Thursday, June 20, 2013

Kacang Panjang Renek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Malam... baru nak keluar n3. Sibuk sikit lately sebab menyiapkan tugasan sempena kejohanan sukan tahunan yang akan berlangsung hujung minggu ini. Ada banyak yang perlu dibereskan.

Pernah tengok tak kacang panjang renek ni? Saya sendiri baru pertama kali menanam kacang ini di sekolah. Walaupun ada satu silibus di tingkatan 4 berkaitan kacang panjang renek, tetapi saya belum pernah menanamnya  kerana tidak pernah bertemu kedai yang menjual benih. Tetapi kebetulan saya ke Pasir Puteh, terjumpa ada benih yang dijual di kedai plastik berdekatan Masjid Ibrahimi. Manakala di Gua Musang pula ada dijual di kedai plastik berhadapan Balai Polis (satu deret dengan AVON).


Bezanya kacang panjang renek dengan kacang panjang panjang biasa adalah pokoknya yang renek (setinggi lutut)  jangka hayatnya yang pendek, panjang lengai kacangnya yang pendek dan pengeluaran buah di bahagian atas kanopi pokok. Sesuai sangat jika ditanam di dalam pasu atau sebagai tanaman hiasan.


Ini adalah yang ditanam oleh pelajar tingkatan 4, yang pelajar saya tanam pokoknya masih kecil lagi, belum ada buah. Saya curi2 ambil la ni... ^^ Dalam satu lubang yang kawan saya tanam tu, diletakkan dua pokok (dua benih), sebab itu nampak pokoknya agak rimbun dan banyak daun. Dari segi penjagaan, sama seperti kacang panjang biasa kecuali meletakkan sokongan / kayu pancang tidak perlu dilakukan.


InsyaAllah kalau dapat rasa buah ni, saya akan update  apa pulak rasanya.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Wednesday, June 19, 2013

Resepi Tempe Goreng Berempah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya merupakan seorang penggemar tempe. Apa salahnya mek Kelate makan tempe, sama je jugak dengan budu yang dah sampai ke international. Kalau dulu tak berapa jugak, tetapi setahun di JB, dan setahun di Batu Pahat, pastu geng pulak dengan kengkawan yang hantu tempe, apa lagi, naik tocang la saya. Saya memang suka kalau tempe digoreng garing, ratah gitu pun sedap. Pernah juga semasa di Yong Peng, kawan menggoreng tempe secara celup tepung dan dicicah dengan sambal kicap. Perghhhh... pelik tapi sedap!

Tetapi apa yang istimewa dengan tempe ni? Of course lah sebab ianya didatangkan dari daerah Jantho, Banda Acheh, yang mana ini juga merupakan hasil yang dibawa balik dari sana. Macam produk IKS la yang diusahakan oleh golongan wanita. Ianya dibuat dalam plastik memanjang. Tempe di sana tak ada bau macam tempe kita, saya simpan dekat seminggu dalam peti ais masih elok dan ok lagi.

Fikir2, teringat pulak member selalu masam macam ni, jadi saya pun cuba la buat. Mungkin jugak agak sama atau lebih kurang dengan yang korang pernah buat. Kalau nak cuba silalah...


TEMPE GORENG BEREMPAH
Resepi : Cheq Sue

Bahan - bahan :
1 bungkus tempe - hiris nipis
Ketumbar, bawang putih, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam - tumbuk kasar

Cara membuatnya :
Gaulkan tempe dengan bahan yang telah ditumbuk kasar. Perap seketika
Goreng sehingga garing

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Tuesday, June 18, 2013

Strawberry Ice Blended & Vanilla Blue Ice

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Nak kongsikan antara hasil ole-ole yang saya bawa balik dari Acheh. Minuman daripada peket POP ICE. Semasa ke Kapal Apung, saya lihat ada satu gerai yang jual air ni. Serius, dengan paket2 yang bergantung pelbagai warna, saya ingatkan sabun Thai. Nak pergi tengok dekat macam tak berapa berani.
 

Masa nak balik tu sempat la saya beli lima peket. Patutnya cari jugak perasa yang lain, tapi di kedai runcit yang saya singgah tu ada 2 jenis je iaitu strawberry dan vanilla (blue). Satu peket harganya Rp10,00. Yang strawberry tu saya buatkan blended manakala yang vanila blue tu saya jadikan minuman sejuk. Kalau nak diminum panas pun boleh. Rasa air ni macam air blended kita jugak la sebab di dalamnya ada susu. Kesemua langkah menyediakan minuman ni dinyatakan dibelakang peket tersebut. Saya nak zoomkan gambar, tapi entah di mana pulak peketnya.


Pelanggan tetap la ni. Balik masa cuti sekolah baru2 ni.


Inilah ropenye pop ice yang ada. Bermacam2 perisa jugak. Saya teringin betul nak rasa yang masam2 sikit macam lime ke. Ishhhhh...entah bila la lagi nak cuba benda ni.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Monday, June 17, 2013

Kuih Ketayap a.k.a Coconut Crepe

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari pertama saya nak masuk kelas setelah hampir sebulan tak jumpa anak-anak pelajar. Bermula dengan peperiksaan pertengahan tahun, cuti sekolah dan mesyuarat di Klang, rasa kekok pulak nak mengajar. Ewahhh, boleh pulak macam ni ya. Apapun saya tinggalkan CTS dengan n3 autpublish ni.

Cop nak ingat, entah bila saya buat ketayap ni. Aiseymannn, sampai dah lupa dalam kurun mana tah. N3 tertunggak la katakan. Seingat saya, ada bawak 2 biji kelapa muda (kulit hidup) dari kampung, jadi nak habiskan saya pun buat la kuih ketayap ni. Ala-ala crepe la katakan.


Saya sebenarnya jarang2 buat kuih tradisional ni. Bukan apa, kadang2 buat tapi tak makan. Cuma ada masa2 je rasa sangat nak makan kuih tu kuih ni. Sama jugak bila masak ketayap ni, dapat banyak jugak la walaupun saiz XL (saya guna pan agak besar). Banyak jugak la yang saya makan ^^


Gabungan kelapa dengan kulit ketayap tu memang ngam sangat. Tambah dengan wangi2 daun pandan dan santan. Intinya tu saya tak masukkan durian, buat yang biasa je. InsyaAllah lain kali nak buat lagi kalau kata ada kelapa muda. Kawan2 yang lain silalah cuba. Saya copy semula resepinya. TQ Kak Yatie.




KUIH KETAYAP
Resepi : Kak Yatie

Bahan-bahan.
2 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 sk pewarna hijau/ kuning
2 cwn air
3/4 cwn susu segar/santan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
minyak utk oles pada kuali/non stick pan

Utk Inti
1 biji kelapa parut putih je
1/2 cwn gula merah/gula melaka (manis ikut suka)
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar lempuk durian
2 helai daun pandan di simpul
sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

Cara-cara
Untuk inti; Masak air gula & daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) Masukkan kelapa parut.. gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

Untuk kulit; Gaul tepung,susu/santan,air,telur dan garam. Letak 1 sb minyak masak dan gaul sebati menggunakan whisk atau senang di blend terus.
Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~