Wednesday, November 20, 2013

The Best, Easy & Moist RVC Cupcakes

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

RVC adalah antara kek yang saya suka. Beberapa kali juga saya membuatnya untuk makan-makan. Gandingan kek berwarna merah baldu dengan frosting cheese tentunya sangatlah serasi bak P.Ramlee dan Saloma. Baru-baru ni Mas ada menayangkan RVC diblognya. Dengan warna merah menyala bagaikan memanggil-manggil nama saya supaya mencubanya. Beberapa kali juga  saya membuka laman web berkenaan untuk melihat resepinya dan menjamu mata. Resepi sebenarnya adalah dikongsikan oleh Kak Azie.


Saya pernah melihat bermacam cara penyediaan RVC. Kalau sebelum ni saya menggunakan resepi dari All Recipe atau Kak Hana, tapi resepi yang dikongsikan Kak Azie ni sangatlah mudah dan memuaskan. Sesuai dengan namanya the best, easy and moist RVC, memang itulah hasil yang diperolehi.

Siapa sangka, walaupun hanya menggunakan hand wisk, hasilnya sangat gebu dan lembut. Tak terasa cup cake yang terhasil. Ianya sangat diringan bila dipegang dan bila dimakan terasa seperti sedang mengunyah kek span. Kali ni saya mencuba setengah adunan dan membuat cup cakes (dapat dalam 16 biji). Lain kali saya nak cuba buat versi kek pulak, tengok macam mana hasilnya.

To Kak Azie, terima kasih atas perkongsian resepi ni. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.


Tengok sahajalah gambar dibawah ni setelah di'ngap' oleh tuannya. Hi hi hi... Memang sedap, cuma saya ada terkesan ada manis sedikit, barangkali dari frosting yang saya buat (tidak mengikut resepi). Next time boleh kurangkan gula sedikit. Walaupun di dalam ni ada dimasukkan air kopi, tetapi rasanya langsung tak ada. Oleh sebab tak ada kopi / nescaffe di rumah, saya menggantikan dengan serbuk Ipoh White Coffee.


THE BEST, EASY AND MOIST RED VELVET CAKE
Oleh  :  Azie Kitchen

Bahan bahan :
2 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
1 sk baking powder
1 sk garam
2 sb unsweetened cocoa powder
2 cawan gula kaster
1 cawan vegetable oil
2 biji telur
1 cawan buttermilk
2 sk vanilla extract
1-2 oz. red food coloring (guna 2 sb)
1 sk white distilled vinegar
½ cawan plain hot coffee (jangan skip)

Cara-cara
Panaskan oven pada 170C.
Di dalam mangkuk satukan tepung, baking soda, baking powder, cocoa powder dan garam. Ketepikan. 
Di dalam mixing bowl, gaul sebati gula dan minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Putar sehingga sebati ( Mas guna tangan tuk kacau dan guna pemukul telur jer ) . Tuangkan coffee dan white vinegar.
Akhir sekali, masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati setiap kali memasukkannya.
Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam 2 loyang. Tuangkan adunan sama banyak. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa menyejuk.
Untuk Cupcake, tuang adunan dalam jag baru tuang kedalam cup, lebih senang kan.
Bakar 20 minit atau hingga masak sahaja untuk elakkan kek menjadi kering.
Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.

Nota :
Untuk cupcake, bakar selama 18-20 minit.

CREAM CHEESE FROSTING

Bahan bahan:
2 (8 oz) packs cream cheese - lembut
¼ cawan susu atau lebih
1 stick butter - lembut (1/2 cawan atau 4 oz)
2 sk vanilla extract
4 cawan powdered sugar

Cara cara:
Satukan cream cheese, susu, butter dan vanilla extract. Putar sehingga sebati.
Masukkan separuh dari gula, kacau sebelum  dimasukkan baki gula.
Kacau sehingga smooth dan fluffy.
 

2 comments:

  1. rv pernah buat sekali saja. tak tau apa yg sedapnya rv ni. sbb rasa mcm butter cake saja. mungkin belum kena lagi yg sedap.

    ReplyDelete
  2. Elok merah menyala RVC ini... Sedapnya cheq sue ;)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]