Friday, June 17, 2016

SUMUT : 9 : Berkhemah Di Bukit Pinus Siparis, Gunung Meriah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Serius, bila Zilla kata kita akan berkhemah, saya agak libang libu di dalam dada. Dah berapa kurun tak tidur dalam khemah, tak trekking, boleh ke sampai ni? Perjalanan dari Taman Eden ke Gunung Meriah tak tahulah berjarak berapa jauh, dari petang sampai ke malam, dari terang sampai ke gelap kelam, saya sesungguhnya tidak tahu di daerah mana saya sedang berada.

Kami sampai di kaki Gunung Meriah ni dah malam, tak ingat pukul berapa. Terus get ready untuk ke Bukit Pinus (hutan pokok pain) untuk berkhemah. Dengan beg sandang yang agak boleh tahan berat + sakit belakang + sakit kat lutut, saya tawakkal ajelah untuk follow diorang yang cargas2 ni. Rasa semput pun tahan2 aje buat2 kuat. He he he... semangat kena ada weiii

Dek gelap malam tu, tak terbayang di mana khemah didirikan. Bagaimana keadaan sekeliling pun tak tahu. Hanya bunyi serangga dan juga semilir angin di kejauhan. Serius suasananya sangat tenang walaupun kat kepala ni macam2 yang difikirkan. Keesokan paginya barulah boleh nampak.... gini rupanya keadaan sekeliling.... Hutan pokok painnya sangat cantik dan ada juga kebun orang serta sawah padi huma berdekatan. Walaupun pada malam sebelumnya tak berapa nak lena tidur tapi gagahkan jugak. Khemah kat belakang tu la tempat saya beradu semalam. Hotel berjuta bintang katanya...




Khemah orang sebelah dengan 4 orang penghuni. Panorama biasa la kan bila jemur baju kat khemah. He he he...


Nun dikejauhan nampak macam ada pondok, di situ pun ada orang berkhemah kata Yovie tetapi sumber airnya agak jauh, menggunakan punca air yang sama dengan yang kami guna. 


Sayup mata memandang...


Unggun api yang dah tinggal bara. Penyejuk di kala dingin malam. Waktu kami trekking dan sampai di sana tu baru saja lepas hujan.


Nah, layan ni dulu sebelum trekking ke air terjun...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

5 comments:

  1. Seronok sebenarnya beraktiviti begini...walaupun penat tapi happy jew...

    ReplyDelete
  2. Klau dah biasa jungle traking pasti seronok kan.

    ReplyDelete
  3. Klau dah biasa jungle traking pasti seronok kan.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum cheqsu
    lama akak tak singgah sini
    bestnya berkhemah macam ni
    lama dah tak buat macam ni, skrg ni anak2 je yg selalu dok berkemah mcm ni

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]