Tuesday, September 8, 2015

KST Selera Ikan Bakar, Jerteh, Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila saya tengok2 balik label JJCM di CTS ni, rupa2nya memang dah agak lama saya tak makan di luar. Yang sebenarnya bukan la tak makan, tapi biasanya makan di kedai yang sama saja jadi dah tak boleh up n3. Tapi bagus jugak sebab zaman2 gawat ni banyak boleh saving, bila makan di rumah ni lebih puas hati.


Kedai KST Selera Ikan Bakar di Jerteh ni saya singgah semasa balik dari Melaka. Tengah ketar lutut sebab kebulur dalam perjalanan. He he he gelak sendiri bila ingat balik. Sebenarnya saya selalu je lalu di kawasan ni tapi tak ada keperluan nak singgah.





Kedai makan ni agak luar jugak. Masa saya masuk tu dah ada beberapa meja yang penuh walaupun saya kira pada ketika itu kedainya baru saja dibuka. Pelanggan yang mahu makan ikan bakar atau makanan laut bolehlah membuat pemilihan bahan mentah terlebih dahulu sebelum request nak masak macam mana. Tahap kesegaran lauk2 ni pulak pada saya agak boleh tahan la. Yang menjadi pilihan saya adalah ikan pari dan juga sotong.


Air kosong (ais) disediakan percuma. Nak sebalidi pun boleh. 


Sotong celup tepung. Seekor agak besar juga. Mungkin sebab itulah rasanya agak liat tapi makan panas2 tak rasa. Serdak tepungnya tu A+ weh... sedap. Order ni bukan ape, dua kali dok gi miting di Terengganu, tak sempat2 nak singgah di tempat goreng celup tepung.


Ada jugak kailan ikan masin untuk seorang makan. Rasanya biasa2 je.


Ikan pari bakar berempah. Dibalut dengan daun pisang sebelum aluminium foil. Bau memang sedap, cuma rasa agak kurang tapi tak tahu kurangnya dari segi apa. Agak besar juga potongan yang saya ambil tu, makan dua orang pun tak habis. Tengok isi ikan tu dipotong kecil2 sebelum dibakar.


Nah belanja seketul isi ikan....

Keseluruhannya hari tu yang saya makan : nasi 2 + ikan pari bakar berempah + 1 ekor sotong celup tepung + 1 kailan ikan masin + 1 milo ais + 1 teh O = RM35. Mahal ke murah? Tak apalah dari segi harga tu, sebab tu orang punya. Cuma kalau korang nak rasa, kedai makan ni berada di Jalan Jerteh - Kuala Terengganu, betul2 di tepi jalan, berdekatan dengan FAMA KETARA... singgah2 lah kalau ada masa.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. tergoda ngn sutun clp tepung tuh... kalu cuma hidangan tuh mcm agak mahal kot... kalu ada lauk seafood lain mungkin murah ni rasa mahal jgk kalu sdp takpe puas hati

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]