Wednesday, June 12, 2013

Banda Acheh Day 3 : Pasar Atjeh - Jelingkir - Jantho - Padang Tiji

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Entry terakhir hari ke 3 di Acheh. Sesampainya dari Pulau Sabang, kami dibawa ke Muzium Tsunami dan membeli-beli di sekitar Pasar Acheh (Atjeh). Memang rambang mata dekat sini. Ada banyak baju siap seperti jubah dan juga kain pasang. Kain-kain dengan lace juga banyak dengan harga yang agak memuaskan. Saya tak tahu nak beli apa hanya dapat batik lepas je.

Kalau ada bajet lebih atau plan nak buat kenduri kahwin, elok juga kalau dapatkan kain sutera dan lace di sini. Selain dari sutera Indonesia, ada juga kain sutera Thai. Tapi saya tak beli pun, kot nak buat raya kebaboom sangat, kan?


Di sini juga boleh dapatkan barangan cenderahati terutamanya frame 'rencong' iaitu kenang-kenangan dari Acheh. Saya pun tak beli sebab dulu adik saya belajar di sini, jadi dah ada la benda tu di rumah. Saya hanya membeli 5 helai baju lelaki buat keluarga sahaja. Cenderahati seperti keychain dan FM agak tak berapa cantik di mata saya, tapi menyesal jugak sebab tak beli. Gosh!


Dari Pasar Acheh kami ke Jelingkir (Lingkir) untuk makan tengah hari. Dengar katanya ada beberapa tempat yang dah menyediakan makan tengahari buat kami. Agak terharu jugak dengan perhatian diorang ni. Cuma kami lah, dengan masa yang mencemburui masakan boleh berada di semua tempat itu.

Di Lingkir ni sebenarnya adalah rumah Bulek. Ingat tak budak yang saya ceritakan dalam n3 hari pertama. Apa hubungan keluarga mereka dengan keluarga Kak Nor saya tak berapa pasti lah pula. Kami dihidangkan dengan gulai Acheh, sayur asem, dan ikan kering. Ada jugak air melon. Sebelum tu emaknya ada menyediakan pisang rebus yang sangat sedap, hilang rindu pada masakan Malaysia. Kami makan ni kira2 macam satu keluarga je...seronok dengan keadaan rumahnya yang sejuk dan nyaman.


Rumah tipikal Indonesia. Patternnya lebih kurang sama saja. Satu yang saya perhatikan, di setiap rumah yang dikunjungi, wajib ada aqua, iaitu air mineral dalam gelas plastik dan ianya diletakkan dalam bekas yang khas. Terliur jugak nak beli bekas tu tapi tak pulak saya ternampak di mana-mana. Bila ditanya kenapa mereka gunakan air tu, katanya ini lebih praktikal. Saya agak ianya lebih murah daripada menyediakan air masak seperti di tempat kita.


Di dalam setiap rumah juga harus ada corong angin, yang mana ianya berfungsi untuk menyejukkan. Tikar mengkuang di ruang makan tu saya ingatkan alas pinggan, rupa2nya itu adalah alas duduk sebagai salah satu penghormatan kepada tetamu. Owhhh...


Selesai makan tengah hari dan sembahyang Zohor kami meneruskan perjalanan ke Jantho untuk meneruskan pencarian salasilah keluarga Kak Nor. Sebelum tu kami sambung shopping lagi di Pasar Acheh kerana ada kawan yang mahu mendapatkan beberapa barangan. Alkisahnya pencarian salasilah keluarga Kak Nor ni disebabkan oleh permintaan ibunya (Nyai) yang belum pernah mengenali mana2 saudara sebelah suami semenjak mereka berkahwin sehingga kini. Alkisahnya jugak, arwah ayahnya dulu membawa diri dari Acheh ke Tanah Melayu (mendarat di Pantai Remis). Kira2 mereka ni banyak la saudara di Indonesia memandangkan Nyai sendiri pun berasal dari Jawa. Mmmmm...tak boleh nak cerita banyak, tak faham, takut salah maklumat pulak.


Untuk ke Jantho, kami melalui jalan Acheh - Medan. Dah lupa bertolak pukul berapa tetapi perjalanan mengambil masa dalam 2 jam jugak sebelum sampai ke destinasi. Dalam perjalanan, memang tenang je walaupun dihimpit kesesakan. Kiri kanan jalan dipenuhi dengan sawah padi yang terbentang dan gunung ganang yang menyejukkan pandangan.  Daerah Jantho ni merupakan Kabupaten Acheh Besar (ibu negeri la kot kan...) yang mana kawasannya agak dingin dan sejuk, mungkin berada di kawasan pergunungan. Di dalam perjalanan tu jugak boleh nampak Gunung Selawah iaitu salah satu gunung berapi yang terdapat di Acheh.

Saya sempat la jugak bersembang dengan tuan rumah, katanya memang enak tinggal di Jantho walaupun agak jauh. Semasa tsunami, beliau kehilangan seorang anak, dan agak trauma untuk ke Banda Acheh. Mesra sungguh, bercakap tak henti bagaikan dah lama kenal.


Dari Jantho, kami meneruskan perjalanan ke Grong Grong dan singgah ke Padang Tiji. Masa ni saya agak dah pukul 9-10 malam, jadi pandangan mata agak terhad dengan keletihan yang melanda. Di dalam kereta pun masing2 menyepi. Saya pun dah tak tahu nak gambarkan tempat ni di mana dan macam mana. Dah pening-pening lalat katanya ^^

Sesampainya di Padang Tiji, kami dibawa ke sebuah rumah yang saya tak pasti kepunyaan siapa. Tetapi di situ ada seorang nenek yang mana beliau mengingati sejarah keluarga Kak Nor serta menyimpan kertas salasilah keluarga. Yang ni pun saya tak pasti nak cerita tapi boleh la tengok dalam gambar tu. Kertasnya sudah rosak kerana tsunami dan banyak maklumat yang tak boleh dibaca. Di dalamnya terkandung maklumat adik beradik, anak cucu, yang meninggal dan yang masih hidup gitulah.

Selesai di Padang Tiji, kami bergerak balik ke Lamdingin meredah kepekatan malam. Terima kasih kepada Mak Long yang meneman pak supir. Sampai dalam pukul 3 pagi, terus je bersiap mengemas barang untuk balik ke Malaysia.

Perghhh... senak mata sekejap tulis n3 ni!

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

1 comment:

  1. Kakak teringin nak ke Acheh berbanding bandar lain di Indonesia. Terutama tempat yg dilanda Tsunami dulu. Nampak dah membangun balik dah kan..

    Sayang tak beli key-chain dan FM kalau tak boleh simpan jadi koleksi tak cantik tak apalah sekadar kenangan..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]