Tuesday, May 1, 2012

Bunga Jantan vs Bunga Betina



 
 
Rasa2 macam nak sambung cuti lagi je esok. Sejak pagi kejenya mengalahkan surirumah sepenuh masa. Bermula dengan menyetelkan kain2 dan toto + selimut, sambung pula dengan membasuh segala mak nenek dalam simpanan di bawah tangga. Bukan benda ape pun, macam tupperware, bekas2 plastik...habis dikencing dek tikus. Dulu 2 tingkat kain kena basuh semua. Ishhhhhh sakit hati sungguh! Kita pasang perangkap xde pulak yang terkena. Hurmmmm....



 
Eh, membebel pulak ye...Melepas perasaan ni sebenarnya. Jom kita layan saki baki perkongsian kursus. Mungkin ramai yang dah tahu sebilangan tanaman ada bunga betina dan bunga jantan. Ada juga yang mempunyai bunga betina dan bunga jantan dalam kelopak yang sama. Ini semua adalah bukti ajaibnya kuasa Allah terhadap ciptaannya.



 
Seperti juga bunga di dalam gambar ini. Ini adalah bunga labu ya. Jika dilihat, bunga jantan dan bunga betina mempunyai perbezaan yang ketara yang mana bunga betina berbentuk bulat di bahagian bawahnya, yang itulah akan membentuk buah manakala bunga jantan tiada. Bunga jantan ini sebenarnya boleh di petik untuk mendebungakan bunga betina. Sekiranya menggunakan pendebungaan semulajadi menggunakan angin, buahnya masih boleh terjadi tetapi saiznya lebih kecil.

Dua jenis bunga ini boleh dilihat dalam keluarga yang sama dengan labu iaitu tembikai dan timun. Untuk tembikai, nisbah pendebungaan adalah 1 bunga jantan : 3 bunga betina. Untuk labu cheq sue tak pasti pulak. Biasanya dalam penanaman tembikai proses ini dinamakan pendebungaan berbantu dan dibuat secara manual menggunakan tangan.



 Demikianlah sedikit maklumat yang dapat dikongsi. Wassalam...

3 comments:

  1. OOo... best laa kak sue mcm2 blh belajar.. x hbs lg nk jeles sbb akak gi kilang tomato tu..

    owh, mmg stress bila tikus dh mula menghuni rumah. harap kat sini xde la tikus2 nk menyerang. kt kg tikus mmg byk, sbb tikus dr semak2 blkg dan tepi rumah masuk rumah mlm2.

    ReplyDelete
  2. orang kata letak daun durian belanda utk halau tikus tu. tp tak pernah pulak cuba.

    pucu labu ni sedap kalau dibuat masak lemak putih. adoi! kene pulak kalau ada budu ngan ulam + ikan goreng garing2...perghhh! (itu pulak yang dikomen) heheh

    ReplyDelete
  3. hihihi comelnye ada jantan dan betina..mmm nampaknya nisbah betina lebih banyak kan..sama la macam perempuan:lelaki..huhuhu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]