Wednesday, April 15, 2015

Talam Keladi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

N3 backated. 

Alkisahnya cerita talam keladi ni memang saya akan ingat sampai bila-bila. Kekanda serumah saya ada beli setongkol keladi, dekat RM8 jugak regenya. Dok tergolek terlentang di dapur sampai dekat2 nak cuti raya cina masih tak buat2. Kalau dah masuk angin kompom tak sedap kan... Jadi saya bawak balik Kelantan, konon2 nak buat dekat rumah. Tapi tak terbuat jugak dek kesibukan nak buat majlis kesyukuran dengan anak2 berudu yang balik. Jadi bawak semula ke CH...


Sampai di CH melepak dulu keladi ni dekat dapur. Fikir2 tak boleh jadik ni. Tukang beli dah tak mahu buat jadi saya ni rasa sayang pulak nak biar macm tu aje. Jadi saya pun merajinkan diri untuk buat kuih talam sebab itu adalah kuih yang saya suka. Cuma kena maklumlah nak buat talam ni pakai santan banyak... tak apalah, kebetulan ada stok kelapa segar, pastu topap dengan santan kotak maka akhirnya terjadilah kuih talam ni.


Friday, April 10, 2015

Lempeng Kelapa Mesin Hancur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Agaknya ada yang tertanya2 tak kenapa resepi ni saya namakan lempeng kelapa mesin hancur? Sebenarnya saya ada bawak kelapa kulit hijau dari kampung, yang mana ia sangat sesuai la nak buat lempeng ke... jemput2 ke. Tapi yang geramnya bila dah sampai CH, nak mesin kelapa tu, mesinnya pulak tak mahu bergerak. Aiseymannnn... dulu dah repai, tapi agaknya sebab lama tak guna dah merajuk lak dia.

Jadi taknak membazirkan kepala tu, saya pun ketuklah nak asingkan isi dengan tempurung, dan kemudian saya racik kecil2 pastu saya blend dengan air. Hasil yang saya blend tu saya campur dengan tepung dan bahan2 lain, kendian bakar atas non stick dan jadiklah lempeng kelapa mesin hancur. He he he... pandai tak saya???




Thursday, April 9, 2015

Belut Tumis Halia





Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Ini resepi belut yang kedua. Belen dari belut paprik. Maklumlah beli sekilo, memang banyak dapatnya. Tukang yang makan pulak memang kurang. Belut yang saya bawak tu dah siap digoreng, kira ni macam perangat semula dan tambah bahan2 lain untuk upkan rasanya.


Saya masak ni ala2 simple je. Sebab tak nak yang berkuah, kalau boleh biarlah kering2 sikit baru sedap nak makan. Guna bahan lebih pada campak-campak, mungkin setiap orang ada cara yang lain.