Monday, August 3, 2015

Tepung Pelita

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kuih tepung pelita ni saya buat masa Ramadhan, masa tu memang teringin sangat. Jadi terus cuba buat guna resepi yang memang dah ada dalam simpanan. Rasanya saya buat ni separuh adunan aje, dapatlah 4 bekas tau fu fah, boleh makan sorang satu dan sambung pulang esoknya.


Cuma yang spoilnya bila tak ada pewarna hijau. Jadi kuning tak berapa nak berseri pulak. Tapi tak apalah, warna tak kisah asalkan ada rasa tepung pelita. Oleh kerana tak ada santan segar, saya hantam saja guna santan kotak. Memang la takleh nak lawan santan segar, tapi asal jadi aje ni.




Saya suka masak tepung pelita ni bukan apa... memang sinonim sangat dengan puasa walaupun nak kena guna santan yang banyak...


Bahagian atas pulak terlebih, jadi macam muak pulak. He he he... TQ pada Tun yang berkongsi sumber resepi ni...


KUIH TEPUNG PELITA
Resepi: kak Yani @myR
Sumber: kak izah, tun telani

Bahan-bahan ( tun dpt lbh kurang 20 bekas kecil)

 Lapisan bawah
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air - tun guna 1sk pandan paste
sedikit kapur dan sedikit garam

 Lapisan Atas
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
2 sb tepung ubi
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan - tun guna 1cwn santan kotak + 3 cwn air 
1 sk garam

Bahan tambahan
Gula utk diletak ditgh2 lapisan - tun letak 1/4 sudu kecik gula

Cara-cara

Lapisan bawah
Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat. tun masak smp dia letup2 dlm kuali
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Taburkan gula atas lapisan jika suka

Lapisan atas
Perah santan, masukkan tepung dan garam. Kacau sehingga sebati.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat. yg ni pun tun masak smp letup2 dlm kuali
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan
 

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. Salam cheq sue.,, mmg tiap2 kali puasa ni kuih yg top dlm list. Senang ngan sure semua makan. hihi.. xikut sukatan ye tu yg tebal atas tu.

    ReplyDelete
  2. lama wana tak makan tepung pelita ni..erm, sedapnya kalau dapat makan ni cheq sue..hihi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]