PAGES
▼
Monday, December 31, 2012
Monkey Bread & Menu Panas 2012
Friday, December 28, 2012
Biskut Green Peas
BISKUT GREEN PEAS
Resepi : Along Roz
Sumber : Kak Nik Ja a.k.a Mokwo
Bahan2:
1 cawan tepung green peas (cheq sue beli kat MAIDIN)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung jagung (mokwo tambah)
1 sudu besar marjerin( mokwo tambah)
minyak jagung secukupnya
glaze:
kuning telur secukupnya
Cara:
satukan kesemua bahan kecuali minyak jagungBahan2:
1 cawan tepung green peas (cheq sue beli kat MAIDIN)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung jagung (mokwo tambah)
1 sudu besar marjerin( mokwo tambah)
minyak jagung secukupnya
glaze:
kuning telur secukupnya
Cara:
tuang minyak jagung sedikit demi sedikit dalam adunan tepung di atas sehingga adunan boleh di gentel atau di bentukkan
ambilkan 1/2 sudu besar adunan dan bulatkan. buat sampai habis
sebelum di bakar, glis dengan telur kuning di atasnya
mokwo guna oven pada suhu 170 C selama 15-20 minit. biskut nih senang nak hangus, so pepandailah adjust oven masing2
Thursday, December 27, 2012
Dan Bunga Pun Berkembang # 5
‘Nab,
Sabtu ni awak datang ke Taman Tasik ya, saya ada buat jamuan hari jadi
anak-anak.’ Cek Mat mengejutkan Zainab yang sedang meneliti angka-angka di
layar komputer.
‘Ok,
no problem.’
‘Jangan
lupa bawak adik awak tu sekali, kita meriahkan majlis. Saya tak ajak ramai pun,
staf ofis aje.’
‘Aduh
Cek Mat, kena sediakan hadiah untuk tiga orang la ni…’
‘Apa
nak buat Nab, rezeki Allah bagi.’
‘Alhamdulillah..
InsyaAllah saya datang.’
Cek
Mat berlalu ke bilik. Sesungguhnya sejak kebelakangan ini perasaannya terhadap
Zainab amat berlainan sekali. Dia senang melihat Zainab tertawa…senyumnya
mempersona.
Duhai
hati…
Zainab
dan Dayang sampai awal ke Taman Tasik. Kebanyakan tetamu lain belum tiba.
Sempatlah dia menolong mana yang patut. Sedang dia membuat persiapan, Qasseh
datang memeluknya dari belakang.
‘Makcik
Nab dah datang. Hoorey…’ Makcik Nab? Terasa lebih tua la pulak. Budak-budak,
apalah yang diorang tahu..
‘Ala
cayang…. Happy birthday Qasseh. Mmuaahh. Nah, ini hadiah untuk Qasseh. Mana
abang Qayyum dan abang Qaishh?’
‘Abang
Oyum ngan abang Ash pergi main.’ Dengan pelat Qasseh memberitahu Zainab.
Memandang ke kiri ke kanan, dua beradik itu sedang bermain buaian.
‘Qayyum!
Qaishh! Jom datang sini, makcik nak pakaikan topi ni.’ Zainab melaung. Dia
tidak Nampak pulak Cek Mat di mana-mana.
Sesampainya
Qayyum dan Qaishh, Zainab menghulurkan hadiah yang telah dibelinya. Topi kertas
yang ada dimeja turut dipakaikan. Dia dan Dayang sejak tadi memakai topi itu.
Memandangkan tetamu sudah datang, dia meminta Kamal menyalakan lilin.
Tapi,
di mana Cek Mat? Zainab mengeluarkan telefon dan mendail nombor bosnya. Di
saat-sat penting begini dia harus ada di sisi anak-anaknya.
‘Cek
Mat ada di mana ni…budak-budak dah tak sabar nak tiup lilin ni.’
‘Ye
ye..saya on the way ni. Dua minit…’
Zainab
tidak tahu..Cek Mat memerhati segala gerak laku nya tadi. Layanan Zainab
terhadap anak-anaknya begitu ikhlas dirasakan. Dia nampak kegembiraan di raut
wajah anak-anak. Sebanyak manapun kasih sayang Cek Mat, tak akan sama dengan
kasih sayang seorang ibu…seperti yang diberikan Zainab setelah sekian lama
pemergian arwah isterinya…
‘Mat,
Zainab tu baik budaknya. Cucu-cucu mak semua rasi dengan dia.’ Makcik Salmah berkias. Dia terperasan perubahan Cek
Mat kebelakangan ini.
‘Ish
mak ni…’ Cek Mat cepat-cepat menuju ke meja jamuan diikuti makcik Salmah…
*****
Dayang
membawa dulang berisi jus limau dan milo panas ke ruang menonton. Satu
untuknya, dan satu untuk Zainab. Malam-malam begini mereka selalu lepak bersama
sambil menonton tv.
‘Macam
mana dengan along Kak Nab?’ Dayang bertanya sambil menghulurkan jus limau
kepada Zainab.
‘Macam
mana macam mana maksud Dayang?’ Zainab membalas sambil matanya masih tertancap
di televisyen.
‘Along
ok tak?’ Dayang berbisik.
‘Apa
yang Dayang cuba nak bagitahu Kak Nab ni?’ Zainab berpusing menghadap Dayang.
‘Mmmm…aaaaaa…Kak
Nab cuba-cuba la berkawan dengan along tu. Dia baik tau.’ Akhirnya…seperti yang
diagak Zainab. Itulah yang bersarang di kepala Dayang.
Uhuk…uhuk…
Main redah aje budak ni. Macam nak suruh aku jadi kakak ipar dia je…
‘Kenapa
Dayang cakap macam tu?’
‘Bukan
apa kak..Dayang tengok along tu macam sukakan akak je…’
Hah???
Sejak balik dari Johor dua bulan lepas, sejak kenduri Darlina, Zainab
terperasan Daus selalu juga menghubunginya. Mereka selalu bersembang walau
tanpa bersua muka. Dia akui, Daus seorang yang pandai berbicara, katanya
tersusun dan pandai mengambil hati. Zainab senang berteman dengannya.
‘Kak
Nab pun sukakan along ye?’ Dayang menduga.
‘Hish…pandai
je kau ni Dayang.’ Zainab menepis. Cuba menyorok rona-rona merah di pipi.
‘Umi
pernah cakap dengan along, dia suka kalau along dan Kak Nab berkahwin.’
Alamak?
Ye ke Dayang ni? Ke dia saja nak ngetes aku?
Zainab
menjojolkan matanya kepada Dayang tetapi Dayang hanya tersenyum. Senyumnya
lebar dari biasa…
Rasa
macam segan pulak…kalaupun Zainab ada apa-apa dengan Daus, haruskan Dayang dan
keluarga mengetahui? Haruskah dia menyoal itu dan ini kepada Dayang? Zainab pun
tidak tahu sejauh mana keikhlasan Daus terhadapnya. Entah apa yang difikirkan
Daus terhadapnya dia juga tidak tahu. Apa status perhubungan mereka pun dia
tidak tahu. Yang Zainab tahu…hidupnya semakin ceria dengan adanya teman baru,
Daus yang telah menguak kembali pintu
cinta dalam hatinya.
‘Hai
Kak Nab, ingatkan along ke tu?’ Dayang mencucuk pinggang Zainab.
Opocot!
Adus…macam mana boleh terbabas ni…
‘Malas
akak nak layan kau Dayang.’ Zainab segera menuju ke bilik. Malunya…
*****
‘Amboi
Kak Nab…berseri-seri hari ni.’ Tegur Azura sebaik Zainab masuk ke pejabat.
‘Kau
ni ada-ada je Zura.’ Zainab tertawa.
‘Betul
la Kak Nab. Kamal tengok pun lain macam serinya. Macam seri nak kahwin je.’
Kamal di hujung meja menyampuk.
‘Ye
ke… tapi akak lebih nampak seri pengantin tu pada Kamal dan Azura. Cepat-cepat
la Mal…karang melepas terlopong.’ Zainab memulangkan paku buah keras kepada
Kamal. Hubungan kedua mereka sudah dapat dihidu Zainab. Sudah beberapa kali dia
melihat pasangan itu makan berdua. Mesra sekali. Zainab tumpang
bahagia.
Azura
segera memandang Kamal. Dia tersipu-sipu. Nampaknya selepas ini dia tidak boleh
berahsia lagi.
‘Apa
yang kecoh-kecoh ni? Siapa yang nak kahwin? Kau ke Nab?’ Jauhari yang baru
datang tiba-tiba bertanya.
‘Ha
la…Bukan ke kau selalu bising aku tak kahwin-kahwin?’ Zainab tergelak sambil
bergerak ke mejanya.
Jauhari
kehairanan melihat Azura dan Kamal turut tertawa.
Setengah jam di bilik, Cek Mat memanggil
Zainab ke bilik.
‘Ni
invois Jati Holdings Nab, awak tolong semak dengan order kita. Kemudian, awak
tolong siasat status kewangan syarikat ni ya.’ Cek Mat menghulurkan dua helai
kertas kepada Zainab. Dia kelihatan agak sibuk meneliti fail di hadapannya.
‘Cek
Mat ke yang approvekan statement ni?’ Zainab bertanya. Dia hanya ingin
memastikan.
Cek
Mat memandangnya sekilas. Matanya membulat.
‘Eh
Nab…lain macam je saya tengok awak hari ni.’
Aikkk…diorang
ni semua berpakat ke? Apa yang lain macamnya? Agaknya ini penangan sut baru
kot. Sebab itulah Zainab suka dengan jenama Guess…sentiasa menjadikan dirinya
lebih sempurna.
‘Apa
yang lain macamnya Cek Mat?’
‘Awak
cantik Nab, lain sungguh saya tengok.’
‘Saya
pakai baju baru ni Cek Mat…sebab tu la nampak lain.’ Zainab tergelak. Nampaknya
Cek Mat tidak dengar apa yang ditanyanya tadi.
Zainab
meninggalkan bilik Cek Mat. Dia segera meneliti dokumen yang diberi dan
menyemaknya teliti.
Lima
minit kemudian, Blackberrynya berbunyi.
‘Assalamualaikum
Nab.’
Daus
dihujung talian.
‘Waalaikumussalam.’
‘Sibuk?’
‘Tak
jugak. Sibuk biasa je. Nape Daus?’
‘Takde
la..saya cuma nak bagitahu, minggu ni saya turun ke KL. Boleh tak kalau saya
nak jumpa Nab?’
Ke
KL? Nak jumpa? Dag dig dug…dag dig dug…
‘Awak
ada urusan apa?’
‘Saya
nak settlekan kereta customer di Pejabat Kastam. Kalau dah selesai saya ingat
nak jumpa awak.’
‘Kenapa
tak selasaikan di Johor je?’
‘Kes
ni di KL Nab, tak dapat buat di Johor.’
‘Ooooo…’
‘Boleh
ye Nab? Bila saya selesai, saya call awak.’ Daus sekali lagi meminta.
Hati
Zainab berbunga-bunga. Dia juga sebenarnya ingin bertemu Daus.
‘Lagipun
saya rindu lah dekat awak Nab…rindu sangat.’
Hah?
Daus rindukan aku? Aku pun rindukan dia. Tapi Zainab hanya mengiyakan dalam
hati.
‘Mengadalah
awak ni…’
‘Betul
Nab…saya betul-betul rindukan awak. Sampai mengigau tidur saya tau.’
‘He
he he… Itu saya tak nak tanggungjawab.’
‘Boleh
ya Nab?’
‘Boleh…apa
pulak tak bolehnya.’
‘Alhamdulillah.
Ok lah Nab, saya ada klien ni. Jangan lupa tau.’
Zainab
hanya tersenyum.
‘Iya.
Assalamualaikum.’
‘Nab…’
‘Apa
lagi Daus?’
‘I
miss you…’ Suara Daus bagaikan berbisik di telinganya. Halus dan tenang
menyusup ke jiwa.
I
miss you too. Jawab Zainab, tapi hanya dihati.
Setelah
talian diputuskan, Zainab tersenyum lebar. Sepuluh minit bercakap dengan Daus
sudah cukup menceriakan dirinya. Tambahan pulak di akhir-akhir perbualan Daus
menyatakan dia merindui Zainab…terasa dunia ini dia yang punya. Bunga-bunga
cinta kian berkembang. Zainab melihat jam di tangan. Sudah lunch hour. Dia
menggapai beg tangannya dan bergerak keluar.
‘Jom…
jom. Siapa nak lunch…akak belanja harini.’
Cek
Mat yang memandang dari kejauhan hanya mampu menahan nafas di dada. Ternyata
kelainan Zainab bukanlah disebabkan baju barunya…tetapi ada sinar cinta yang
menyala di mata. Cek Mat percaya Zainab sedang dilamun cinta. Tiba-tiba ada
perasaan hampa di hatinya…
Wednesday, December 26, 2012
Orkid Merpati (Liar)
Monday, December 24, 2012
Musim Hujan Kali Ini
Sunday, December 23, 2012
Dan Bunga Pun Berkembang # 4
Cek
Mat memandang Zainab dari biliknya yang hanya dipisahkan dengan kepingan kaca.
Hari ini wanita itu mengenakan baju kurung Sutera Thai berwarna hijau pucuk
pisang, digayakan denga tudung krim berbelang hijau. Dia tidak pernah menafikan
Zainab agak bijak dalam berpakaian, sesuai dengan imejnya ketua akauntan. Wajahnya sentiasa bersih dan dibayangi
mekap nipis, tanpa menghilangkan kecantikan aslinya. Sepanjang dua tahun
bekerja bersama, Zainab tidak pernah berbeza pendapat dengannya. Segala arahan
diikut sempurna.
Peristiwa
di PD beberapa minggu lepas masih berbekas di lubuk hatinya. Ingatannya
melayang. Dia melihat bagaimana Zainab memujuk dan menenangkan Qasseh. Sifat
keibuan Zainab terserlah. Selalunya Qasseh jarang tunduk pada orang lain, agak
degil budaknya tetapi dengan Zainab, anaknya bagai hilang taring. Sifat yang
ditunjukkan Zainab mengimbau kembali kenangan dengan arwah isterinya… sejak itu
Qasseh tak pernah berhenti menyebut nama Makcib Nab. Malah pernah disuruh Cek
Mat membawa Makcik Nab pulang ke rumah. Aduhai anak, bagaimana harus aku
terangkan kepadamu?
Dan apabila tiba-tiba Zainab berpaling
memandangnya sambil tersenyum, Cek Mat membalasnya. Dia tidak mahu Zainab
berprasangka bukan-bukan. Segera dia menunjukkan tanda ‘peace’ dan Zainab
membalasnya.
Nab…
oh Zainab!
*****
‘Assalamualaikum
mak.’
‘Haaa
Nab. Waalaikumussalam.’
‘Mak,
Nab nak bagitahu ni. Nab nak ke Johor pagi esok, kakak Dayang kahwin. Hari tu
umi dia ada datang ke rumah, dia ajak Nab pergi.’
‘Kalau
mak ada di sana boleh mak ikut sama, boleh mak kenal-kenal dengan emak Dayang.’
‘Nab
pergi semalaman je mak. Nab nak balik ambil mak pun tak sempat. Maaf ye mak..’
‘Tak
apa la Nab…nanti lain kali Nab bawa mak ke sana. Sampaikan salam mak pada
keluarga Dayang ye…’
‘InsyaAllah.
Nab minta maaf ye mak. Nanti kalau Nab ada masa Nab bawa mak ke sana.’
Zainab
dikelilingi keluarga Dayang di saat kakaknya Darlina
ingin diijabkabulkan. Bertemakan warna ungu dan putih, Darlina kelihatan
sungguh cantik dan berseri-seri. Ahli keluarga yang lain turut mengenakan
pakaian senada warna. Nasib baik Zainab ada sepasang baju kurung ungu,
disesuaikan dengan tudung putih, maka jadilah dia diantara ahli keluarga
Dayang. Sungguh asing rasanya berada di majlis begini. Ini adalah kali pertama
Zainab menyertai majlis perkahwinan. Semasa perkahwinan abang Zamani dulu, dia
masih di UK.
Zainab
begitu berdebar, perasaannya tidak dapat digambarkan. Apa agaknya perasaan
Darlina kini? Adakah Darlina berdebar seperti yang dirasainya? Eh…kenapa pula
aku hendak berdebar? Yang kahwinnya Darlina, aku hanya menyaksikan sahaja.
Zainab berusaha mengawal perasaannya. Dia tak mahu berlebih lebih.
‘Akak
tahu tak?’ Dayang yang setia di sisi mengajukan soalan kepadanya.
‘Apa?’
Zainab berbisik sambil matanya melihat Darlina menerima satu persalinan barang
kemas ketika membatalkan air sembahyang.
‘Akak
cantik sangat malam ni. Macam pengantin pulak Dayang tengok.’ Ish…mengampu
betul budak Dayang ni.
‘Jangan
nak mengada ok…’ Zainab mencucuk pinggang Dayang dan mereka sama bergelak
berdua tanpa menyedari ada sepasang mata memandang sejak tadi.
Zainab
membawa diri ke dapur semasa kaum keluarga yang lain berada di ruang tamu
bersama-sama pengantin baru. Tiba-tiba tekaknya berasa haus. Saat dia ingin
meneguk air, satu suara garau menegur dari belakang.
‘Hai…’
Dek kerana terkejut, gelas yang dipegang terlepas dari tangan lalu berderai di
lantai.
Zainab
memandang gerangan empunya suara. Di dadanya penuh debar yang hebat. Dup dap
dup dap tiada henti.
Siapa
ni?
Seisi
keluarga Dayang berkumpul di dapur, barangkali terkejut mendengar bunyi
gemerincing kaca terhempas.
‘Kenapa
ni Nab? Apa yang kau dah buat ni long?’ Puan Kamsiah bergegas menuju Zainab
yang jelas terkejut. Dia mengusap bahu Zainab dan mendorongnya duduk di kerusi.
‘Haaaaaaaaaaaaa,
apa yang abang long dah buat pada Kak Nab ha… semua orang ada kat luar, abang
dengan Kak Nab ada kat dapur…’ Dayang cuba menyerkap jarang. Dia sememangnya
gadis yang suka mengusik.
‘Nab
minta maaf makcik…Nab cuma terkejut saja. Dah pecah dah gelas makcik.’
‘Janganlah
kau susahkan gelas makcik tu Nab. Yang penting kau tak apa-apa. Jom-jom kita
keluar.’ Puan Kamsiah menarik tangan Zainab.
‘Nab
nak kemaskan kaca-kaca ni dulu makcik.’
‘Tak
payah Nab. Biar Mak Non je uruskan.’
Zainab
hanya menurut. Semangatnya belum kembali…
Keeseokan
harinya, Zainab bersendirian balik ke Kuala Lumpur. Dayang akan balik beberapa
hari lagi. Dan sebelum dia bergerak, Dayang menghulurkan sekeping namecard
kepadanya.
Mohd
Daus Bin Daud
Pengarah
Urusan DD Auto, Pasir Gudang.
019-7766554
|
Ooooo…..
Zainab hanya tersenyum. Dia segera bersalaman, malah berpelukan dengan keluarga
Dayang, kecuali Encik Daud, he he he… dan Encik Daus, yang menyergahnya malam
semalam…
Sampai
jumpa lagi semuanya….
*****
Deringan
telefon berbunyi di saat Zainab selesai mengaminkan doa sembahyang Isyak.
Dia
melihat nombor yang tertera. Asing. Tiada dalam phonebooknya. Dia tidak mahu
melayan. Segera dia ke dapur membancuh susu, rutin malamnya. Sekali lagi Maher
Zain memanggilnya. Nombor yang sama… Siapa ni? Zainab cuba mengingat. Ini
nombor selatan, siapa ya… Alamak, ini nombor abang Dayang… tiba-tiba jantung
Zainab berdegup kencang. Dengan lafaz Bismillah dia menekan butang answer…
‘Assalamualaikum.’
‘Waalaikumussalam.’
‘Nab,
ni Daus ni.’
‘Ya..saya
tahu.’
‘Saya
dapat dari Dayang no telefon awak ni.’
Hummm…siapa
lagi yang dapat memberikan nombornya kecuali cek mek itu.
‘Awak
tak kisah kan Nab?’
‘Xpe
la Daus…saya no problem.’ Betul ke kata-kata ni…
‘Pukul
berapa tadi awak sampai?’
‘Dah
lewat dah. Dekat Maghrib dah.’
‘Nab,
awak selalu ke drive jauh-jauh ni?’
‘Saya
dah biasa dah. Kalau tak siapa yang nak bawak saya.’
‘Awak
kena jaga diri baik-baik tau Nab..sekarang ni kita tak boleh jangka apa yang
akan berlaku.’
‘Terima
kasih la Daus, kerana ingatkan saya.’
‘Nab,
saya nak mintak maaf dengan awak ni.’
‘Kenapa
pulak?’
‘Saya
tak sengaja sebenarnya semalam. Saya bukan sengaja nak kejutkan awak. Kebetulan
saya lalu di dapur, tengok awak ada di sana, tu saya say hai.’
‘Awak
betul-betul mengejutkan saya. Kalaulah saya ada penyakit jantung…hai selamat
dah rasanya.’
‘Jangan
la cakap macam tu Nab. Sebenarnya saya tak tahu awak siapa. Umi ada cakap kawan
Dayang ada datang, tapi dia tak mention pulak yang mana satu.’
‘Dayang
pulak tak bagitahu saya dia ada abang yang suka skodeng.’
‘Hi
hi hi…Awak jangan percaya sangat kata-kata Dayang tu Nab…karang macam-macam dia
cakap pasal saya.’
‘Dayang
tu istimewa Daus…saya sayangkan dia seperti adik saya sendiri.’
‘Betul
kata awak tu Nab, dia terlalu istimewa buat kami. Tapi umi cakap, awak pun
istimewa jugak Nab.’
‘Apa
la istimewanya saya ni Daus…’
‘Umi
kata awak pandai masak.’
‘Semua
orang pun pandai masak..’
Hai,
bijak sekali si Daus ni berbicara, serasa seperti telah kenal lama…selesa
bersembang dengannya.
‘Nab…’
‘Mmmm…’
‘Izinkan
saya mengenali awak lebih dekat ya…’
Zainab
terpana. Kata-kata Daus menusuk hati. Apakah maksudnya. Dia dilanda debar
sekali lagi.. Debar seperti saat-saat pertama kali hatinya dimiliki….