Wednesday, July 2, 2014

Lemon Ais Madu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lagi menu sebelum puasa. Dok CH pun panas jugak tau, sebab tu la ter'reka' jus ni. Dengan menggunakan madu buah longan yang dibeli di Vietnam, saya cuba membuatnya semula di rumah tetapi ternyata rasanya jauh dari sama. Iyalah... yang saya buat ni lebih bercitarasa Malaysia.

Bahan2nya pun mudah saja. Hanya seperti kita buat jus lemon atau singa beng cuma saya tambahkan madu dan sedikit gula. Nak kena manis sikit sebab saya guna sebiji lemon, jadi agak masam. Kalau kata buat sikit, takyah letak gula dah.


Tengok saja pun dah meleleh ayaq liur kan... Jangan nak tipu eh. He he he...

Jus ni memang menyegarkan. Rasa madu buah longan tu seperti yang saya dah cerita sebelum ni memang agak berbeza dari madu yang biasa kita guna tu. Kalau ada sesape yang berkesempatan melawat ke tempat madu tu better beli bawa balik ke sini. Saya dah jatuh cinta dengan rasanya, dan mungkin juga korang sumer.

Jadi just sharing la ya kot ada sape yang nak buat untuk berbuka nanti. Kalau tak ada madu longan tu pun boleh aje guna madu biasa. Tukar selera sesekali apa salahnya. Resepi ringkas ada saya letak di bawah. Selamat mencuba!


LEMON AIS MADU
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Madu buah longan
Jus lemon / limau nipis / limau kasturi
Gula (opt)
Air masak
Ais

Campurkan semua bahan, hidangkan sejuk

6 comments:

  1. lemon mmg menyegarkan....boleh aje letak buah2 lain...kelapa laut madu + longan pon sedap...try la

    ReplyDelete
  2. Cemana rupanya madu longan tu ya?
    Haa thn lepas jalan2 CH mkn scones kat taman sedia. Org kat situ ckp ada sorang cikgu yg buat scones.. tu yg tiba2 teringat.. cheq sue ke cikgu tu? :)

    ReplyDelete
  3. adehhh.. saboo je laa. tengoh2 hari ni tgk lemon ais.. tp terliur mcm mana pon, tun mmg kne buka puasa ngan air panas, kalau x mmg meragam perot.. huhu.. masa terawikh bawa air sejuk :)

    ReplyDelete
  4. terliur seketika.. boleh cuba nanti nie..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]