Friday, November 6, 2026

Noorayuni Tomyam Seafood, Tok Jembal, Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Yang selalu juga disinggah jika ke Gong Badak. Kedudukannya berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Kalau kami panggil kedai dalam semak, sebab terdapat banyak juga pokok-pokok disekeliling kedai ni. Best jugak kedai ni sebab macam-macam jenis masakan ada. Rasa dan harganya juga boleh tahan tak terlalu mencekik.  Suasananya juga selesa dan nyaman. Cuma kalau datang malam memang payah sikitlah nak dapat tempat. 


Bukan main berjoget Mr Lobster tu deh




Kalau nak makan untuk kumpulan besar, boleh order dulu ya.



Lukisan tanda keceriaan


Ada seketul gelongsor di sini yang menjadi tumpuan kanak-kanak. Kalau anak saya tu memang di sini dulu yang dia terkam.


Nasi goreng paprik. Harini ada sedikit yang tak kena.


Nasi goreng tomyam. Rasa ok


Keropok lekor wajib.


Kentang goreng sampingan untuk anak. Saya tak kisah sangat makanan tu, pinggan tu...pinggan tu mana dia beli menarik nau nampaknya


Kedai baru je buka, kami antara pelanggan terawal masih boleh berguling berkejar-kejar di dalamnya


Lukisan lagi..jangan takut nak ke tandas ada ketam ada penyu temankan


Ni seekor lagi serius nau mukanya. Senyum kit encik penyuuu


Yang ni memang kena betul-betul faham. Kalau tak sabar toksah cuba-cuba makan di sini, sebab memang pack kalau malam. Bila dah ramai orang makanan yang dipesan tu akan lambatlah diterima. Jadi tengoklah kiri kanan dulu ya, kalau kata sanggup menunggu boleh la masuk, kalau tak boleh pilih ke kedai yang lain

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]