Wednesday, October 2, 2013

Kuih Lapis Koko

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah agak lama juga saya tak membuat kuih lapis. Bukan tak suka tetapi kebanyakan resepi adalah untuk sukatan yang banyak dan memikirkan agak sukar saya nak menghabiskannya, saya kiv dulu. Namun baru-baru ini saya ada beli santan serbuk dan memang dah berniat nak cuba buat kuih lapis dengannya. Selalu saya guna santan kotak sahaja.

Dah semangat nak buat kuih lapis ni, tetiba pulak tepung beras tak ada dalam simpanan. Ehhhh boleh tahan stress jugak saya time tu. Godek punya godek terjumpalah resepi yang menggunakan tepung gandum. Walaupun perlu masukkan juga sedikit tepung beras, tapi saya skip dengan menambahkan lebih sedikit tepung jagung. Nak buat punya pasal kan....


Daripada apa yang saya buat, saya rasa santan kotak lebih lemak dari santan serbuk. Untuk setengah adunan yang saya buat ni, saya guna 2 peket dan rasanya tak lemak sangat. Tengok daripada kejadian kuihnya pun dah tahu. Baunya tak ada, tak seperti sesetengah santan kotak yang agak tengik.

Untuk warnanya pula saya gandingkan coklat dengan warna hijau kerana tak ada warna kuning. T_T


Potongan yang agak kurang kemas. Mungkin kerana tak ada tepung beras menyebabkan kuih lapis saya ni agak lembik. Nak makan selapis-selapis tu memang sudah sikitlah sebab ianya melekat. Walaupun begitu rasanya sedap dan pada saya manisnya sedang-sedang. Mungkin next time kena cuba dengan tepung beras pulak. Lepas kejadian ni saya terus beli tepung beras dalam paket besar tu. Huhhh...geram sangat!


Saya suka dengan gambar ni. Tetiba ada tangan si kecil di belakang tu. Tak lain tak bukan tangan Muhammad Ali yang sedang menyibuk semasa saya dok mengambil gambar. Buat Kak Yatie, terima kasih atas perkongsian resepi dan saya salinkan semula di sini.

KUIH LAPIS KOKO
Resepi : Kak Yatie

Bahan-bahan.
1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb rata tpng beras
2 sb rata tpng jagung
1 sk garam
1 cwn gula pasir
5 cwn santan
3 sb rata serbuk koko
4 sb air suam utk bancuh koko.
pewarna kuning.

Cara-cara.
Satukan kesemua tepung didlm mangkuk.Masukkan garam dan gula pasir.
Masukkan pula santan dan gaul sebati.(saya masuk dlm blender kesemuanya)
Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna kuning dan satu lagi letak bancuhan koko.
Panaskan kukus dan balut penutupnya dngn kain.
Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi.Masukkan adunan koko 1 senduk dan kukus selama 5 minit.
Setelah itu lapis pula adunan kuning selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
Lapisan akhir sekali kukus selama 15 minit.
Bila dah siap, sejukkan selama 1 jam dan boleh di potong.



4 comments:

  1. Ok lah tu ... janji boleh makan cheq sue :)

    ReplyDelete
  2. Aslmkum Cheq Su

    janji sedapkan Su.
    kalau santan debu mamasya biasa guna brand S&P sbb pekat dr santan debu yg lain dan tak berketul.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]