kadar RM114 sebulan bagi pelajar aliran Sains  dan RM90 aliran sastera,” jelasnya.
Sumber : Utusan Online
pastu kena pindah ke SMV ye
ReplyDeletehentah la tu... dgr ciler lak SMV pun dah nak dinaik taraf jadik KV... elok jugak kalau dikumpulkan satu tempat ni... ada lebihnya
ReplyDeletemcm2 la kerajaan ni
ReplyDeletesy vokey gak dlu
kalau sekali fikir...dah banyak kos digunakan untuk pembukaan MPV di sekolah biasa... bila melibatkan perpindahan ni lagi banyak kos yang akan diguna...
ReplyDelete