Tuesday, June 10, 2014

Xin chào Việt Nam 8 : Pasar Pesisir Sungai Mekong

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kita cuti2 mata saja dalam n3 ni.

Keluar dari tempat buat gula2 kelapa tu, terus je ada tempat berjual-jual. Saya tak melabur duit pun kat sini, setakat tengok2 je. Apa lagi, jom la tengok sekali.

Beg tangan, cantik2 jugak. Bila tanya harga tak la mahal. Oleh sebab saya target tak nak beli, maka saya tengok aje.


Perhiasan ukiran kayu. Saya berkenan betul dengan lesung, sudu, garfu dan senduk yang diukir kecik2 tu, lama jugak dok membelek di situ tapi sudahnya berlalu pergi. Taknak membazir, yang saya beli tahun 2012 tu masih belum rasmi lagi.


Beg tu dari kulit buaya. Memang pun ada Nam bagitahu di kawasan sini ada ladang ternakan buaya untuk kulit dan dagingnya di makan. Tapi dah takde dalam iti, tak munasabah pulak nak cadang kat dia nak tengok. Kang tak naik pulak dalam bot.


Baju kebangsaan Vietnam, ao dai yang ramping2 tu cantik la pakai. Yang rompong macam saya ni mau koyak kalau sarung ke badan.


Ukiran dan perhiasan dari tanduk kerbau.


Di hujung2 tu ada tempat untuk makan buah sambil dengar lagu. Saya agak signboard ni salah satu tempatnya. Mak Jemah sepatah haram tak paham.


Lagi beg yang dijual. Yang menariknya bunjut berbentuk ikan tu. Pasni boleh cuba buat sendiri. Tu adik Pendekar Mustar laju je jalan sampai depan...


Sekumpulan pelancong yang sedang makan buah sambil dengar lagu. Kami pulak di tempat lain sebab group kecil aje. Jom jom.. lapar dah ni.

6 comments:

  1. Wah dah kali kedua lah cheq sue ke sini ye.. kuat betul iman cheq sue tidak langsung membeli disini... kalau akak dah tergoda nak membeli ni ehe :)

    ReplyDelete
  2. beli...beli jgn tak beli....kalau sy sama cam kak yati

    ReplyDelete
  3. Lupo plak nk beli perhiasan kecik2 tu...duk tergoda ke benda lain

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]