Wednesday, September 26, 2018

Brownies Kedut (Cik Daa House Of Sugar)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tak berapa suka nak makan brownies. Entahlah, memang agak kureng sikit sejak dulu. Tapi perasaan nak mencuba tu tetap ada. Nak tahu camana membuatnya, bagaimana kejadiannya, memang tak pernah surut. Kalau kita tak makan pun apa salahnya buat untuk dijamu pada orang lain. Ehhhh, bukanlah tak makan langsung, seketul dua tu kompom dah masuk ke mulut. Cuma itulah tak gemor sangat. Brownies pun ada macam macam jenis ye dak. Saya Google aje resepi ni dan cuba membuatnya pada Julai lalu. Kemain lama eh terperap baru update.


Paras ropa kejadiannya yang diberi nama brownies kedut. Cukup tak kedutnya tu? Sebenarnya memang teruja sangat bila dapat kedut kedut camtu. Macam ajaib pulak bila memula tengok saat keluar dari oven.





Secara mudahnya kata orang kampung, brownies ni kek yang tak jadi, kek yang bantat gittew. Eh apa de kisah, asal rupa macam kek, terus panggil kek padahal ada je nama yang spesifik. Tak kisahlah kan. Brownies ni pada saya agak padat, dan macam tak berapa nak masak di tengahnya, ke memang pesennya begitu taklah pulak saya pasti.


Rupa paras lebih jelita sikit di bahagian tepi. Abaikan tapak tangan terlebih baking powder tu..


Untuk resepi saya rasa adunan ni agak manis walaupun saya dah kurangkan sikit gula castor. Makcik saya pun cakap manis jugak. Jadi kalau nak buat next time kena kurangkan lagi sukatan gulanya. Tapi bergantung jugak pada selera masing masing. Ada orang kurang suka manis, ada yang suka manis lebih, macam saya ni cukuplah manis dalam senyuman. Gitteww...

Resepinya saya SC aje di bawah ya...takleh nak C&P pulak. TQ



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. suka sangat makan brownies ni! Kedut ke ada topping badam atau nutella semua suka lah senang cerita. Anyway tahniah kak sebab dah berjaya buat brownies :D

    ReplyDelete
  2. dana tak pernah try bt brownies.... kadang dtg teringin tp mls n tkt tak jd hehehe...
    jns yg kurang tekad hehehhe

    ReplyDelete
  3. wahhh..jadi ni brownies kedut awk..feveret saya ni, thanks resepinya:)

    ReplyDelete
  4. This is Insta stalker With best Instagram profile web viewer, you can stalk any users and stories highlights, Anonymously Online Instagram User Posts and Highlights ...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]