Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
 
 
 
Lagi
 n3 JJCM. Biasanya kalau saya makan di luar dan nak kongsikan tempat tu 
di bawah label JJCM, saya selalunya ambil gambar guna fon aje. Serik dah
 angkut kamera besar tu bila ada orang soal macam-macam. 

Kali
 ni saya nak kongsikan satu kedai makan di Gua Musang yang saya singgah 
baru-baru ini. Selalu jugak lalu tempat ni tapi tak dan nak singgah, 
sokmo makan di nasi ayam ataupun di nasi kukus yang satu lagi. Kalau ada
 kesempatan saya akan kongsikan kemudian. Kedai makan ni agak besar 
jugak, jelas nampak di tepi jalan keluar dari bandar lama Gua Musang dek
 kerana warnanya yang terang lagi memikat tak lain tak bukan warna TRW 
kebanggaan rakyat kelantan.

Seperti
 namanya, kedai makan ni berkepakaran dalam menyediakan nasi kukus. Tapi
 kebetulan masa saya makan tu masih awal lagi. Nasi kukus sedang dalam 
proses, masih dalam kukusan setinggi saya. *_* Nampak sangatlah 
bahawasanya saya ni kemetot...
Lauknya
 ada banyak jugak. Selain gadingan gulai dan kuah-kuah untuk nasi kukus,
 ada juga lauk sampingan yang di makan dengan nasi biasa. Yang saya 
suka, di sini juga ada gulai serati. Mesti cuba! Seingat saya di sini 
ada ayam percik, gulai ayam, gulai daging, dan bemacam lagilah.

Antara
 yang di makan. Nasi + daging masak hitam, nasi + gulai serati, nasi + 
ayam percik dan nasi + ayam berempah + kuah kari. Harganya pula saya 
lupa nak catat, maklumlah hari tu ada orang belanja.
Kalau
 ada yang nak singgah, bolehlah masuk ke bandar lama Gua Musang sehingga
 bertemu hotel dan bergerak ke hadapan sedikit bersebelahan dengan 
pondok polis, di situlah letaknya kedai makan ni.
Jangan lupa singgah!
salam che sue...salam kenalan..seronok nyer tgk jjcm..pasar mlm lagi ...rindu sgt kat pasar mlm mcm ni
ReplyDeletesaya belum pernah sampai ke gua musang lagi, tak dapat nak bayangkan di mana kedudukan kedai ni
ReplyDelete