Sunday, January 19, 2014

Singgah E-rup Sup, Machang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kedai makan yang saya singgah masa balik kampung minggu lepas. Biasanya kalau balik hari Jumaat singgah makan di Gua Musang atau Kuala Krai. Bila dah terlepas di sana, agak susah sikit sebab hari Jumaat kebanyakan kedai makannya tutup. Jadi saya singgah di E-rup Sup di Machang untuk lunch. Memang kena sangat la dalam hujan-hujan renyai pekena sup panas.


Lokasinya di tepi jalan besar Machang - Tanah Merah, sebelum traffic light ke highway. Boleh nampak jelas kerana letaknya betul di pinggir jalan. Ini merupakan salah satu kedai E-rup Sup, satu lagi boleh didapati di Jalan Wakaf Lichong.

 

Selainkepakarannya dalam menu sup, ada juga masakan panas yang boleh di order mengikut citarasa pelanggan. Saya lebih suka sup kerana sup ori Kelantan tidak terlalu berempah, jernih dan sedap. Oppsss...bukan kata sup belah luar tak sedap tapi citarasa saya ni lebih pada sup Kelantan. Yang pasti di dalam sup itu ada tauge la kan!



Sup tulang. Satu mangkuk seorang makan. Ada tiga ketui tulang yang berisi. 


Ini saya punya, sup perut. See the tauge?


Menu yang saya makan di hari tersebut. Sepiring kailan ikan masin di gengkan dengan sup. Sedap kailannya.

1 mangkuk sup tulang + 1 mangkuk sup perut + 1 orang makan kailan ikan masin + 2 pinggan nasi + teh O RM16.00. Air suam / air sejuk percuma.

Kalau sesape yang ada lalu jalan ni boleh la singgah ya... cuba rasa macam mana pulak... Saya boleh bagi 5 bintang...kena dengan selera!

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]