Monday, November 16, 2015

Kursus SKM Tanaman Tahap 1 & 2 - Part 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setelah pasti saya akan mengajar mata pelajaran baharu PENDIDIKAN VOKASIONAL MENENGAH ATAS (PVMA), maka saya perlu mempunyai SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) tahap tertinggi atau setara untuk mengajar. Di sekolah pelajar akan dapat SKM Tahap 1 (tingkatan 4) dan SKM Tahap 2 (tingkatan 5). Jadi saya kenalah mempunyai sekurang2nya SKM tahap 2 untuk mengajar. Maka dengan itu pihak BPTV telah menganjurkan satu kursus untuk mendapatkan sijil SKM secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Melalui kursus ini kami akan membangunkan portfolio untuk dinilai berdasarkan pengalaman kerja sebelum ini serta kandungan pembelajaran terdahulu.


Melalui kursus ini juga kami akan melaksanakan mana-mana modul yang belum selesai @ belum cover di dalam pengalaman yang telah berlalu itu. Kursus ini telah di adakan di Hotel Nouvelle pada 11-15 Oktober dan diuruskan oleh UPM Holdings Berhad.




Banyak la cerita2 panas yang terkeluar kat sini. Biarlah hanya kami2 geng TANAMAN yang tahu. Sukar dan dicerita tapi cukuplah kalau saya nyatakan, sebagai insan biasa saya sangat-sangat terluka.

Walau apapun saya akan tetap menyelesaikan kursus ini. Ada lagi beberapa siri yang akan saya updatekan di sini...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. Peluang blogger buat duit bukan hanye pada Nuffnang. Ruginye blogger tdk join adf. Jom blogger! Kita jana setiap bulan http://j.gs/6v6z

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]