Sunday, June 24, 2012

Kek 3 Beranak ~ Dengan Mood Ke Laut -_-


 
TQ pada yang memberi pandangan di n3 sebelum ni. Untuk siapa yang berminat nak tengok kat mana cheq sue beli benda tu boleh la cari di FB :  MLgoodies from uk.
 
Kek tempahan Risha untuk majlis makan-makan pada 23 Jun bersempena dengan sambutan ulangtahun beliau, suaminya dan anak kedua mereka yang kesemuanya jatuh pada bulan Jun. Kira2 kek 3 in 1 la nih. Cuma atas kek tu cheq sue tuliskan semua nama, kira2 tak dengki lah ya. 
 
Dalam kesibukan xleh nak fikir deco camana, tu yang jadi macam x sudah aje.  Cuma paipkan rumput, letak ladybir dan bunga2 je. Keknya pulak agak bulat. Sayang nak potong bagi dia rata, hantam sajalah.  Keknya tu siap deco malam, takleh nak letak dalam esbok sebab penuh sangat, tu yang kena letak atas alas berair sebab takut naik semut. Harap2 puas hati...  Wassalam...
 

Vanilla sponge cake + FC & s'berry jam & fresh peach filling + FC



 
Stylish Thankyou

Saturday, June 23, 2012

Berpeluh Jugak Nak Dapatkan Ni....

 
Perghhh... lama sungguh dok pk sebelum decide nak beli benda alah ni. Jangan main-main, beli dari UK, agak murah sedikit berbanding harga di Malaysia. Ceritanya begini... ada seorang kawan mengoder pan TEFAL, jadi terberkenan pulak dengan benda ni so cheq sue oder la bersama member sebaking di sekolah tu CHEQ DA. Sebagai seorang yang sangat addict dengan kek dan baking, ini adalah satu gajet yang harus dimiliki. Walaupun tidak menerima tempahan beriya-iya tapi ini adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan.
 




 
Sebelum ni pun memang guna hand whisker biasa tu aje nak buat kek. Dah lama jugak ianya berjasa. Dah lupa tahun bila beli tapi sampai sekarang alhamdulillah tak pernah bagi masalah. Cuma kadang2 tengah guna tu ada rasa renjatan elektrik jugak. Kalau dah lama2 sangat ada bau-bau hangit gitu. Kadang2 ada jugak bunyi2 asing macam gaya nak tercabut pemukulnya. Jadi dek kerana itulah cheq sue pejam dua belah mata untuk membeli KENWOOD Kitchen Machine Prospero Compact 4.3L ni. Barang empat angka beb, berpeluh jugak tau. Takpelah walaupun ada orang kata... "MAKAN JELAH MESIN TU" bila cheq sue nak pi korek duit di Tabung Haji sebab gaji dah abes... Huh...





 
Rupa-rupanya mixer ni didatangkan sekali dengan food processor dan blender, di samping pemerah jus dan 3 disc FP. Wahhhh...ini dah bagus, sebab food processor tu dok dalam wish list cheq sue. Jadi dah tak payah beli dah. Tu yang untung. Hi hi hi... Cumanya oleh sebab semua dalam bahasa omputeh, kena la cheq sue study dulu cara-cara pengoperasiannya. Entah tempahan siapa yang akan merasmikan mixer ni. Tambah2 pulak sekarang sibuk sikit, mampu jeling2 ajelah dulu.
 




 
Selain daripada tu jugak, diberinya sekali buku resepi step by step buat kek. Sempat jugak dibelek-belek. Memang bagus jugak bukunya walaupun kebanyakan kek menggunakan brandy @ wine. Takpe, nanti bila ada masa boleh dicuba dan dikongsi bersama. Jangan risau, pasti hasil yang dibuat tu nanti adalah HALAL.... ^_^

Oklah, selamat berhujung minggu... Wassalam


Stylish Thankyou

Friday, June 22, 2012

Blended Apple - Banana Cake


Kek ni cheq sue buat petang 20 Jun...sebab macam gian aje nak bake something. Dah lama x kecah-kecah kat dapo la katakan... Bila pikir2 inilah kek yang paling senang dibuat dengan dapatan hasil yang sangat memuaskan. Buatnya kejap aje tetapi makannya... 2 thumbs up! Cheq sue pasti ke'glemer'an kek ni dah sampai ke serata ceruk dunia. Agak2 ada tak yang belum cuba buat kek sumbangan Kak Fida di MyR ni...Kalau melihat laporan masakannya sahaja dah menghampiri 200. Cheq sue pun sudah beberapa kali mengadun kek ni. Hasilnya pernah cheq sue postkan di sini

Cuma untuk kali ni cheq sue cuba buat dengan epal dan pisang, sekadar untuk mencuba. Kalau dengan epal, cheq sue pernah melihat blogger membuatnya tapi tak pasti pulak siapa. Kat rumah ni pulak kebetulan ada 3 biji pisang nangka yang dah berubah rupa (bawak masa naik cuti sekolah baru2 ni...) tapi sayang nak buang. So cheq sue gandingkan dengan epal. Sudahnya jadi macam kek pisang pulak sebab tak rasa langsung epalnya. Maklumlah pisang nangka antara pisang yang paling kuat aromanya. Mujur jugak xde rasa pahit ke pedar ke apa. Cheq sue tawakkal aje pun, sebelum ni mana pernah guna pisang nangka untuk baking. Nasib baik la menjadi. Fuhhhh...




Kat dalam adunan tu jugak cheq sue masukkan 1 sudu teh blue poppy seed untuk memberikan tekstur dalam kek tu. Bila makan time baru keluar oven memang sedap sangat dengan kerak garing di bahagian atasnya. Walaupun dah sejuk kek ni masih gebu dan moist gitu. 
 
Kalau siapa yang belum cuba rugi tau. Nanti boleh la buat kalau ada kelapangan ya. TQ again Kak Fida. Wassalam...
 


 
BLENDED APPLE - BANANA CAKE
Olahan : BLENDED ORANGE CAKE
Resepi : Kak Fida @ MyR

Bahan-bahan :
1 bji buah limau cheq sue guna 1 biji pisang nangka + 1 biji epal merah (sekali dengan kulit, buang empulur dan bijinya, potong dadu)
1 cawan minyak tak sampai secawan, cheq sue kurangkan sedikit, guna minyak jagung
2 cawan gula halus cheq sue guna 3/4 cawan aje
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 
1 st poppy seed

Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Yang step ni ditukar dengan buah epal seperti yang cheq sue ubahkan dalam bahan2 kat atas tu ya... :)
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170'C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. Bakar ni dekat 1jam jugak sebab ada banyak kandungan cecair dalam adunanya


Stylish Thankyou