Sunday, July 20, 2014

Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selalunya kalau puasa memang saya jarang masak kuih muih atau benda2 manis ni. Bukannya tak makan tapi takut tak habis makan. Bila berbuka minum air, makan kurma dan terus makan nasi. Tapi baru2 ni rasa sangat nak makan puding gula hangus. Masa miting di PD, ambil jugak puding tu tapi rasanya tak kick sebab ada dicampur dengan limau. Jadi godek2 resepi saja nak try puding karamel yang tak guna telur sebab sebelum ni memang tak pernah buat lagi. Nak makan punya pasal, saya buat 1/4 daripada resepi ni. Tapi itu pun tak habis jugak...

Yang kelakarnya bila buat ni, dah masak semua bahan saya masuklah dalam pengukus, konon nak kukus la bagi beku. Dah dua tiga minit baru teringat adunan ni ada agar-agar, laaaaaa acaner nak beku kan? Haruslah saya keluarkan semula dan biar aje sejuk di suhu bilik. Bila ingat2 semula rasa nak sekeh kepala sendiri.


Rupa2nya puding karamel yang tak menggunakan telur pun tak kurang sedapnya tapi tahu sajalah bila gunakan serbuk agar2 ni tak berapa nak lembut macam yang guna telur. Yang ni lebih macam agar2 la sikit. Apapun tak ngapalah, semua dah selamat di makan. Nanti saya cuba pulak puding karamel menggunakan serbuk dari Oman tu. TQ Kak Yati.

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber : Kak Yati

Bahannya :-
3 sudu besar gula pasir (gula hangus)
1 Peket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair (400ml)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
1 tin koktail buah-buahan

Caranya :-
Taburkan gula pasir didalam loyang kemudian, masakan sehingga keperangan, kemudian goyangkan loyang tu supaya gula hangus tu sekata disekeliling loyang. Ketepikan
Kemudian dalam bekas lain susu cair, tepung kastard dan esen dikaucau sehingga tidak berketul.
Lepas tu satukan dalam periuk agar-agar, air, susu pekat manis, gula.
Kacau sehingga bahan-bahan masak mendidih, kemudian tuangkan kedalam loyang gula hangus.
Bila dah sejuk sikit, masukkan dalam peti ais.
Bila hendak dimakan, hidangkan bersama koktail buah-buah tadi.

2 comments:

  1. orang lelako komen di sini.. tak baca pun resipi tuu cheq sue.. tak pandai buat.. pandai mkn jeee.. haha

    ReplyDelete
  2. Hahaha ada2 cheq sue ni tau.. akak tak pun tulis kukus diresepi tu.. akak suruh masuk petiais adalah.. tapi dah selamat pun dimakan kan cheq sue ;)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]