Wednesday, October 29, 2014

DIY : Jahit Tudung Syria Lipan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Projek jahit tudung syria lipan masa cuti deepavali. Apa benda syria lipan tu? Korang Google la ya untuk imej yang lebih jelas. Kebetulan My BFF ada beli tudung ni jadi saya pinjam dan cuba buat sendiri. Tak banyak pun, selai aje. Buat tudung ni lebih pada nak mencabar diri sendiri. Kalau pakai tu saya lebih suka syria biasa saja. Untuk buat tudung ni juga hanya 1 meter kain diperlukan, sangat2 jimat.




Ini adalah tudung yang saya jadikan contoh. Bahagian atasnya dijahit secara lipatan berlawanan untuk membentuk seperti lipan. Saya belek2, tenung2 camana nak jahitnya tu. Memang cantik kejadian lipannya tu, macam lipan bara. He he he...


Ini adalah pola yang sudah siap. Saya merujuk pada Pinterest untuk buat pola ni tapi dengan menggunakan ukuran mengikut kesesuaian saya. Ada dua bahagian iaitu badan (untuk lipan) dan bahagian hujung. Lihat bagaimana saya letak pola pada kain 1 meter saja.

** dekat Pinterest tu (Kasmawati Abdul Rahman) memang ada banyak tutorial jahitan yang sangat mudah difahami. Cuba la tengok2...


Ini contoh lipatan lipan (bahagian atas) yang saya dah siapkan. Memula siap tanda ukuran pastu bila nak jahit rasa payah pulak. Jadi masa saya jahit masa tu jugak saya lipat. Kalau tengok lipatan tu adalah berlawanan. Masa lipat ni saya agak2 ajelah agar dua2 kain tu sama panjang. Nanti bila nak cantum tak adalah panjang sebelah. Dua bahagian ni nanti saya cantumkan dengan jahit tepi biasa dan dijahit sekali lagi untuk lebih kemas.


Apabila dah siap bahagian lipannya tadi, cantumkan pulak dengan bahagian ekor. Yang pelik, hairan bin ajaibnya yang saya buat tu, bila dicantumkan badan dengan ekor, tak fit pulak, maksudnya jadi tak sama panjang. Tengok dalam gambar tu ya... Jadi saya potong semula tudung untuk disamakan dengan bahagian ekor. Jadinya bahagian ekor tu terkecik la sikit. Bila fikir2 balik, patutnya saya tak potong dulu bahagian ekor ni. Cantumkan dulu dengan bahagian depan dan baru potong ikut  pola. Itu ikut kefahaman saya lah...


Ini adalah hasil lipannya. Nampak sangat tak sempurna untuk percubaan pertama. Bila dah siap ni kita hantar ajelah jahit tepi halus di bahagian keliling. Untuk bahagian depan (muka) kita jahitlah cara biasa. 

Yang sebenarnya tudung ni tak siap 100% lagi, bagaian muka tu saya belum jahit. Nanti bila dah siap saya upload pula hasilnya. Secara peribadinya memang tak puas hati pun tapi cukuplah percubaan selai ni. Bukan apa, lagi senang kalau ada mesin jahit tepi yang boleh digunakan anytime. Ini nak kena ulang alik umah tukang jahit tu yang tak berapa semangat nak buat. Apapun, moga tuto ni bagi sedikit pencerahan pada yang nak cuba buat sendiri tudung syria lipan.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

6 comments:

  1. oh, macam tu rupanya..heheh..hebat la cheq sue.. :D

    ReplyDelete
  2. Hebat ke BB..... ini hampir nak terjojol mata nak siapkan selai... T_T

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. amboi Kak Noor... dengar perkataan nak tempah terus berdebar2... nak tempah camananya kakak sayang...siap pun belum lagi!

      Delete
  4. Alahaii cheq sue..rajinya nk bt tudung sndiri..yana mmg surrender klu bab menjahit nii..stkt nk jahit butang bj tercabut boleh lah hikhikkk

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]