Thursday, July 3, 2014

Gaharu Tea Valley, Gopeng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau sebelum ni hanya tengok sahaja lambang Gaharu Tea Valley ni, semasa mesyuarat di Ipoh baru2 ini barulah saya berpeluang masuk ke dalamnya. Tujuan utama jemaah kami ke sini adalah untuk melihat cara2 pemprosesan teh gaharu kerana agak related dengan mesyuarat tetapi tidak mendapat kelulusan kerana hal kerahsiaan syarikat. Jadi pusing2 di kawasan ini sahajalah. Cuma pada hujung2 trip tu dapatlah tengok beberapa alatan yang digunakan.

Ladang gaharu ni luasnya lebih kurang 300 ekar. Memang luas sesangat, sayup mata memandang. Pemiliknya orang Cina. Nak menjelalajah ke sekitar kawasan ni dengan menaiki van dengan bayaran sebanyak RM10 seorang.

Secara keseluruhan pokok gaharu yang ditanam di asalnya dari Jepun, adalah kisahnya diceritakan. Ada banyak spesies jugak rupa2nya...


GTV... Checked!


Anak pokok teh gaharu satu polibeg RM38


Antara baranga yang dijual di dalam kedai. Jangan terbeliak melihatkan harganya kerana kita sedia maklum yang gaharu memang bernilai tinggi.


Megi gaharu pun ada. Tak tahulah rasanya camana. Bau pokok kot...


Biskut.


Tiket... tiket... Dengan RM10 tu amik masa dalam sejam lebih jugak la


Teh gaharu. Mahal rupanya teh ni... Ada disediakan sampel minuman tapi saya tak la minum. Daripada kata kawan2 yang rasa, ada bau2 pokok kayu lah.


Cafe pun ada. Semua makanan berasaskan gaharu.


Van yang akan membawa kami..


Nah...sayup mata memandang


Saya baru tahu bahawa kayu gaharu ni merupakan bahan penting dalam penyediaan colok. So dapat tak korang bayangkan cane baunya??


Bangunan dalam pembinaan yang nak dijadikan resort / hotel. Cantik binaannya.


Pakcik drebar yang bawa kami naik turun bukit. Steady je pakcik ni. Nama pun tak sempat tanya


Abang ni tengah cat batang pokok yang tercedera di rosakkan oleh pengunjung. Kalau tak dicat akan merosakkan pokok tersebut. Ada jugak makhluk yang gatai tangan bila datang tempat camni.



Pokok ara dengan pokok gaharu. Lagenda dulu2 kononnya budak Mat Saleh dan anak orang asli dok cakap-cakap...


Sebahagian ahli jemaah. Memasing exited dapat peluk pokok gaharu.

Kalau ada kesempatan tu, boleh la kunjung ke tempat ni. Tak susah pun, masuk je dalam bandar Gopeng, dekat roundabout dah ada signboard. Kedudukannya agak ke dalam kampung sikit. In Sha Allah mudah je nak cari.

Wednesday, July 2, 2014

Lemon Ais Madu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lagi menu sebelum puasa. Dok CH pun panas jugak tau, sebab tu la ter'reka' jus ni. Dengan menggunakan madu buah longan yang dibeli di Vietnam, saya cuba membuatnya semula di rumah tetapi ternyata rasanya jauh dari sama. Iyalah... yang saya buat ni lebih bercitarasa Malaysia.

Bahan2nya pun mudah saja. Hanya seperti kita buat jus lemon atau singa beng cuma saya tambahkan madu dan sedikit gula. Nak kena manis sikit sebab saya guna sebiji lemon, jadi agak masam. Kalau kata buat sikit, takyah letak gula dah.


Tengok saja pun dah meleleh ayaq liur kan... Jangan nak tipu eh. He he he...

Jus ni memang menyegarkan. Rasa madu buah longan tu seperti yang saya dah cerita sebelum ni memang agak berbeza dari madu yang biasa kita guna tu. Kalau ada sesape yang berkesempatan melawat ke tempat madu tu better beli bawa balik ke sini. Saya dah jatuh cinta dengan rasanya, dan mungkin juga korang sumer.

Jadi just sharing la ya kot ada sape yang nak buat untuk berbuka nanti. Kalau tak ada madu longan tu pun boleh aje guna madu biasa. Tukar selera sesekali apa salahnya. Resepi ringkas ada saya letak di bawah. Selamat mencuba!


LEMON AIS MADU
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Madu buah longan
Jus lemon / limau nipis / limau kasturi
Gula (opt)
Air masak
Ais

Campurkan semua bahan, hidangkan sejuk

Tuesday, July 1, 2014

Stik Daging Rusa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah... dah masuk hari ketiga berpuasa. Macam mana? Semoga segalanya berjalan lancar. Berpuasa di CH ni tak adalah cabaran mana, bebudak pun faham bila cikgu berpuasa, diorang takde la naik syeih sangat. Cuma yang tak menahan bila kena mengajar diluar kelas... duh aduhhhhh kejap aje pusing kepala. Harapan saya agar korang semua dapat menempuh Ramadan kali ni dengan seadanya.

Back to the n3 today... 

Ini sebenarnya menu sebelum puasa tapi biasalah dok pending manjang dek kesibukan. Haritu dah post resepi pertama daging rusa. Kali ni yang kedua pulak. Sebenarnya ada satu lagi tapi takdan nak ambil gambar sebab masa tu dok lorat bizi nak gi miting.


Resepi stik ni saya korek dari rumah Kak Amie. Katanya di Lahad Datu lagi senang nak dapat daging rusa berbanding daging lembu. 

Bila baca2 resepi tu, saya peraplah semalaman. Cuma yang silap haribulan tu bila keluarkan daging dari esbok, terus saya masukkan dalam kuali, agaknya itulah sebab kejadian stik ni agak tak berapa nak lembut gitu.

Jadi lepas masak sos, saya masukkan sekali lagi daging dag direneh dengan api sederhana. Ada yang lembut, ada jugak yang kekal liat terutama di bahagian yang ada urat tu. Oleh sebab kuantiti dagingnya tak banyak, masaknya sekali makan saja dan digandingkan dengan coleslow ringkas.

Lepas ni nak cuba pulaklah buat stik ni, boleh guna daging lembu. Rasanya memang sedap kecuali bab lenguh gigi nak ngunyah daging rusa tu. Kak Amie, trimas ya!


Resepi Asal: Stik Daging Lembu
Sumber : Masakan Barat oleh Chef Hanielieza

Bahan A:
500 gram daging batang pinang - stik - Amie gunakan daging rusa
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh madu ataupun gula
1 sudu makan sos plum

Bahan B:
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C:
(Untuk Sos Lada Hitam)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat

Cara Membuat Stik:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm.
2. Gaul semua Bahan A dan Bahan B dan perap selama 4-5 jam.
3. Masukkan semua bahan ke dalam kuali non-stick dan tutupkan dengan tudung.
4. Masak di atas api sederhana hingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

Cara Membuat Sos Lada Hitam:
1. Panaskan semua bahan C termasuk lebihan bahan daging di dalam kuali non-stick.
2. Kacau sehingga sos menjadi pekat.
3. Susun stik daging ke dalam pinggan bersama bahan hiasan pilihan.
4. Tuangkan sos lada hitam.