Sunday, November 15, 2026

Pakdin Nasi Kerabu 3, Tok Jembal, Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kali pertama makan di sini. Saya rasa macam kedai ni baru je dibuka, atau mungkin saya yang dah lama tak ke sini. -_- Ehhhh, tulis di situ since 1996, agaknya sebelum ni lokasi kedai kat tempat lain.


Kedai ni specialnya nasi kerabu tapi ada juga makanan sarapan yang lain macam nasi dagang atau nasi berlauk dan nasi lemak cuma tak tahulah macam mana rasanya, barangkali berbeza dengan nasi kerabu keluaran negeri Kelantan



Sekali pandang agak berbeza dengan nasi kerabu yang saya selalu makan. Tumisnya agak berbeza, tapi kata suami rasanya bulih kkiro. Lauk yang diberi agak banyak, dan kelihatan tauge agak menimbun di situ. Saya sejenis yang agak pelik bila ulam-ulaman nasi kerabu tidak bercampur. Saya biasanya suka campur gaulkan dulu sebelum dihidangkan


Nasi dagang gulai ayam. Nasi ok cuma bagi saya agak keras. Ada juga acar timun tapi saya tak ambik. Portionnya agak sikit kalau nak share. 


Air ada 3, sebab makan berempat. Harini kebetulan dah nak balik Kelantan, ambik kakak datang sarapan sekali. Sekarang ni kalau diperhatikan dah banyak kedai yang guna cawan plastik untuk serve minuman, untuk kurangkan kos agaknya...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]