Saturday, May 21, 2011

Tepung bungkus @ Puteri Dua Sebilik

Alhamdulillah...tercapai sudah hajat di hati hamba untuk mencuba kueh tradisi klasik ini... Ewahhhh...kemain lagi tuh... Sebenarnya dari sehari ke sehari dok asyik pending je nak buat tepung bungkus ni. Memang dah lama sangat dok peram resepi, sampai dah lupa dari mana sumbernya. Sari dua lepas CS jalan2 kat rumah Kak Ita, ternampak Kak Ita buat tapi x gunakan daun pisang. Cunnn weiii... Makin berkobar2 semangat CS nak buat. Dulu, ada seorang kawan request nak makan, malam ni bulehla CS seperaiskan dia... he he he
 Balik dari Ipoh tadi, sempat amik daun pisang dalam hujan.. Heeeeee kat sini alhamdulillah mudah nak dapat sebab kat sekolah ada tanam... Jom2 kita tgk resepi...



TEPUNG BUNGKUS 
Sumber : Buku Resepi Lama Cheq Sue

Bahan-bahan :
2 cwn tepung beras
4 cawan santan
Sedikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti :
1/2 biji kelapa parut
1 ketul gula melaka
2 sb air
Daun pandan
* 4 sb tepung pulut (bancuh dengan 1 sb air) - untuk balut inti

Cara-cara :
  1. Masakkan bahan2 inti hingga kering. Bulat-bulatkan dan ketepikan
  2. Leperkan sedikit tepung pulut yang telah dibancuh dan masukkan inti kelapa. Bulatkan dan ketepikan
  3. Bancuh tepung beras bersama santan dan garam, kacau separuh masak
  4. Layur daun pisang, potong dan bersihkan
  5. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung, letak atas daun pisang. Letakkan dua biji inti dan tutup dengan dua sudu besar tepung.
  6. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung. Kukus 20 minit
  7. Bila sejuk bolehlah dihidang.

3 comments:

  1. wahhh...sedapnya kuih ni.ni antara kuih tradisional yg zla suka sgt2..nak try gakla pasni, sbb kat KL mana ader yg jual kan..huhuh

    ReplyDelete
  2. Memang berbaloi buat sendiri zla...tambah2 di tempat yang susah nak dapat...kalau boleh beli seringgit dua xde nak buat2 ni haaaa.... :)

    ReplyDelete
  3. wah..nk try la.npk sdap je. .

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]