Friday, December 5, 2014

Border Lace, Dulu Pada Baju Kini Pada Tudung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau sebelum ni saya ada tunjukkan contoh2 manik yang boleh dijahit pada tudung, kali ni saya nak kongsi pulak tudung yang dijahit dengan lebihan border lace. Kalau kita nak jahit dengan border lace jenis patch tu pun boleh jugak.

Masa musim2 border lace dulu, saya ada la beli dekat 4 meter jugak untuk diletakkan pada baju (lengan dan bawah baju). Bila ada yang tak habis sayang nak buang sebab kosnya saja dah dekat RM100. Jadi simpan punya simpan, saya cuba jahit dekat tudung (bahagian atas kepala) setelah melihat rakan sekolah menggayakannya. Sila ingat ya yang hasilnya tak la secomey tudung lace yang dijual dipasaran, tapi setakat nak pakai sendiri tu lepas laaaa... *_*



Ini border lace yang pertama saya beli. Lebih tak banyak sebab saya guna pada baju tu agak banyak, lengan (2 pcs) dan labuh baju (keliling). Jadi yang ada lebih sesikit tu saya buang bahagian 'kerang' di atasnya dan jahit pada tudung. Jahit tangan je pandai2 sendiri yang penting lace tu tak tercabut. Ada pulak berlian a.k.a diamond lebih2 saya letakkan juga. Bila pakai orang tak tahu pun yang sebenarnya ini hanya lebih2 jahit kat baju.


Ini pulak kejadiannya pada baju (baju raya 2013). [entry]


Tudung pink dan lace biru. Cantik kan? Di atasnya saya tempekkan dengan diamond lite pink... Kalau tengok betuk2 lace tu terjahit tinggi sebelah. He he he... Bahagian hujung lace tu, yang bentuk daun tu saya potong dan tampal...


Tudung cyan dan lace kuning. Yang ni saya tak buang bahagian kerangnya dan dijahit satu paras dengan bahagian tudung. Kalau dua yang di atas tu di belakang sikit. Yang ni pun tak guna banyak...

3 tudung yang saya jahit dengan border lace ni berukuran agak pendek, maksudnya bila pakai tak adalah nak lilit sampai ke sebelah yang satu lagi, sekadar pinkan pada bahu bertentangan sahaja. Kalau lilit sampai atas kepala tu mungkin tertutup pulak lace tu. Faham tak...


Ini gambaran border lace yang dipasang pada jubah DIY. Cantik pada baju, cantik juga pada tudung. Jadi korang, kalau ada belen2 border lace tu jangan lak dibuang, cuba tempekkan pada tudung, kalau idok pun cuba potong bunganya satu2 dan tampal pada keliling tudung. Kompom lawa!!!

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. waaaaaah3... kagum2 banyak koleksi manik n lace cikgu...
    rajin betul tau... i is jeles hehehehe

    ReplyDelete
  2. zaman sekarang orangnya dah kreatif2 kan cheq sue..asal kreatif semua boleh jadi nampak cantik :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]