Monday, January 25, 2016

Pameran Lukisan 1MCAT Negeri Kelantan / Masjid-Masjid Di Negeri Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini merupakan kali pertama bagi saya melihat pameran di Balai Seni Lukis Kelantan, yang mana letaknya berdekatan sahaja dengan Muzium Negeri. Kebetulan masa tengok 3 pameran di Muzium tu, kereta diparking memang di depan Balai Seni Lukis Kelantan ni, jadi peluang nak tengok lukisan yang dipamerkan memang tak boleh dilepaskan. Bukan selalu dapat peluang nak tengok apa yang dipamerkan. Bayaran masuk hanya RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Jadi hangus pulak RM9 di sini. Haishhh...

Dengan masalah kamera saya, memang agak ralat sebab tak dapat nak ambil gambar secara close up. Ni ambil dengan henpon kelabu asap lah sikit kejadiannya. Daripada tak ada baik ada walaupun tak berapa memuaskan.


Seperti yang terpampang di hadapan pintu masuk, pameran yang sedang berlangsung adalah berkaitan lukisan masjid2 yang ada di sekitar negeri Kelantan. Tempoh pameran ni sudahpun tamat pada penghujung tahun 2015.



Kita tengok2 gambar ajelah ya sebab maklumat yang saya ambil bersebelahan lukisan agak tidak nampak dipandang. Antara maklumat yang dinyatakan adalah nama dan nombor telefon pelukis, medium yang digunakan, harga lukisan dan nama masjid / gambar berkenaan. 


Bahagian hadapan Balai Seni Lukis Kelantan yang baru dijejaki setelah 35 tahun.


Pameran dianjurkan oleh PESENI - Persatuan Seni Lukis Kelantan. Pada ketika itu bahagian atas ni sedang di renovate. Jadi tak boleh naik.








Lukisan menggunakan medium batik. Cantik


Masjid Gunung Reng



Masjid Keputeraan Lojing



Masjid Beijing Rantau Panjang





Yang ni gambar lukisan mimbar. Tak ingat masjid mana, tapi harganya antara yang mahal dipamerkan ketika itu...

Kalau ikutkan hati ni, masih lagi ada ralat sebab tak dapat ambil gambar dengan sepatutnya. Satu pengajaran untuk diri sendiri.



"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]