Wednesday, May 6, 2015

Puteri Erra Roti John, Melaka

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Silap pulak tak snap gambo muka depan gerai ni.... Saya singgah ke gerai ni semasa berkursus di Melaka. Letaknya betul2di depan Hotel Sentral (Jalan Tun Sri Lanang). Bila semua dok promo kata roti john di sini sedap, maka haruslah di cuba. Tambah pulak boleh nampak kedai ni beroperasi dari bilik penginapan. Pastu kata kengkawan lagi kat dalam kedai ni dihias dengan gambar2 dan artikel zaman dulu2...

Masa saya sampai ni dah hampir nak tutup, maklumlah dekat 10.30 malam baru habis meeting kan... Kosi meja pun diorang dah nak kemas.






Mata melilau ke sekeliling kedai, memang banyak la gambar2 nostalgia. Zaman P.Ramlee... zaman agogo dedulu banyak. Cuma yang spoil nya bila kami masuk tu didendangkan dengan lagu rock zaman moden, kalau pekena lagu Saloma ke baru la masyukkk..


Lihat saja yang di nanti sudah tiba. Nampak tak roti tu tak penyek macam roti john yang biasa. Istimewanya roti john ni adalah ianya digoreng, sebab tulah ianya sedikit garing.


Saiznya pun agak besar, saya kira ianya menggunakan roti Perancis. Waktu ni sebab dah malam kami order sebijik aje dan dimakan 4 orang. Kalau kata masih awal malam memang pekena je sebijik ni seorang.


Saya tak pasti pulak berapa harga sebijik roti ni. Malam tu kami ambil roti sebijik, teh 0, teh susu, dan 2 air suam semuanya dalam RM8. Nantilah saya dapat peluang ke sana lagi saya akan cuba riki2....

Korang yang duduk Melaka tu, dah cuba ke belum...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

5 comments:

  1. nampak isi nyer mcm banyak je.... tp mmg tak penah try roti john goreng nih... tak beminyak ke kak?

    ReplyDelete
  2. salam sue

    baru perasan sue ada link blog sy ye...nanti kt up link ke blog ok :)

    sy suka roti johnnn...menarik nyeeee

    ReplyDelete
  3. Wah mcm sedap je....haish ni buat rasa nk berjalan ni

    ReplyDelete
  4. Hi, saya rasa roti dia ni bukan goreng deep fry mcm tu, dia letak butter goreng atas flat pan depan belakang. Tp mmg paduu. Tak mcm roti john penyek tempat lain

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]