Thursday, July 19, 2018

Sambal Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni seorang manusia yang tak tahan pedas. jarang-jarang sekali saya masak menggunakan cili lebih dari 5 biji. Kalau makan pedas nanti mulalah sakit perut, meragam memuleh muleh, paling tak tahan makan rasa tak kenyang sebab dok bersulam dengan air. Jadi saya memang jarang-jarang membuat benda yang namanya sambal ni, bukan apa sebab malas nak rasa...

Tapi baru-baru ni semasa sambutan hari raya di kuarters, saya disuruh membuat sambal untuk diregukan dengan gulai kawah (kambing). Alkisahnya dulu masa makan makan dikuarters saya bawa sambal tapi itu dibuat oleh my mek, yang dibawa khas dari kampung. Semua dok kata sedap, jadi sebab itulah kena pulak saya yang membuatnya kali ni.


Oklah, saya ni tak berapa nak pandai say NO. Saya sebenarnya agak pasti nak membuat sambal tu, sebab selalu jugak buat kalau nak makan di surau cuma bab rasa tu kasi orang lainlah. Jadi cuba-cuba jugaklah buat sendiri. Namun suka saya nyatakan bahan-bahan ni mungkin berlainan mengikut kawasan memasing lah ya. Bahan bahan ni pun main ingat ingat aje, langsung tak telefon boss tanya camana. Ha ha ha...





Oleh kerana tak berapa nak kasi sambal ni pedas, saya lebihkan cili besar berbanding cili api. Eloklah tak berapa pedas, kang buasir pulak. Jaga kesihatan gittew.


Nah, sebekas besar yang dah siap. Bau memang mencabar, memang ada bau sambal. Kata my mek, sambal ni kalau nak sedap kena kasi gula lebih. Pastu kena kacau sokmo sambai dia sebati terok. Kalau lihat dah nampak macam berkilat dah menjadi la tu. Saya agak-agak ajelah, try hujung-hujung kuku aje. Tak koser eh nak try macam orang lain yang hantu pedas. Janji siap sudah. Haaa satu lagi sambal ni sedap kalau buat 2 3 hari sebelum nak makan tu. Barulah dia mesraaaaa.....


Ini yang saya bungkus satu bekas untuk simpanan, kot-kot ada tetamu datang tetiba boleh hidangkan sambal ni dengan nasik. Saya takat nak rasa-rasa manja bolehlahhh... Oh ya, resepi ni untuk kuantiti banyak ya, haritu makan gulai kambing 1 kawah, pastu ada lebih lagi untuk kengkawan bungkus..


SAMBAL KELANTAN
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 1/2 kg cili merah
1/2 kg cili padi
*Pilihan cili bergantung kepada kepedasan yang diingini
5 bawang besar
20 biji limau kasturi - ambil air (tapis)
10 kulit limau (5 biji) dihiris halus
1-2 kg gula (saya guna dalam 1 3/4 kg)
Cuka 1 1/2 botol
Garam secukupnya
Minyak

Cara membuatnya :
Hiris nipis bawang besar dan goreng sehingga keperangan. Ketepikan (Jika nak bakar dulu baru hiris pun boleh. Kalau nak blend sekali dengan cili pun boleh. Terpulang selera)
Potong limau kasturi dan perahkan airnya. Ambil 10 kulit limau (5 biji) dan hiris halus. Ketepikan.
Bersihkan cili, buang tangkai dan potong kasar
Kisar agak-agak separuh hancur bersama cuka dan tapis. Guna cuka yang ditapis untuk kisar cili hingga cili habis. Bila dah habis, cuka yang ditapis diketepikan dulu.
Campurkan cili yang telah dikisar dengan gula, garam, jus limau kasturi, bawang goreng dan hirisan kulit limau 
Kacau hingga sebati
Rasa, jika belum cukup masam boleh tambahkan cuka yang ditapis dari cili kisar tadi

Catatan :
1.Sambal yang telah siap hendaklah dikacau selalu supaya betul-betul sebati dan mesra
2. Jika tidak mahu goreng bawang besar boleh masukkan begitu sahaja
3.Sambal yang sudah siap kelihatan berkilat
4.Boleh je kalau nak masukkan belacan. Nanti kena kurangkan garam
5.Boleh disimpan lama di dalam peti sejuk
6.Buat 2 3 hari sebelum hendak digunakan. Lebih umphhh...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. Nampak sedap sambal kelantan tu cheq shu..
    Nanti akak cuba..
    Akak skrg pun tak boleh mkn pedas sgt..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]