Tuesday, May 3, 2011

Owhhhh....

Aiseymannnn...kol nam dah ye...aku kat sekolah lagi, kira OT dah ni. Ujan lebat kemain, bila nak berenti ni? payung lak xdo...+ keje yang nak kene siap ni....adoyai penat sioottt... bila time nak exam baru rasa stress nak hasilkan jadual exam (aje????). walaupun sudah dibekalkan master copy, tetapi masih kena suitkan dengan keperluan masa di sekolah. hu hu hu...kali ni memang xnak sebarang kesilapan (insyaAllah....) sebab kali pertama dulu dah cukuplah kepala pening ni...

sebenarnya banyak yang nak kene settlekan ni... pendaftaran MPV pun dah bukak, nak kene isik (due date 31 Mei ni). pendaftaran pandu puteri pun tak selesai lagi (aduhhhhh menci!!!). dapat poskad pertukaran pinjaman PTPTN kepada pembiayaan Ujrah, kene selesaikan cepat2 jugak. memo peperiksaan tak naik lagi.. hummmmm sape kate jadik cikgu tu senang? meh tukar dengan aku kejap...ho ho ho...

oh hujan cepatlah berhenti.........

Tanaman

Arini pagi2 lagi ada kelas dengan tingkatan 4. buat la kerja2 penjagaan kat kebun yang sekangkang kera tu... tgk2 tembikai dah pun berbuah sebesar mangkuk...dalam 3 4 bijik jugak ada nye... harap2 dapat la bertahan sampai ke penghujung, dapat makan2...kalau tahun lepas bebudak kecik kat bawah tu main amik je...siap baling dalam longkang lagi hasil yang kami dapat...memang kuciwa kemain...frust...nak cakap lebih2 anak orang semuanya. sabooooo je lah... jom kita layan gambo...


Ni bunga jantan tau...xde nak jadik buahnye...tukang kawen je...satu ni boleh kawen 3 bunga betina. Bunga betina x snap pulak gambarnya. tapi kalau korang nak kenal yang ada bentuk bulat kat bawah kelopak tu la betina, yang akan membentuk buah


Amacam? Cun tak?

Tahun ni hasil tembikai rasanya x berapa nak memuaskan, x banyak pun buah sebab kat CH ni selalu ke hujan, kurang panas....

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................

Monday, May 2, 2011

Lempeng Nyor Muda

Aduish...dah duduk diam2 ni lapar la pulak... tadi ada sebijik nyor kulit hidup (angkut dari kg)...terfikir nak buat lempeng lah, boleh bekal esok sekali. Lempeng ni sesape pun tau buat, main campoq je sume, kacau2 sket, rasa garam dan gula boleh la bakar. cuma yang sepeselnya lempeng ni sebab aku bakar guna daun pisang...semerbak aroma dia beb... 
lempeng ni glemer le sgt kalau kat kampung... ayahanda dan bonda memang gemar sgt...al maklumlah papar pun dah jarang...kalau gigit yang keras2 tu patah la pulak... amponn ye mek, cek...

Jom kita tgk bahan2 utk buat lempeng nyor muda nih :

Kelapa - setengah bijik
Gandum - 1 cwn lebih2 sket
Gula - 2 sb 
Garam
 Air dan daun pisang secukupnya 

Cara - cara :
  1. Gaul kelapa, gandum, garam & gula
  2. Masukkan air secukupnya
  3. Letak atas daun pisang dan tutup
  4. Bakar sehingga masak dan sedikit garing

Haaaaaa.....pada sape yang rajin macam aku ni sila2 la mencuba...mana tau terpikat pulak dengan rasanya yang lemak2 gitew...


ataupun kalau sesape yang terrrrrrrrrrrrrrrrrlebih rajin tu buleh aje digoreng... sat aje siap