Friday, April 25, 2014

Makan-Makan Stimboat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hari ni rasa sangat panjang. Sejak pagi di sekolah, hingga balik, makan dan sembahyang, kemudian ke sekolah semula sehingga jam 6, banyak membawa pergi semangat saya. Penat sebenarnya walau tidak melakukan kerja-kerja fizikal, kata orang PENAT OTAK... Kalau di tanya la sekarang saya betul-betul nak hang out kat kedai mamak sambil hirup segelas milo dengan kawan-kawan, seperti masa muda-muda dulu. Tapi dok CH ni jangan perasan lah ya... silalah buat milo sendiri di rumah.

Dalam dok libang libu ni layan ajelah short n3 ni, dah lama jugak buat, dah berapa lama dok terperap dalam draf.


Sebelum terjadinya stimboat ni, saya ada la dua tiga kali dok menyebut dengan Mok Ja, nak gi makan stimboat dekat Brinchang tapi sari ke sari tak sampai-sampai. Jadi kebetulan turun ke Ipoh, saya beli bahan-bahan yang berkaitan dan buat sendiri di rumah dia. Makan ramai2 dengan budak2 memang sedap. Tambah-tambah bila ada yang berebut-rebut..


Saya buat dua jenis sup, iaitu yang biasa dan sup tomyam. Cara nak buatnya senang sangat... main campak2 aje, tunggu mendidih dan dah buleh serve.


Sup tomyam. Yang penting serai, daun ketumbar dan jangan lupa kiub ayam.


Stimboat ni tahu-tahu sajalah kalau makan di kedai mahu RM belas-belas sekepala. Kalau kena yang rakyat jelatanya ramai... anggotanya tak cukup kaki tangan memang kena belanja lebih sikitlah supaya semuanya dapat makan. Jalan penyelesaiannya adalah kita buat sendiri, lagi jimat dan puashati. Tengok sahajalah bahan2 yang terhidang. Jika dikira jumlah semuanya tidak sampai pun RM50 tapi memang puas hati makan.


Berbaloi-baloi-baloi.....

Jumpa esok plak ya... nak ke kayangan sekejap. Letih bebenor! Salam sayang...

Jus Strawberry Ais Krim Soda

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 

Jus strawberry ais krim soda ni lebih 'daring' lagi dari jus strawberry 100 Plus. Macam yang kita semua dah maklum kan... ais krim soda memang selalu digunakan untuk membuat jus. Kebetulan baki strawberry masih ada, dan sebotol kecik ais krim soda ada dalam separuh, jadi saya testlah... pada tekak saya memang ok, rasanya lagi sedap dari jus yang sebelum ni. Kalau nak tahu bagaimana rasanya sila lah cuba...

Thursday, April 24, 2014

Pelbagai Pilihan Pakaian Bundle di Aziemart.com

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni bukanlah spesis yang suka membeli barangan online. Kalau sebut baju ke pakaian, saya agak susah nak dapat fix size, kalau beli memang kena oter bahagian kain, labuh baju dan tangan. Tak cukup inci katakan... Cuma baru-baru ni saya ada beli   inner heat-tech untuk tahan sejuk, jadi suka saya nak kongsikan dengan kawan2 semua...

Laman web ni saya jumpa ketika dok GOOGLE pasal nak beli wintercoat. Bila tengok-tengok di sini pun ada koleksi wintercoat dan pakaian untuk musim sejuk, jadi kalau sepadan dengan saiz bolehlah beli. Selain daripada pakaian musim sejuk, di sini juga ada dijual blous, pakaian kanak-kanak, pakaian lelaki, dan bermacam lagi. Kalau nak lebih jelas boleh klik je AZIEMART.COM

Baju yang saya beli

Walaupun koleksi pakaian ni adalah dalam ketegori bundle, namun ianya sudahpun dibasuh dan boleh dipakai terus. Kalau nak basuh lagi pun terpulanglah... *_*

Jika anda berkenan, boleh saja membuat pesanan atau bertanyaan di shout box laman web ataupun tanya sahaja di whatssap di nombor yang tertera di atas. Jika suka boleh juga like FB mereka 1st CLASS BUNDLE