Sunday, April 27, 2014

Tambah Koleksi FM Lagi...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila musim cuti sekolah, memang ambil kesematan untuk mengirim FM pada kengkawan yang bercuti. Selain saya sendiri yang ke Beijing, memang tak lupa la beli buah tangan. Meskipun dah pau dulu kawan yang ke sana, kali ni beli design yang lain pulak. Yang kelakarnya, ada terjumpa FM MACAU, beli aje lah kan... aci tak?


Antara koleksi yang saya tambah dari Beijing. Termasuklah FM Macau yang saya citer tadi. 


Buah tangan pemberian rakan serumah yang ke Korea. Saya tak adalah memesan ke apa, tak menyuruh pun tapi since dia dah bagi saya terima dengan hati terbuka seluas langit. Agaknya sebab dia rasa bersalah kerana ke Korea dan meninggalkan saya. Ha ha ha... Takpe.... takpe... tahun ni, tahun depan Korea dah masuk dalam list travel saya!


FM Jakarta ni memang saya kirim dengan Kak Nor, rakan sekolah saya yang tak jemu-jemu ke Indonesia. Kiranya Indon tu dah macam kampung halaman dia. Kita asal cuti je nak balik Kelantan, dia ke Indon.

Apapun...terima kasih pada yang sudi memberi..

2 comments:

  1. cantik2 fm tu..bertambah lagi koleksi fm ya cheq sue..hihi.

    ReplyDelete
  2. Dulu-dulu hobi kumpul stem, sekarang kumpul Fm pulak... seronokkan Cheq Sue dapat kumpul buat koleksi.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]