Monday, September 16, 2013

Order : Kek Bola Haqim

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama jugak saya tak update apa-apa. Bukan kerana sibuk, tetapi kerana moodnya sudah ke laut. Beberapa kali juga saya merenung post yang sama tetapi tidak di catatkan apa-apa. Sudahnya saya tutup semula dan tidak berjaya mengupdate apa-apa. Tambahan pula sekarang dengan kemudahan yang boleh digunakan melalui telefon membuatkan saya agak malas untuk online melalui laptop. Tetapi nak sign in tak boleh menambahkan lagi mood ke laut saya.

Tetapi hari ni saya nak publishkan order minggu lepas. Tahun ni tak banyak sangat, tetapi alhamdulillah dengan rezeki yang ada. Kalau ada permintaan boleh buat, kalau tak buat untuk diri sendiri. T_T


Kek span vanilla dengan peach. Di tempah oleh Kak Lia untuk sambutan hari jadi anak bongsu. Request kek bola. Jadi saya deco simple aje.

 

Terima kasih kerana Kak Lia sudi menempah dengan saya. Harapnya semua berpuas hati...

'SELAMAT HARI MALAYSIA'

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]