Thursday, May 8, 2014

Daging Masak Kicap

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila beli ikan, hari-hari kena makan ikan.
Begitu jugak bila beli ayam, hari-hari kena masak ayam.
Ni saya beli daging, memang jenuh nak masak dan makan hari-hari.

Letih jugak nak fikir nak masak apa. ^_^

Tahu sajalah bila masak untuk seorang, kadang2 kita dah bajet sikit je sekali masak, bila dah siap mak aiii banyak le pulok. Daripada nak makan sekali habis, kena makan sampai dua kali. Saboooo ajelah! Biasa kalau saya masak sikit ni, main campak2 aje. Kalau kata kena tumis, saya renehkan. Sesuaikan dengan masa dan apa yang kita ada.

Seperti juga daging masak kicap ni, mungkin cara saya tak sama dengan cara orang lain. Saya main lebur je semuanya dalam minyak..pastu baru masukkan daging dan masak hingga empuk. Asal boleh makan, tak keras tak liat, jalan....

Di bawah ni saya kongsikan cara membuatnya...


DAGING MASAK KICAP
Resepi : Cheq Sue

Daging lembu - hiris nipis

Bawang besar - mayang
Halia - mayang
Cili merah - mayang
Daun bawang - potong memanjang

Ubi kentang - potong dadu
Kicap, sos tiram
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
Sedikit bancuhan air tepung jagung
Garam, gula

Cara membuatnya
- panaskan minyak
- tumiskan bawang besar, halia, cili merah,dan daun bawang
- setelah agak garing masukkan ubi kentang dan daging
- campurkan sedikit air untuk kuah dan untuk empukkan daging
- bila daging empuk dan air sudah berkurangan masukkan sos tiram dan kicap
- perasakan dengan garam dan gula
- pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung
* jika nak kuah lebih, sila lebihkan air

Wednesday, May 7, 2014

Singgah E-rup Sup, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama tak ada n3 JJCM. Bukan kata tak keluar makan di mana-mana, tapi bila pergi ke tempat yang itu ajeeee... ralat pulak nak kongsi dalam blog. Kat CH ni tahu2 ajelah bukannya banyak kedai makan Melayu, tambah2 di tempat saya ni, kalau di Brinchang atau Tanah Rata banyak la sikit.

Cuma balik kampung baru-baru ni sempat singgah di E-rup Sup cawangan Pasir Puteh yang terletak di Cabang 3 Wakaf Lichong kerana menghantar adik ipar Mok Ja yang nak balik ke Jertih. Sebelum ni saya dah pernah kongsi pasal kedai makan ni di Machang.


Signboard kedai. Nampak jelas dari tepi jalan besar (Pasir Puteh - Jertih). Masa saya sampai ni orang tengah ramai, masing2 pekena sup.

Seperti namanya yang tertera, kepakaran kedai ni adalah masakan berasaskan sup, sudah tentulah ada sup tulang dan sup gearbox. Saya nampak ada yang pesan sup gearbox, memang besar saiznya dok gedebuk dalam mangkuk. Dulu dah pernah singgah makan di sini dengan keluarga, supnya sedap, bercitarasa Kelantan.


Selain sup, ada juga ikan bakar. Memula tu saya ingatkan roti canai. Hancus harapan nak pekena roti telur.


Mee kari. Rasanya sedap jugak, tak terlalu pedas dan tak terlalu pekat. Lauk pun banyak. Memang puas hati makan.


Saya memula minum aje, tapi bila nampak tanda meggi ketam terus rasa nak cuba. Jadi pesan semangkuk dan kongsi dengan Mok Ja. Ini kali pertama makan meggi ketam walaupun dah lama menyebut nak pekena di  Tok Bali.

Ketamnya tak la besar sangat, dalam 3 jari je tapi Alhamdulillah agak banyak isi. Ketam tu pulak masih segar cuma faham2 sajalah bila makan ketam, kena la ala-ala sopan sikit. Rasanya boleh la tahan, cuma kuahnya tu agak terlebih serai...tak berapa syok nak hirup.


Megginya banyak. Cukup untuk dua orang makan. Dah korek2 isi ketam agak cukup jugaklah seketul seorang. Kalau ada masa nanti pi pekena meggi ketam Cikgu Sulizi pulak.

Bila bayar, agak terkejut jugak semuaya RM 25 ++ (milo ais, teh O ais, sirap, nescafe ais, mee kari dan meggi ketam). Bila fikir2 balik betullah, menggi ketam kan boleh tahan harganya semangkuk.

Jadi sesape yang dalam perjalanan ke Terengganu tu, jangan lupa singgah sini, boleh rasa sup Kelantan...

Tuesday, May 6, 2014

Bekal Sekolah Bulan Mac

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila tengok pasal bekal bulan Mac ni, rasa nak gelak sendiri. Nampaknya pada bulan ni saya langsung tak berbekal ke sekolah. Mmmmm... rupa-rupanya saya banyak menghadiri mesyuarat di samping cuti sekolah yang menyebabkan saya hanya dapat berada di sekolah beberapa hari sahaja. Tengoklah, hanya 4 hari dalam bulan Mac, jadi saya memutuskan untuk makan di kantin saja.

3-6 : Mesyuarat
7 : Kantin
10-13 : Mesyuarat
14 : Kantin
17-21 : Kantin
24-28 : Cuti sekolah
31 : Puasa 

Apapun, sambung kembali semangat untuk berbekal pada bulan April. Harap2 jangan jadi macam bulan Mac ni, asyik malas je manjang... Heeee