Tuesday, February 2, 2016

Kuih Buah Peria Ubi Kayu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masa cuti sekolah hujung tahun 2015 lalu, memang ada banyak stok ubi kayu kat rumah. Masa tu memang hari2 ada kuih based on ubi kayu. Masa tu macam2 request dekat My Mek. Antaranya kuih kato, kuih beko dan juga buah peria ni.

Bila sebut buah peria ni bukanlah macam buah peria dari tepung pulut inti kacang tu... mungkin lebih kurang sama cara penyediaan tapi bahan2nya memang tak sama. Untuk resepi ni memang tak ada sukatan tertentu, main agak2 saja. Masa tu My Cek mintak nak makan kuih ni jadi My Mek buat, so saya standby dengan telefon nak ambil gambar dan tukang ngap kendiannya...


Inilah kejadian kuih buah peria ubi kayu yang telah dimasak. Sekali tengok nampak macam lempuk durian. Kuih buah peria ni dibungkus dengan daun nyor (kelapa) lembah. Kat tempat lain tak tahu la dipanggil nama apa. Kalau nak tengok rope pokok tu lihat di sini.





Antara bahan2 yang digunakan. Ubi kayu yang dah diparut, perah air, letak santan dan garam sikit pastu ada inti dari kelapa. Cara nak membuatnya kelapa parut muda dicampur dengan gula, nisse dan daun pandan dan  dimasak hingga kering airnya. Lebih kurang nak buat inti puteri mandi la cuma lebih kering.


Inilah daun nyor lembah, dah potong pangkal dan hujungnya untuk dapatkan saiz sama besar. Dah siap potong tu jemur dulu supaya daunnya lembut.


Ubi kayu yang dah dibalut tu diratakan atas daun nyor lembah tadi


Lepas tu letak inti, kalau banyak inti memang terlajak sedap la... Gulung daun tu sehingga bertemu dengan bahagian yang satu lagi. Gulung biar ketat macam buat sushi lebih kurang.


Kemudian ikat bahagian hujung kedua2 belah, kekdahnya macam ikatan gula2 tu. Ikat tu biar la padat bahagian gulungan ubi.


Bila dah siap tu kukus sampai masak. Bila dah masak tu memang sedap dimakan panas2.... Berani cuba? He he he...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. mana gambar yg dh siap msk kak?
    msti sedap kan... lahai...
    daun kelapa apa tuh kak yg lebo2 gitu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]