Saturday, June 7, 2014

Xin chào Việt Nam 5 : Sungai Mekong

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Day 2

Kita sambung pulak kisah hari kedua di Vietnam. Hari ni banyak tempat nak pi, tempat yang saya tunggu2 sejak trip pertama dulu iaitu perjalanan ke Sungai Mekong. Nak la tengok jugak camana rupanya... apa yang ada di situ... Dari bandar HCM perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit ikut highway. Menurut Nam, biasanya motosikal takleh masuk highway, jadi tak ada la serabut sangat.


Sebelum nak citer banyak, saya nak kenalkan dulu la guide kami sepanjang 4 hari di sini. Mr Nam namanya. Kerja dengan agensi Asia Tour Vietnam. Boleh lihat FBnya vietnam.asiatour. Saya sangat2lah rekemenkan dia sebagai guide jika ada yang nak datang ke sini. Bahasa Inggerisnya bagus. Yang paling penting dia sangat sporting serta tak pernah tunjuk muka 'menyampah' dengan kami. Kalaupun ada benda yang dia tak setuju, dia akan bagitahu dengan berhemah sekali.  Dia ni duda, ada anak seorang, jadi dia sangat sukakan Haziq, malah sentiasa ringan tulang mendukung jika diperlukan. Sama juga dengan tempat2 bershopping, banyak dia bagitahu tempat yang murah serta berkongsi tips berguna semasa membeli belah. Dan yang paling saya suka, dia sentiasa ingatkan keselamatan kami jika keluar malam, terutama dengan beg dan juga duit. Mana nak dapat guide camni? Jauh panggang dengan guide trip pertama dulu. Eh...saya tak dapat komisen apa pun promokan dia ni, hanya bagitahu saja.


Dalam bot. Masa ni senyum je lebih padahal hati dok berdangdut sebab takut...


Membuang pandangan ke luar tingkap bas, saya mendapati banyak betul sawah padi. Agaknya di kawasan ini padi tu merupakan keluaran utama pertanian. Seragam je tinggi pokoknya di dalam sawah yang tidak simetri. Ianya diusahakan secara tradisional. Kalau sape yang pernah makan nasi di Vietnam, rasanya agak berkanji dan lebih kurang macam pulut sesikit.

Kalau dilihat di dalam sawah ni ada binaan berbentuk empat segi, samada besar atau kecil. Rupa2nya itu adalah KUBUR! Hah, kau berani??

Menurut Nam, kebanyakan kubur ahli keluarga didirikan berdekatan dengan rumah atau sawah untuk membolehkan mereka berdoa atau bersembahyang selain menjadi tanda ingatan pada orang yang telah tiada. Kiranya macam bukak je pintu terus nampak kubur insan tersayang. Insaf la sikit gamaknya...


Selain mnyaksikan sawah padi di sepanjang perjalanan, ada juga yang menanam tanaman sampingan yang lain seperti kelapa, jagung dan sayur-sayuran.


Bila dah lalu highway ni mesti la kena bayar tol. Saya nampak angka VD40,000 dan VD60,000 dekat skrin. Tak la mahal sangat rasanya.

Dalam dok koya2 naik bas tu, tetiba ada bunyi benda meletup. Rupa2nya bas pecah tayar, mujur juga tak ada kecelakaan. Nam dengan driver turun tengok, sempat lagi dia bagitahu kami kalau nak turun ambil gambar sekitar situ pun boleh. Tak lama kemudian dia naik, katanya its ok...ok... maksudnya bas masih boleh gerak lagi sebab masih ada satu tayar yang elok. Maka dengan sebiji tayar pecah tu kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di workshop untuk tukar tayar. Sekali datang pakcik jual sekerim...adehhhh bayangkan masa panas2 tu... mujur masih ingat halal haramnya. Mampu tengok aje mamat ni makan...


Dah nampak sigboard nii, walaupun tak tahu apa maknanya tapi saya rasa dah dekat la dengan jetinya. Panas memang terik sangat, rasa berbalam je mata.


Utamakan keselamatan okeh. Pakai jaket keselamatan. Bila kata pada Nam kalau takmau pakai, terus je dia balas balik.. you know how to swim? Haaaaa, kena!


Nam dah settle check bot. Tengok dia pun pakai topi. Panasssss


Ada banyak jugak bot yang sedang berlabuh. Di sungai ni banyak sekali keladi bunting. Seriously... saya kalau tengok sungai macam ni mula la nak fikir, ada cik boya ke... he he he


Luas jugak Sungai Mekong ni. Sayup mata memandang.


Nun jambatan macam di Putrajaya...


Di sekitar dan sepanjang Sungai Mekong ni ada banyak bot panjang yang membawa pelancong.


Masa ni bot berhenti di hentian pertama, tempat madu. Abang driver tu tunggu je dalam bot.


Selesai trip di Sungai Mekong, naik bot untuk balik sahaja kami diberi sebiji kelapa seorang, buleh minum ayaq pree walaupun rasanya tak manis... agaknya kelapa belum matang lagi.


Bukan main senyumnya sampai ke telinga dua mak dara di belakang tu... sonok ye Mak Jemah... Cikgu Awie dan Cikgu Leman tetap macho macam biasa.


Sungai Mekong - Checked!

Kalau ikutkan iti, kami sepatutnya singgah di 4 pulau iaitu Pulau Long, Pulau Lan Qui, Pulau Phuong dan Pulau Thoi San. Pastu kata Nam dua pulau sedang dalam pengubahsuaian ke apa... dan dua yang kami lawati saya tak pasti pulak.

Apapun tunggu n3 akan datang...

2 comments:

  1. Terkezut eden nampak kaki tanda checked kat situ sbb sebelah je heee
    Ha'a setiap kali naik boat mesti doran bg minum air kelapa kan sbb mudah nk d sediakan kot

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]