Thursday, March 22, 2012

Donat Pisang & Roti Pisang ~ 2 in 1


 
Akhirnya berasap jugak dapur rumahku!
Sejak balik bercuti seminggu, inilah masakan pertama 
Setiap hari makan kat kantin, bila balik hanya minum air dan makan gitu2 aje
Perghhh...naik lemak betul 
 
Dari kampung, ada bawak pisang yang dah dilecek
Dah buat jemput-jemput tapi masih ada baki
Terfikir nak buat roti pisang, tapi tak terasa nak makan
Teringat pulak dulu ada buat donat pisang dari resepi Kak Fida
Memang sedap la donat tu
So cheq sue buat la setengah adunan
* Sebenarnya boleh jugak buat satu adunan tapi sayang nak habiskan pisang
Nanti nak buat juadah lain pulak
Bukan sokmo ada stok pisang kapas
 





 
Untuk resepi ni cheq sue guna donat cutter saiz besar sebab yang kecik tu tertinggal di kampung
Dapat 6 biji donat dan 3 biji bun tu
Sebiji donat tu cheq sue saja bakar
Habis hilang rupa donatnya
Memang gebu dan lembut
Untuk donat ni jugak cheq sue adun guna BM 
Maklumlah pisang lecek tu keluar dari peti ais, takut pulak bantat bila uli biasa
Sekurangnya kalau guna BM boleh bantu penaikkan
 
Pada siapa yang belum buat tu sila la cuba
TQ ya Kak Fida berkongsi resepi ni
Boleh menambahkan koleksi donat yang ada
Wassalam...
 

DONAT PISANG
 Resepi : Kak Fida @ MyR

Bahan-bahan ( Lebih kurang 30 keping )
400 g tepung roti
100 g tepung gandum
11 g yis segera (1 peket)
100 g gula halus
1/2 sk garam
1 sk bread improver (opt)
1/2 cawan air
3 biji kuning telur
300 g pisang - lecek
100 g mentega - lembut
minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara
Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.Masukkan pula pisang lecek dan mentega dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.(Tambah tepung jika adunan lembik atau tambah air jika adunan kering)
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
Salutkan donat pisang dengan gula atau choc cair ikut selera.
Boleh juga dibakar...

Wednesday, March 21, 2012

Misteri Cinta ~ ep. 12


 


 
'Diri dihimpit kenangan lalu, tanpa kusedar mentari sudahpun berlalu…'

Pada hari ini satu aktiviti luar telah dirancangkan oleh urusetia kursus.  Ianya diadakan di pondok berhampiran pantai. Dari situ dapat dilihat para pengunjung mula membanjiri pantai. Maklumlah suasana sudah menginjak ke petang. Tentulah ramai yang ingin bersantai.
Begitu juga dengan peserta kursus seramai 35 orang itu. Aktiviti diluar sekurang-kurangnya dapat melegakan fikiran yang selama ini asyik dibebankan dengan input di dalam dewan sahaja. Itulah bahasa…banyak memerlukan penumpuan.
Dayang Atikah mengambil tempat bersebelahan Karmilla. Dari tempatnya dia dapat melihat dengan jelas wajah Najhan dan Amjad yang duduk berdekatan. Dalam majlis itu, lelaki dan perempuan dipisahkan. Dayang Atikah cuba pula mencari perempuan yang selalu bersama-sama dengan Najhan tapi tiada. Ada kemusykilan di hatinya!
“Apa program kita hari ni Ika?”
Tengku Zubaidah, peserta dari Terengganu bertanya kepadanya.
“Entahlah Kak Zu. Saya pun tak tahu. Dengar-dengarnya nak buat majlis ‘Penerokaan Puisi’. Entah betul entah tidak. Kita tunggu ajelah nanti.”
Pandangannya dialihkan kembali kepada Najhan. Daripada IB dulu lagi dia menaruh hati kepada lelaki itu tapi hanya dia seorang sahaja yang tahu. Dia malu untuk berterus-terang. Bimbang dikatakan perigi mencari timba. Tiada dayanya untuk memulakan kata. Namun kali ini dia akan cuba melawan perasaannya. Kalau dia tidak mulakan, siapa yang akan menolongnya? Bukan Karmilla…bukan Najhan tetapi dirinya sendiri.
“Ika, Encik Omar panggil tu.”
Teguran Karmilla memutuskan angannya. Dia terkejut. Tak sangkan sejauh itu lamunannya.
“Saya Encik Omar.”
“Nampaknya Cik Dayang kita sedang memikirkan sesuatu. Apa apa-apa yang boleh dikongsikan dengan peserta lain?”
“Tak ada apa-apa Encik Omar. Saya sebenarnya tak sabar nak balik kampung. Maklumlah hari ni last day!”
Dia berseloroh. Cuba menutup rasa malunya. Matanya dapat melihat beberapa orang peserta tergelak kecil. Dayang Atikah melihat Amjad. Tiada respon dari lelaki itu. Mengapa? Nampaknya ada sesuatu…
Sesi pertama telah selesai. Peserta kini sedang rehat untuk menantikan sesi seterusnya. Peluang itu digunakan sebaiknya oleh Dayang Atikah untuk berjumpa dengan Najhan. Dia ingin mengajak lelaki itu makan malam bersamanya nanti.
“Hai Najhan.”
“Eh Dayang. Macam mana kau sekarang?”
“Macam yang kau tengok. Aku sebenarnya nak ajak kau dinner bersama nanti.”
“Dinner. Sorrylah Dayang. Aku tak boleh. Lepas kursus ni aku terus nak ke balik ke Perak. Oh ya…aku kenalkan ni bakal isteri aku, Sarah.”
Entah bila perempuan itu datang tidaklah Dayang Atikah sedari. Ada riak terkejut dimukanya tetapi cuba dikawal agar tidak ketara. Memang betullah apa yang orang lain perkatakan sebelum ini. Memang sahlah kbabar angin itu. Kini dia mendengarkannya sendiri dari lelaki yang diimpikannya.
Mereka bersalaman. Dayang Atikah memulakan perhubungan baru itu dengan sekuntum senyuman kecewa. Ternyata Najhan bercitarasa tinggi. Pilihannya memang tepat. Sarah memang seorang yang up to date dan bergaya. Persis seorang model.Tak terlawan olehnya.
“Bila nak langsungnya ni? Diam-diam aje.”
“InsyaAllah tahun depan. Jemputlah.”
“Kau pula bila lagi? Aku nampak Amjad tu sesuai dengan kau. Jangan tunggu lama-lama, nanti takde orang nak.”
“Apa pula ni Najhan. Aku dengan Amjad tu tak ada apa-apa. Kami kan satu sekolah.”
“Mungkin kau tak tahu Dayang. Tapi aku sebagai seorang lelaki dapat rasakan ada getaran cinta dalam matanya setiap kali dia memandang kau. Walaupun dia tak pernah bercerita kepada aku, namun masa tiga hari ini cukup untuk aku memahaminya. Cubalah terima dia. Dia seorang lelaki yang baik. Aku beri jaminan kepada kau.”
Dia dah buat lagi dah…Tergamak kau Amjad. Cukuplah di Pulau Indah aje kau mereka-reka cerita.
Dayang Atikah memandang Amjad yang sedang menikmati makanannya. Perasaan bencinya bercambah kembali.


'Apakah ini balasan Tuhan, kupejam mata wajahnya bertandang…'

Dayang Atikah cuba membuka matanya yang terasa berat. Kepalanya masih berdenyut-denyut. Dia tidak sedar apa yang telah berlaku. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Ada Karmilla dan Amjad. Matanya melilau pula ke persekitaran. Ada bau ubat yang menusuk ke hidungnya.
“Mila aku kat mana ni?”
“Di hospital, kau pengsan petang tadi.”
Pengsan?
Dia tidak dapat mengingati apa yang terjadi.
“Aku risau tengok kau tak keluar-keluar. So aku mintak la management hotel bukakan. Tengok kau terbaring berhampiran katil. Amjad yang bawak kau ke sini. Esok kau keluar bolehlah kita balik ke Batu Pahat.”
Karmilla menerangkan setelah dia melihat kekerutan di wajah Dayang Atikah. Menjawab kekeliruan diminda. Amjad hanya diam sejak tadi.
“Apa kata doktor?”
“Doktor kata kau mengalami hypertension. Apa yang kau fikirkan?”
Dayang Atikah hanya diam. Dia tidak ingin memberikan jawapan kepada persoalan yang Karmilla timbulkan. Biarlah hanya dia dan Tuhan yang tahu. Dia memejamkan matanya. Kalau boleh ingin lari dari masalah yang membuatnya jadi begini…Nampaknya dia sudah tidak setabah dulu lagi. Namun setiap kali dia ingin melelapkan mata, wajah Amjad jua yang bertandang ke memorinya. Dia tidak tahu mengapa…


'Di balik bayang aku mencari, adakah wujud perasaan di hati, kerana dia aku masih di sini!'

Puan Khadijah masih lagi berada di bilik Dayang Atikah. Anak gadisnya itu tidur sebaik sahaja menelan ubat yang dibekalkan. Setelah menyelimuti tubuh anaknya itu, Puan Khadijah keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Amjad dan Karmilla ada di ruangan itu. Mereka berdua yang membawa Dayang Atikah balik dari Desaru setelah dia dibenarkan keluar.
“Makcik ucapkan berbanyak terima kasihlah kepada Amjad dan Karmilla yang sudi menolong Ika.”
“Kebetulan makcik. Saya tolong dia secara ikhlas. Bukan ada maksud lain. Lagipun dia satu sekolah dengan saya. Kalau saya biarkan aje, tak tahulah apa yang nak dijelaskan kepada pengetua nanti.”
“Ika tu ada masalah ke ibu?”
Antara Karmilla dan Dayang Atikah sudah bagaikan satu keluarga. Oleh yang demikian dia turut memanggil emak Dayang Atikah dengan panggilan ‘ibu’.
“Tak tahulah. Tak ada pula dia bercerita apa-apa pada ibu. Dia tak ada cakap pada Mila?”
Karmilla hanya menggelengkan kepala.
“Agaknya ada masalah di sekolah tak?”
“Saya nampak dia ok aje makcik.”
“Ika ni sebenarnya agak berahsia dalam hal-hal peribadi. Mungkin ada sesuatu yang kita semua tak tahu.”
“Makcik, saya minta diri dululah. Kalau boleh nak sampai ke Klang sebelum malam.”
“Ala..tinggal dulu kat sini. Esokkan cuti lagi.”
“Bukannya tak sudi makcik tapi apa pula orang kata nanti. Sampaikan salam saya pada Dayang bila dia dah sedar nanti. Saya balik dulu.”
“Bawa kereta elok-elok ya Amjad. Sampaikan salam makcik pada keluarga kamu.”
Amjad memandu keretanya keluar dari halaman rumah Dayang Atikah. Berat rasa hatinya ingin meninggalkan gadis itu ketika dalam kesulitan begini tapi apakan daya. Dia percaya bahawa kesemua ini adalah berpunca dari perangainya dan tingkah lakunya.
Andai semuanya salahku…sudilah kiranya kau menerima salam kemaafanku  Dayang…
Puan Khadijah dan Karmilla hanya menghantar Amjad dengan pandangan mata yang penuh pertanyaan. Apakah hubungan dia dengan Dayang Atikah sebenarnya?
“Mila kenal ke Amjad tu?”
“Tak sangat. Kami satu kursus di Desaru baru-baru ni.”
“Memang sebelum ke Desaru tu Ika ada bagitahu ibu yang dia akan ke sana dengan kawannya tapi ibu rasa ragu dengan mereka dua orang ni.”
“Ika kata dia dan Amjad tak ada apa-apa. Dia bagitahu saya.”
“Ibu rasa lain bila memandang dia. Mungkin dia menaruh perasaan tak pada Ika?”
“Mungkin juga ibu. Kalau tak masakan dia sanggup tunggu sewaktu Ika dekat wad semalam. Dia yang jaga Ika sebab Mila balik ke resort untuk mengambil barang-barang. Waktu Ika pengsan dulu pun dia yang bawa ke hospital. Nampaknya dia sayang sungguh pada Ika ibu.”
“Dia yang jaga Ika? Ibu pun berpandangan sama macam kamu Mila.”
Karmilla hanya mengangguk.
“Ibu sukakan Amjad. Dia seorang yang baik dan ibu boleh nampak ketulusan dari sinar matanya.”
Dan di balik daun pintu, tiada siapa yang tahu ada sepasang telinga yang sedang mendengar perbualan itu. Seketika dia terkaku. Amjad yang menjaganya? Amjad bersusah-susah kerananya? Alangkah malunya dia kerana sering berprasangka buruk kepada lelaki itu… Hatinya tiba-tiba diburu rasa bersalah.

Feveret Selamanya

 
Hari ni seperti yang korang maklum, keputusan SPM keluar kan
Nah...camana dengan kaum kerabat yang ada amik tu?
Adik bongsu cheq sue tu tah camana la pencapaiannya
Balik ni kang la baru tanya
Kalau korang nak tahu pencapaian kat sekolah cheq sue boleh klik sini atau kat sidebar tu
 
Ok...berbalik kat dapur pulak
Mmmmm, cheq sue tak tahu nak namakan ape ikan ni
Kalau kat kampung biasanya cheq sue panggil ikan buruk aje
Ala-ala ikan jeruk la jugak ni
Ikan selayang dibelah belakang dan digaramkan 2 3 hari
Bila digoreng, makan dengan nasi panas adehhhhhhhhhhh memang bertambah
 

Balik kampung aritu suruh mek buat sebab x jadi buat sendiri
Kalau nak buat macam ni better guna garam kasar dan jangan disimpan dalam peti sejuk
Bila dah letak dalam tupperwer tertutup kena check sokmo takut ada lalat
Memang lalat suka sangat la ikan ni...
Kejap aje dah berulat
Tapi yang sebenarnya, walaupun hakikatnya begitu
Masakan inilah yang tak akan mampu untuk cheq sue tolak ke tepi
Korang? Caner...

Oklah... nak balik dulu
Wassalam...