Sunday, September 6, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Dalam perjalanan balik dari tempat kerja, Zubir singgah sekejap di stesen minyak. Sedang dia mengisi minyak keretanya, sebuah kereta BMW turut singgah berhenti mengisi minyak bersebelahannya. Zubir hanya memandang. Memang cantik la kereta tu tapi baginya, Honda Hybrid yang digunakan sekarang cukup serasi dengannya. Apabila pemandu kereta itu keluar, barulah Zubir tahu bahawa itu adalah kereta Wari.

‘Hai.’ 
Wari menyapa mesra. Zubir hanya membalas dengan senyuman. Sememangnya Wari seorang yang peramah. Hensem dan kaya pula. Jadi tak hairanlah jika setiap masa pasangannya silih berganti. Ni tak tahulah siapa pula yang diangkutnya.

Tiba-tiba pasangannya keluar. Eh, itu kan gadis di restoran tempoh hari. Hati Zubir berdetik lagi…
 


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Thursday, September 3, 2015

Perpisahan Ini Terpaksa Ku Relakan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Susah sungguh rasanya nak bercerita. Tak terluah kata-kata untuk dikongsikan. Perasaan yang hiba, yang sesungguhnya berduka, tetapi apakan daya ini adalah perpisahan yang tidak mampu lagi dielak. Kerana apabila tertulis SAYA YANG MENURUT PERINTAH, maka mahu atau tidak perlu diturutkan juga. Agaknya perasaan yang sama juga dirasai oleh kawan2 SEMEKAR yang lain apabila terpaksa berpisah dengan Puan Pengetua yang bakal berpindah ke SMK Sultan Ahmad Shah setelah dinaikkan pangkat. Walaupun sekolah itu masih di dalam daerah yang sama, di mana kami berkongsi udara yang sama, yang pasti keadaannya tidak akan sama lagi...


Pada hari Jumaat, 29 Ogos merupakan hari terakhir beliau (Pn Nachammal a/p Nachimuthu) di SEMEKAR. Sebelum balik sekolah, kami semua bersepakat bertemu dengan beliau, bersalam-salaman dan memohon maaf atas kesilapan. Sesungguhnya kenangan 6 tahun bersama beliau sangat banyak memberi tunjuk ajar dan pengajaran pada kami semua.


Wednesday, September 2, 2015

Chocolate Chips Blondies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Pertama kali ternampak pos ni di blog Intai Dapur, terus berkenan nak cuba. Tambah2 bila ada choc chips yang memang tengah saya idamkan nak makan. Nasib baik jugak pada ketika itu tengah berpuasa Enam, jadi nak kena tunggu masa yang sesuai baru boleh buat, kalau tak tak habis makan.


Saya hanya buat separuh adunan, tetapi tidak menggunakan sukatan yang tepat. Jadi hasilnya pun agak kurang menjadi. Oleh sebab adunannya tidak banyak maka saya hanya membakarnya di dalam papercup sahaja, dapat 4 biji saiz L, itu pun ambil 2 3 hari jugak nak habis. Walaupun kejadiannya CCB ni agak padat, tetapi rasanya masih sedap dan ok2 saja... Next time nak cuba dengan proper pulak. Yang ni agak tak puas hati..