Thursday, July 3, 2014

Gaharu Tea Valley, Gopeng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau sebelum ni hanya tengok sahaja lambang Gaharu Tea Valley ni, semasa mesyuarat di Ipoh baru2 ini barulah saya berpeluang masuk ke dalamnya. Tujuan utama jemaah kami ke sini adalah untuk melihat cara2 pemprosesan teh gaharu kerana agak related dengan mesyuarat tetapi tidak mendapat kelulusan kerana hal kerahsiaan syarikat. Jadi pusing2 di kawasan ini sahajalah. Cuma pada hujung2 trip tu dapatlah tengok beberapa alatan yang digunakan.

Ladang gaharu ni luasnya lebih kurang 300 ekar. Memang luas sesangat, sayup mata memandang. Pemiliknya orang Cina. Nak menjelalajah ke sekitar kawasan ni dengan menaiki van dengan bayaran sebanyak RM10 seorang.

Secara keseluruhan pokok gaharu yang ditanam di asalnya dari Jepun, adalah kisahnya diceritakan. Ada banyak spesies jugak rupa2nya...


GTV... Checked!


Anak pokok teh gaharu satu polibeg RM38


Antara baranga yang dijual di dalam kedai. Jangan terbeliak melihatkan harganya kerana kita sedia maklum yang gaharu memang bernilai tinggi.


Megi gaharu pun ada. Tak tahulah rasanya camana. Bau pokok kot...


Biskut.


Tiket... tiket... Dengan RM10 tu amik masa dalam sejam lebih jugak la


Teh gaharu. Mahal rupanya teh ni... Ada disediakan sampel minuman tapi saya tak la minum. Daripada kata kawan2 yang rasa, ada bau2 pokok kayu lah.


Cafe pun ada. Semua makanan berasaskan gaharu.


Van yang akan membawa kami..


Nah...sayup mata memandang


Saya baru tahu bahawa kayu gaharu ni merupakan bahan penting dalam penyediaan colok. So dapat tak korang bayangkan cane baunya??


Bangunan dalam pembinaan yang nak dijadikan resort / hotel. Cantik binaannya.


Pakcik drebar yang bawa kami naik turun bukit. Steady je pakcik ni. Nama pun tak sempat tanya


Abang ni tengah cat batang pokok yang tercedera di rosakkan oleh pengunjung. Kalau tak dicat akan merosakkan pokok tersebut. Ada jugak makhluk yang gatai tangan bila datang tempat camni.



Pokok ara dengan pokok gaharu. Lagenda dulu2 kononnya budak Mat Saleh dan anak orang asli dok cakap-cakap...


Sebahagian ahli jemaah. Memasing exited dapat peluk pokok gaharu.

Kalau ada kesempatan tu, boleh la kunjung ke tempat ni. Tak susah pun, masuk je dalam bandar Gopeng, dekat roundabout dah ada signboard. Kedudukannya agak ke dalam kampung sikit. In Sha Allah mudah je nak cari.

6 comments:

  1. tak penah sampai walaupuon selalu lalu lalang.. memang antara tempat yang nak di kunjungi... Insyaallah...

    ReplyDelete
  2. wah menarik ni..boleh masuk list...hehe

    ReplyDelete
  3. Wah.;; best juga.. Entrance fee rm10... Berbaloi kah?

    ReplyDelete
  4. haha.. tun nih, teh gaharu pon xpenah dgr.. ingatkan nama tempat (mcm sabah tea tu..kih kih)

    ReplyDelete
  5. cik sue..kita memang duk lalu lalang gopeng tu kalau nak balik kg....tak sangka pokok gaharu boleh buat teh ye....tapi rasa kalau dah ala2 bau colok yg tak sedap tuh...kekeke...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]