Monday, April 28, 2014

Hadiah Istimewa Dari Rakan Blogger...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Suka tak bila dapat hadiah? 

Eh, mau tak suka. Tambah-tambah bila dah tetua ni ada dapat bungkusan rasa berbunga-bunga dalam hati ibarat dapat SMS cinta pandang pertama... Apa kisah sebenarnya ni Cheq Sue? Cer habaq mai...

Bukan apa...ada Jumaat lepas, masa nak balik sekolah, ada satu bungkusan untuk saya, dup dap dup dap, dengan rakusnya bukak, terus nampak benda ni...

V
V
V


FM London weh. Terkejut sat... Belek-belek alamat di sampul rupa-rupanya datang dari Kak Yati. Rupa-rupanya ni hadia GA yang beliau anjurkan dulu. Saya pun dah tak ingat sebenarnya. Rasa macam tak cukup syarat penyertaan tapi Alhamdulillah ada rezeki.


Bersama-sama dengan FM London ni ada jugak FM dari Pangkor yang sangat unik, tak tahulah bentuk apa binatang ni, nak kata kuda laut macam bukan.

Pada hari yang sama jugak, satu lagi kejutan diterima. Tengah dok belek-belek surat, ternampak nama saya di satu sampul. Kali ni saiznya agak besar, dan debarannya pun agak besar juga. Haish... Bila dah nampak isi di dalam... hadiah dari Kak Amie rupanya!


Banyak betul pemberian dari Kak Amie. Pandai betul dia, memang terkejut abes. Memang saya tahu Kak Amie ada buat GA tapi tak layak lak saya nak join, rupa-rupanya memang dia dah niat nak bagi pada saya. Muaaahhhh, sayang Kak Amie ketat-ketat! Jom tengok apa bendanya dari Sabah ni..


Kain sarung batik halus dengan  ilham corak pua kumbu. Cantik sangat kainnya. Boleh tambah koleksi kain sarung saya, selalunya hanya pau dengan mek kat rumah.


Selain tu ada juga keychain dan FM Sabah Borneo. Dengan bertambahnya koleksi FM ni rasa makin tak sabar nak beli peti sejuk. Eh, bukanlah beli semata-mata nak tempekkan FM, tapi sebagai aset. Duit ni kadang habisnya tak sedar, jadi baiklah berhabis beli barangan. Nanti kendian dah tak payah beli, kan? Yang dalam sampul surat tu tau tak apa?


Gelang mutiara rupanya! Bila tengok mutiara ni terus ingat mutiara masa di Beijing. Terharu sangat dengan segala kiriman ni Kak Amie.

Buat Kak Yati dan Kak Amie, terima kasih banyak-banyak atas kiriman ni. Rasanya tak terluah dengan perkataan cuma doa saya semoga kalian akan sentiasa berbahagia dan terus dalam lindungan Rahmat Allah adanya. Semoga jua ukhuwwah maya ini akan berpanjangan.

** Bila sembang-sembang dekat pejabat, pengetua dengan pantasnya menyampuk, tak acilah sebab dia tak dapat. Saya pulak dengan suka hatinya balas balik...

'Puan, saya kan blogger!'

7 comments:

  1. wah..berkenan kat gelang n kain batik tu..rezeki awak..hehe

    ReplyDelete
  2. Syukur dah selamat sampai ke tangan Sue... risau juga nak buat kejutan tapi tak sampai2, sebab terpaksa ambil semula dari pejabat pos dan pos guna perkhidmatan lain pulak.... ha hahah.

    ReplyDelete
  3. Sudilah terima pemberian yg tak seberapa dari akak tu ye cheq sue ;)

    ReplyDelete
  4. Wah tahniah byk dpt hadiah..kena beli la jgk 2 nti peti besau

    ReplyDelete
  5. seronoknya cheq sue dapat banyak hadiah..

    ReplyDelete
  6. bestnya dpt hadiah..dr jauh lg ^_^

    ReplyDelete
  7. Best nya byk dpt hadiah :-) ha'a cheqsue kan blogger hee

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]