Saturday, June 18, 2016

SUMUT : 10 : Air Terjun Siparis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masa nak mulakan trekking ke Air Terjun Siparis ni, agak cuak jugak bila memikirkan bagaimana treknya. Beralun ke? Berbukit ke? Berbatu ke? Atau landai ke... Bukan apa, dengan kondisi badan yang hanya tuannya tahu camana, aga risau jugak kalau2 kang menyusahkan orang lain pulak. Iya lah kalau kita lambat bak kekura kesiannnnn deme lain nak kena tunggu pulak. Si Yovie pulak kemain laju jalannya. Dengan kaki ramping dan langkahnya yang besar tu agak semput jugak saya nak mengejar.


Setelah berjalan tak ingat berapa lama... lalu sawah orang, kebun jagung, redah air sungai, kami sampai ke persinggahan pertama. Air terjun yang saya tak ingat namanya. Saya memang dah niat nak mandi, ye la tengah panas2 mau rugi kalau tak berendam. Yovie dulu lagi melompat terjum sambil merokok. Bila tengok dia saya pun tanpa segan terjun sekali. Ehhh... bukan terjun pun sebenarnya, hanya turun perlahan2 takut jatuh ke dalam kolam yang dalam. Memang puas dapat berendam air sejuk sampai ke tulang.




Sebentar saja di situ, kami meneruskan perjalanan melalui kebun kopi dan buah-buahan. Rupanya masih panjang untuk sampai ke Siparis. Jalannya pulak semakin berliku dan menanjak. Memang kesian la dekat lutut I ni. Tapi Alhamdulillah sampai jugak ke tempat yang dituju. Tapi kebanyakan masa saya tak sempat nak ambil gambar. DSLR memang saya tak bawa, hanya menggunakan HP sahaja, itu pun bungkus dengan plastik. Jadi terpaksalah berpuashati dengan gambar2 ni sahaja.


Terpaksa melalui titi kayu untuk ke tempat air terjun. Sebelum tu memang kena redah air... lalu bawah batu... eh macam2 la kesukarannya. Tetapi.....
Segala kesusahan itu tersangatlah berbaloi dengan panorama yang terbentang di depan mata. Subhanallah... air terjun tu tersangatlah cantik dengan jumpah air yang banyak dan deras.


Tengok sajalah gambar ini. Berdiri di tempat saya mengambil gambar ini pun sudah cukup untuk membasahkan kulit, apatah lagi jika terlalu dekat. Airnya sejuk seperti ais. Sungguh menyamankan!


Sungguh saya tak hengat dunia bila mandi di sini. Dengar terjahan air yang agak kasar, badan rasa seperti diurut2 pulak. Kalau nampak ada kayu kat dalam gambar tu, kat situlah kami melepak sambil menyanyi riang macam 7 puteri turun dari kayangan. Ha ha ha...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]