Saturday, October 22, 2011

Kasih Zakiah Ep. 10

Zakiah, Mastura, Azmi, Ajmal, Mak Mun dan Kak Ana akhirnya bersatu dalam satu rumah ibarat satu keluarga. Zakiah kini dengan rutin barunya. Dia kini mengambil alih tugasan Mak Mun menjaga Mastura dan kadang-kadang berkomunikasi dengan Ajmal walaupun belum mahir menggunakan bahasa isyarat. 

Azmi pula tetap menjadi kepala keluarga, yang menyediakan segala keperluan dan kelepangkapan di rumah itu. Kadang-kadang dia sengaja menyuruh Azmi menemankan Mastura. Dia tidak mahu Mastura berasa terasing.

Zakiah melakukan semua itu dengan ikhlas...tanpa mengharapkan balasan apa-apa. Dia masih merasa bersalah kerana beranggapan merampas Azmi dari Mastura yang ditimpa musibah. Oleh itu, dia mahu membalas segala kebaikan Mastura kepadanya...

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]