Thursday, September 10, 2015

Kambing Panggang Frozen (Perap Segera)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila cerita pasal kambing ni... memang istimewa la bagi saya. Kalau di CH memang susah nak dapat daging kambing segar, kecuali yang dah disejuk beku. Pernah saya menyuarakan kepada My Mek untuk menyembelih kambing semasa Aidiladha nanti... tapi belum ada kata putusnya. Kalau ikutkan saya ni bukan la suka sangat daging kambing, tapi kalau yang dipanggang atau dibakar ataupun steak memang saya suka sangat.

Pernah juga saya bersembang2 dengan adik untuk mengupah orang membuat kambing bakar, tapi setakat itu sajalah. Sembang2 kosong kata orang. Agaknya nak menjdi rezeki, semasa dalam perjalanan bermesyuarat di Terengganu seorang kawan yang kebetulan tinggal di Jerteh mengatakan beliau pernah makan daging kambing bakar yang sangat sedap. Jadi saya pun menempah la untuk cuba jugak... Kiranya semasa balik tu, hantar dia dan terus dapat daging kambing berkenaan yang diambil oleh suami beliau.


Ini la rupa parasnya daging kambing yang telah siap diperap. Semuanya 1 kilo, ada lebih kurang 6 ke 7 keping daging di dalamnya. Kuah cicahan juga didatangkan bersama. Pada saya kuah ni sangat sedap dan kena bila digandingkan bersama daging yang telah dipanggang.




Saya beli 2 kilo, untuk letak dekat rumah dan untuk saya bawa balik ke CH. HArga 1 kilo adalah RM40. Kata kawan saya tu bahagian daging yang digunakan adalah yang terbaik. Yang saya dah bakar di kampung (bakar atas ceper sahaja) memang betul dagingnya lembut dan tidak liat. Bau kambing pun tidak terlalu kuat.


Inilah bahagian di dalam, yang tersembunyi di dalam plastik. Perapannya tidak cair dan semuanya mesra hingga ke dalam. Saya tak pasti apa bahan2 yang digunakan tetapi apa yang kita boleh nampak adalah lada hitam dan rosemarry. Jangan cuba2 minta, bahan2nya RAHSIA okeh... 

Ralat pulak bila tak dapat nak tunjuk yang da dibakar...tak menyempat wehhhh

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. bestnya siap perap lg... kire murah la kak rm40 tuh... daging lak lembut kan

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]